BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, June 11, 2010

Jodoh...Rahmat atau Ujian??

Syukur, lepas satu lagi majlis walimah yang aku hadiri.. semoga bahagia dari dunia sampai akhirat.. amin..
Pertemuan * Perkenalan * Jodoh…

“Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah dia kepada Allah swt pada separuh yang belum disempurnakan lagi..." ~ Dalam hadis riwayat al-Baihaqi ra,

Perkahwinan dan agama…

JODOH… emm.. ia sangat unik dan sangat complicated untuk difikirkan ‘luar dari kotak akal waras’…ada waktu ia tidak mampu difikir terlalu jauh, kerana sebagai manusia yang serba kekurangan, tapi serba berkeinginan. Kita tidak mampu mengagak bagaiama jodoh yang ‘disediakan’ Allah swt buat kita. Yang kita tahu.. kita ingin jodoh itu SESEDAP RASA SECUKUP SELERA kita. Berkajang list ciri- ciri wanita, lelaki pilihan hati.

Dasyatnya semua dalam list tu yang baikkkkkkkkkkk* ( maksudnya banyaklah ni) saje, yang buruk lansung kita tak selitkan. Nak yang sempurnaaaaaaaaa je..yang terkehel atau sengal tak terfikir pun. Nak yang bestttttttttt je. Yang buruk tak terlintas lansung. Semua dalam list adalah ‘MENGIKUT KEHENDAK KITA’. Tak percaya, cuba tanya pengatin waktu dia baru lepas akad., waktu berjalan nak menuju meja makan beradap,. Waktu di pelamin, waktu bersalam dengan tetamu ( ni kes tenguk contoh kat TV lah ni).

Bila ditanya apakah ciri –ciri atau sebab tertariknya sifulan kepada fulana dan sebaliknya, semua yang keluar dari mulut : sebab dia penyayang, sebab dia pandai ambil hati, sebab dia wanita dambaan, sebab dia jejaka idaman, pandai pujuk bila saya merajuk. Semua asbab yang baik dan indah sahaja. Tidak ada seorang pun kata,. Sebab dia kuat makan, sebab dia suka menguap tak tutup mulut, sebab dia kedekut....tak pernah lagi dengar begitu.

Akan tetapi..aturan dan anugerah serta pemberian Allah swt kepada kita tidak lah seperti apa yang kita mahu.. apa yang diberikan atau dianugerahkan Allah itu adalah kerana DIA mahu kita tahu, bahawa dengan perkahwinan itulah kita akan menyempurnakan agama. Bagaimana?

Kerana, dalam perkahwinan atau dalam jodoh kita., Allah akan sediakan keadaan yang berpasang-pasangan , susah dan senang, suka dan duka, bahagia dan derita, berkorban atau mengorbankan. Rela atau terpaksa. Begitulah seterusnya hingga kita sebenarnya akan belajar banyak perkara yang tidak terfikir akal waras, bagaimana sekalipun kita berusaha, jalan akhirnya kita bertawakkal kepada Allah swt jua.

Lalu, bila terjadi sesuatu, atau kalau pun tidak ada apa yang terjadi, dalam perkahwinan, agama adalah keutamaan kita dan pasangan. Mendidik dan terdidiknya diri dan keluarga, dengan agama, memulakan dan menyudahkan sesuatu perkara atau pekerjaan dengan melandaskan agama. Apa pun yang kita usahakan, bagaimana pun yang kita mahu ia terjadi, namun perancangan itu hanya akan diputuskan dan ditentukan Allah swt kesudahannya.


Uniknya jodoh, sering yang kita angan, lain yang kita dapat. Ia terjadi dimana saja, pada siapa saja. Banyak waktu nya kita tidak setuju dan berpuas hati , Itu kita kata, tapi sebenarnya Allah jodohkan kita sungguh cantik, sesuai dan sekufu dengan kita. Cuma kita yang terlepas pandang kerana kita sering tidak meletakkan jodoh pada landasan Agama, sering kita gunakan keingian, perasaan dan emosi sebagai kayu ukur.

Walhal didalam Mushaf, Allah swt telah banyak berfirman mengenai perihal jodoh dan salah satu firman-Nya...

"Dan diantara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan berasa tenang dan tenteram kepadanya, dan jadikan-Nya diantara kamu perasaan kasih dan sayang..."~ surah Al-Rum : 21

Jadi usah risaukan mengenai jodoh, kerana cepat atau lambat, Insya Allah ia pasti datang,
Allah swt itu Pengasih dan Penyayang. Dia tak akan beratkan hamba-Nya dengan himpitan rasa kecewa, bersalah dan sebagainya. Pada Allah, ada kasih dan sayang. Pada manusia, Allah campakkan rasa yang sama. Kasih dan sayang.. pasti akan ada perkara yang sama demi menyempurnakan kehendak naluri insani itu sendiri.

Tapi jangan putus asa, jika masih belum bertemu jodoh atau dirasakan jodoh itu terlalu lewat hadirnya tidak bermakna Allah itu tak sayangkan kita. Usnuzon (bersangka baik) lah kerana Allah swt mungkin sengaja mahu menguji hamba-Nya yang belum ditemukan jodoh dalam hidup ini untuk mendekati-Nya, taat pada-Nya, ikut kehendak-Nya dan bercinta dengan-Nya sebagaimana cintanya Rabiatul Adawiyah.

Justeru jodoh, bukanlah satu bebanan, bukan juga ujian, tapi satu anugerah untuk kita meraih syurga dunia, untuk dunia juga untuk akhirat dari dunia.

*Psst, mane la jodoh aku nih,hehe =)

1 comments:

flower said...

ehem..ehem..bkn dh jumpa jodoh ke skunk nih ;p

Related Posts with Thumbnails