BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, November 18, 2009

My Belover Classmate, 5iB


Assalamualaikum, bertemu kembali. Selesai sudah berDISCUSS tentang housemate ku, sekarang saya akan menceritakan, berkongsi sedikit sebanyak tentang my classmate. Classmate saya tak ramai pun, dalam 16 orang. Hanya tiga orang lelaki dan selebih nya perempuan.

Lelaki : Hafiz, Halim, Zahir

Perempuan : Anis, Nabila, Yannie, Nunis, Pekja, Ema,wana, Izaty, Mas, Nisha, Ayu, Fina, Aimy

Ini lah barisan pelajar-pelajar 5iB ( Islamic Banking). Walaupun jumlah kami sedikit, namun hubungan kami tetap rapat. Nak describe kan seorang demi seorang? Boleh, boleh.. Cume buat teman-teman, hope jangan marah ye. Ni ikhlas dari hati ke hati,hehe.


Pertama sekali, Halim, seorang yang stylo, dan alim orang nye. Asal time exam @ test, mesti pakai kopiah. Peh, memang gempak. Berasal dari Port Dickson. Feveret beliau suke makan sotong,dan amat menyukai warne pink! Peh,lelaki suke warne Pink??nak muntah arr,hehe. Status beliau? Agak samar-samar namun seringkali digosipkan dengan PekJa. Asal sebut nama PekJa, mesti Alem tersipu-sipu malu,hehe.


Zahir, orang nye kurus, tinggi dan berkaca mata. Seorang yang gelabah dan sering disakat didalam kelas. Amat disenangi oleh kaum perempuan kelas kami,hehe, sebabnya? Rahsia la,haha. Die ni seorang businessman, tapi, gelabah orang nye. Sangat suke time die present di depan kelas, pasti gelak ketawa berlaku,hihi. Seorang yang suke download dan baca komik. Tiap kali balik kelas, pasti akan menghadap computer nya dan download citer kesayangan nya, komik Jepun terutama nya. Sudah berpunya, buah hatinya bernama Zie, belajar di uiTM Shah Alam.


Anis atau nama sebenar Anis Atifah, gadis yang amat menyukai warne PINK. Adeh, sememangnya warne kegemaran beliau. Motor pun caler PINK!!. Nasib baik la xde topi PINK,hehe. Oleh itu beliau digelar PINKY. Berasal dari negeri Besut. Charakter beliau seorang yang happy go lucky, suke ketawa. Ema merupakan external hardisk beliau. Ade je masalah tak kira masalah peibadi, rumah tangga, Ema lah tempat luahkan perasaan Anis. Dipendekkan cerita, pasal status beliau, unknown. Hanya Ema yang tahu,hehe


Billa atau nama sebenar Khaira Nabila, gadis yang sering dikaitkan dengan Din Tokang or CC Din,hehe. Kenapa? Asyik keluar je dengan Din Tokang. Berasal dari Kuantan, dahulunya belajar di UiTM Sarawak. Tentang Billa ni, tak tahu sangat la nak describe, cume die ni banyak mulut ckit. Kalau die nak cakap, orang lain tak boleh nak cakap. Kuat bergosip dan berleter. Status? Unknown jugak,huhu.


Yannie atau nama sebenar Nur Izian illiyani, gadis bertudung labuh. Satu-satu nya wanita yang setakat ni saya kenal kat UiTM Dungun ni yang bertudung labuh. Seorang yang pendiam, dan jarang bercakap. Kaki study, jarang keluar rumah dan menghabiskan banyak masa berada di rumah. Status beliau? Sudah berpunya dan skrg ni menanti kad jemputan sahaja,hehe.


Nunis atau nama sebenar Ni Nainunis, ciri-ciri nya sama seperti Yannie. Kalau dalam kelas, seorang yang pemalu. Tapi kalau dalam test, peh, high marks. Status? Pun sama seperti Yannie, tunggu kad je,hehe.


PekJa atau nama sebenar Siti Faezah, alim-alim orang nye, same seperti Yannie and Nunis. Character beliau? Susah dijangka. Ape tidak nye, orang nya happy go lucky,macam Halim cantik. Diorang memang pasangan yang sesuai la,hehe. Tentang status beliau, dah berpunye, tunggu kad jugak,hehe.


Ema atau nama sebenar Nor Maiziana, datang dari negeri yang sama dengan Anis, iaitu negeri Besut. Merupakan external hardisk Anis. So ape-ape citer or secret pasal anis ni, hanya Ema yang tahu. Orang nye happy go lucky, kalau bab bergambO, tanda PEACE tidak lekang dijari beliau. Tentang status? Amat diragui,hehe


Wana atau nama sebenar Siti Salwana, berasal dari pasir Puteh Kelantan. Area kediaman ialah Pulau Lima, Pulau tu beb,hehe. Orang nye pun same, happy go lucky. Merupakan baby bagi KAMI sekelas. Kalau Wana ni x de, sunyi la kelas kami, merupakan seorang penghibur yang berbakat, dan amat menyukai cerita KOREA. Masa-masa terluang beliau ialah bukak laptop, pergi kat www.youtube.com pastu tengok citer-citer KOREA kat ctu. Kebolehannya, tenungan mata yang tajam, awww.hehe. Status? Same jugak, diragui,haha.


Izzaty atau nama sebenar Nur Izzati, pun berasal dari negeri Besut. Pendiam orang nye. Kalau dalam kelas, sentiasa berkepit dengan Wana. Hp tidak lekang dari tangan,hehe. Sentiasa senyum dan terus tersenyum. Caring orang nye, tentang status beliau, sudah berpunye dan kalau tak silap, orang Kedah,hehe. Anak Mummy katakana,hehe.


Mastura, lebih dikenali dengan panggilan Mas. Berasal dari Kelantan.Tentang Mas ni, tak banyak sangat yang boleh diceritakan disini, secret beb. Orang nye agak serius, setia dan memang rajin bab study. Kalau time exam, beliau tidak suka diganggu. Orang nya mesra dan sudah mendapat anak saudara, kakak bagi kami semua, tapi macam biasa la, umur bukan ukuran bagi kami. Bagi kami, semua sama sahaja. Tentang status, erk, complicated,hehe.


Nisya atau nama sebenar nya Zaidatul Nisha, berasal dari Johor. Tapi, banyak menetap di daerah-daerah laen seperti Kuala Terengganu, Pahang dan Johor. Orang yang teramatlah serius, talkative person. Kalau dalam kelas, dielah yang rajin bertanya. Ayahnya merupakan Pengurus Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu. So,sape-sape yang berminat nka check inn kat sane, boleh dapat Discount 10%,hehe. Tentang stutus beliau, juga amat diragui,hehe.


Ayu atau nama sebenarnya Nur Ezayu, berasal dari Kota Tinggi, Johor. Orang nye boleh tahan la, jarang bercakap dalam kelas dan sentiasa berdampingan dengan Nabilla. Diorang ni macam belangkas, sentiasa berdua dalam apa jua keadaan. OOppss!! HEHE, Ayu ni jenis yang cakap direct to the point, dan tak suke pendam-pendam. So, beware kalau nak becakap dengan beliau ye. Status? Juga amat diragui, ramai sangat skandal, OOppss!! Lagi dan lagi.

Fina dan Aimy ni mendaftar diri sebagai ahli kelas 5iB untuk semester 5 ni. Amat jarang dapat bertemu diorang berdua ni kerana ada subjek yang diorang tak ambil. Terus terang, kehadiran diorang dalam kelas menambahkan bilangan classmate kami, tapi diorg ni pemalu dan jarang bercakap dalam kelas. Status diorang berdua ni dah berpunye, siapa orang nye? Rahsia,hehe.


That’s all untuk penerangan tentang my beloved classmate,sekian.

*Kalau ada perkara yang tersinggung, minta maaf banyak-banyak. Hanya sebagai kenangan ^_^


10 comments:

juliana jasmine said...

so close together.. so jealous.. huhu..

ema maiziana said...

status aku..amat la diragui yek..
hahaha philophobia okeh =)

Hafiz Ajmain said...

hehe, dah tu.. xmO share-share ke? lalala

ema maiziana said...

tadek pape utk disharekan okeh..
hahaha..
werkkk!
cam sedeh lak..

Hafiz Ajmain said...

erk, ala, Sharing is Caring kan ;)

ema maiziana said...

haha betol tuh..
sharing is caring..
tak dpt dinafikan..haha
tapi mmg status aku amat diragui..philophobia..hahaha udah3~

aniss pinky said...

itu kiter.
indah bukan?

Aretyu1987 said...

oit...
perlu ke mention baby 2...
ish3...
mmg r mu ni apeh...
nk kna nyekeh...

Putri said...

uwekk...xley blah aku ni alim org nyer..n lagi stu bab status..taw2 jerk ek suda berpunyer..padahal x prnha bgtau ape2 pon...apes ko ni main bantai jerk neh nulis..aku saman kang!haha..gosip pjah n alem haruskah ditulis???haha

Putri said...

uwekk...xley blah aku ni alim org nyer..n lagi stu bab status..taw2 jerk ek suda berpunyer..padahal x prnha bgtau ape2 pon...apes ko ni main bantai jerk neh nulis..aku saman kang!haha..gosip pjah n alem haruskah ditulis???haha

Related Posts with Thumbnails