BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, April 29, 2010

Sedutan Kisah remaja yang mati ditembak polis, Aminulrasyid Amzah..

Beberapa hari ini, media-media banyak menceritakan tentang peristiwa remaja mati di tembak polis. Aku pun mengikuti perkembangan ni setelah membaca blog member aku. Banyak media melaporkan pelbagai fakta-fakta yang banyak percanggahan, haisshh.. itu la, media, ade je spekulasi yang diorang buat kan. Kita ni, sebagai rakyat, terima je. Tapi, bagi siapa yang bijak, banyak sumber-sumber boleh dicari hanya dengan klik sahaja, iaitu internet.


Pertama skali, Al-fatihah buat arwah dan takziah buat keluarga beliau. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Kes-kes macam ni, mmg susah, cara penyelesaian nya pun susah becoz confirm berat sebelah dan ___________ (paham-paham jela). Keadilan? wujud ke keadilan? Kalau nak adil, kembalilah pada sistem Islam, sistem agama kita, agama Islam. Dalam Islam, setiap kesalahan, ade undang-undang nya sendiri. Ketika zaman Rasulullah sekali pun, kalau anak dia buat salah, akan dihukum, tanpa bersekongkol atau pilih kasih. Tapi, zaman moden, zaman sekarang ni, benda tu dah tidak diguna pakai. Sebab nya, kita mengikut sistem barat, bukan sistem Islam.

Biarlah, biarpun di dunia terlepas,hukuman diakhirat pasti menanti..

ni sedikit ulasan mengenai report yang dibuat oleh kawan arwah :


Berikut Salinan Report Polis yang telah dibuat oleh kawan kepada adik Aminul Rashid seorang remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak Polis baru-baru ini. Kawan Aminul Rashid ini berada di dalam kereta semasa kejadian malah Allahyarham Aminul Rashid Meninggal dunia di atas pangkuan beliau. Laporan ini mungkin dapat memberi gambaran sebenar kepada anda semua tentang apa sebenarnya yang telah berlaku.

Pada 26/04/2010 jam lebih kurang 12:00 pagi saya keluar menaiki kereta kawan saya bernama AMINUL RASHID BIN HAMZAH pergi ke sek 7 Shah Alam kedai mamak Ali Corner untuk berjumpa dengan kawan saya bernama Mohd Basir yang mengalami masalah motor pancit.

Semasa hendak pergi ke tempat kawan saya, kami telah tergesel dengan sebuah kereta nombor pendaftar dan jenis kereta tersebut tidak ingat menyebabkan AMINUL RASHID menjadi takut dan melarikan diri untuk balik ke rumah di Sek 11 Shah Alam.

Selepas keluar dari kedai mamak, kami dikejar oleh beberapa buah m/sikal no. tidak ingat kemungkinan kawan-kawan kepada kereta yang kami gesel tadi. Sampai berhampiran Bulatan Kayangan di Sek 12 Shah Alam, salah sebuah m/sikal tadi hendak memotong kereta kami tetapi terlanggar bahagian belakang kereta menyebabkan penunggang m/sikal terjatuh.

Oleh kerana terlaku takut, AMINUL RASHID memandu ereta dengan laju dan memotong sebuah kereta Polis MPV menyebabkan kereta polis tersebut mengejar kami. AMINUL RASHID menjadi bertambah takut dan membawa kereta dengan laju tanpa menghiraukan keselamatan kami dan juga orang awam. Kereta polis terus mengejar kami sehingga ke Stesyen Minyak Caltex Sek 11 dan saya terdengar tembakan bertubi-tubi mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu AMINRUL RASHID terhoyong-hayang dan tergelincir dan masih dapat dikawal.

Dan semasa saya terdengar tembakan kali terakhir terkena pada kepala AMIRUL RASHID menyebabkan beliau jatuh diatas riba saya dan saya nampak bahagian belakang kepala AMINUL RASHID berlubang dan berdarah. Kereta kemudiannya tidak dapat dikawal lalu terlanggar tembok rumah orang lalu berhenti.

Saya keluar dari kereta untuk menyerah diri saya dan salah seorang daripada anggota Polis menendang saya dan belakang dan kemudiannya Polis yang lain terus terus memukul dan memijak saya beramai-ramai. Saya meronta-ronta dan dapat melarikan diri daripada anggota Polis tersebut lalu balik kerumah. Saya mendapat cedera di tangan kanan, kaki dan sakit kepala. Tujuan saya buat laporan adalah untuk menceritakan semula perkara sebenar yang berlaku ke atas diri saya dan kawan saya yang… Sila klik Laporan berikut untuk membaca untuk paparan report yang lebih jelas



*Kita tunggu dan lihat reaksi dari pihak berkuasa. Wallahu'alam..



5 comments:

Anonymous said...

http://www.malaysiakini.com/news/130559

have a look

CassiELFia said...

terkejut baca berita pasal dak ni..mula2 tak amik port sgt..tp bila dah ikut rasa macam menarik lak..xpasal2 je dak ni jd mangsa..kesian mak ayah dia..T__T

Ayue Aishah said...

biler brlaku bende-bende macamni...
sepatutnya peranan media bagi info yg tepat.
tp ape yg brlaku sebaliknye..
pandai2 kite la nk cari info dari sumber yang mane...
hurm....

Rizzuan Shah said...

sbg kakitangan awam, sepatutnya diajar supaya tak cepat buat andaian. tapi cara polis tu terus lepaskan tembakan, siap pukul kawan bdk tu, nampak macam takde sifat profesional. dah terang² budak tu tak bawak senjata. kalau tembakan amaran, takkan la dihalakan pd saspek. taknak cakap panjang la. sebab saya pun tak dapat berita yang betul2 jelas mengenai kes tu. cuma waktu kejadian tu jer ada tengok berita. ape pun, biar la pihak yang berkuasa utk menyelesaikan masalah tu.

http://wanshah87.blogspot.com

Ringgo said...

tapi kalau tgk drama2 polis ok je .. tu yg aku tak paham tu .. kat kejadian luar jadi lain plak .. panik kot ..

Related Posts with Thumbnails