BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, April 23, 2010

Gerbang perkahwinan..


Hari ini, genap 5 bulan aku meninggal kan kampung halaman, Kulai, Johor.. Esok, aku nekad, lepas tournement futsal, aku akan pulang ke Johor. But, have to rushing becoz ari ahad da kene balik.. Ape-ape pun, aku sudah rindu kat rumah tu, rindu dkat my family and kawan-kawan.

Next week balik Johor lagi,hehe. Kebetulan my frend punye wedding di Singapore. And beberapa minggu lagi tiba lah giliran my cousin, Syahril (ail) berkahwin.. Wah, tersenyum manis melihat wajah-wajah bahagia teman taulan. Menjadi raja sehari.. eh kenapa sehari yek? yang lelaki dah tentu jadi raja sepanjang bergelar suami.. heheehe.. tiap kali melihat wajah mempelai, saya suka mengimbau perjalanan kisah cinta manusia. ada ketika sekali jatuh cinta. kita rasa telah bertemu pasangan sejati, ada waktu kita putus cinta dan mencari penganti. tapi tidak juga berkenan dihati.. Saya? lambat lagi,ade jodoh kahwin la,hehe

Begitulah perjalanan hidup, ia bukan cerita novel yang indah untuk dibaca,. tapi ia adalah satu pilihan.. ada waktunya pilihan mungkin kelihatan salah, tapi pengajaran darinya adalah membentuk kita menjadi insan yang tahu bahawa .. apa pun keadaan, pergantungan terakhir kita adalah semata-mata kepada Allah swt jua.

*********


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya…?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun…?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itulah cinta…

Di hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan…?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini….?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya…

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan…….

Moral :Kesimpulannya, usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti anda akan terlepasnya, dan janganlah terlalu memilih jodoh, terimalah anugerah Allah, dengan doa dan redha, itu lah pasangan anda, terima dia seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya.

Dan perkahwinan adalah menyatukan 'dua' hati 'dua' sikap, 'dua' manusia... yang banyak bedanya namun merasakan saling melengkapi, walau pada masa lain, mungkin kita terluka atau melukakan.

Buat bakal mempelai, atau yang baru saja mendirikan masjid..

SELAMAT PENGANTIN BARU, SELAMAT MENEMPUH ASAM GARAM RUMAHTANGGA, SELAMAT BERSABAR MENGHADAPI DUGAAN,
MOGA ALLAH SWT SAJA TEMPAT KITA BERSANDAR...



Regard,

Hafiz Ajmain

3 comments:

yus said...

hafiz, ayat mcm dh ada pengalaman kahwin je..he..he..awk 2 muda lg

Perantau said...

what a weird way of viewing love and marriage. but nevertheless, everyone has his own say.

p.s: moga bertemu jodoh. tp nak bertemu jodoh kena usaha. cth: isi borang....(hehehe)

moga balik dr singapore akan bertambah usaha. :D.

regards,

ur fren

Hafiz Ajmain said...

Erk? love after marriage is better,hehe :)

Related Posts with Thumbnails