BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, August 28, 2009

Nurkilan ku..



"Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam
ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum
dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka
merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu?"

"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar
untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata."

"Bahagia seseorang manusia tidak terletak pada penilaian orang lain, duka
seseorang manusia tak sama dirasai orang lain, tetapi bahagia yang hakiki adalah ketaqwaan yang semua manusia patut miliki."

"Kasihkan manusia lepaskan dia kepada pilihan dan keputusannya kerana di situ
tanda kita gembira melihat insan yang kita sayangi beroleh bahagia."

0 comments:

Related Posts with Thumbnails