BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, April 7, 2010

Coretan Hati..


Suatu masa dahulu, aku sering sangkakan aku adalah insan yang lemah….

Aku tidak reti bersukan…mungkin kerana aku lemah…

Aku sering mudah terasa dek usikan rakan-rakan…mungkin kerana aku lemah…

Aku terlalu cepat panik dengan perkara remeh…mungkin kerana aku lemah…

Aku terlalu mudah kasihankan peminta sedekah…mungkin kerana aku lemah…

Aku kekadang menangis pabila menonton filem sedih…mungkin kerana aku lemah…

NAMUN…

Aku telah menempuh perbagai dugaan hidup…

Hujan Badai…Panas Terik…

Ribut Taufan…Kemarau Kontang…

Tetapi aku masih berdiri di sini…

Sekarang aku sedar, aku bukannya lemah…

Ketabahanku membuatkan aku masih berada di sini…teguh berdiri…

Ya Allah, aku bersyukur kerana Engkau kurniaankan kecekalan hati kepadaku…

Maka tepatlah firmanMu…Engkau tidak akan menguji umatmu lebih daripada kemampuannya…

Hati, bawalah aku berlayar lebih jauh…jauh merentasi lautan kehidupan….

AMIN…


Sahabatku, ketika detik kamu merasakan asamu semakin rapuh, kentalkanlah azammu dan terus berjalan…dalam tak sedar, percaya lah, kamu akan tiba di penghujung kembara….dengan semangat yang lebih membara….percaya lah…

Regards,

Hafiz Ajmain

0 comments:

Related Posts with Thumbnails