BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, June 24, 2007

keikhlasan..

Manusia yang ikhlas mencari akan akhirnya sampai kepada satu noktah bahawa kebaikan yang ALLAH berikan nilainya adalah abadi. kebaikan yang datang daripada manusia sifatnya adalah sementara. Bagi yang yakin ke arah penujuan alam abadi, akan sentiasa menjadikan pedoman yang MAHA ABADI sebagai jalan hidup yang terbaik...

Monday, June 4, 2007

C.I.N.T.A

Cinta adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.
Bercinta tidak salah jika diniat kan untuk menuju alam perkahwinan yang diredhai ALLAH. Nabi Muhammad meninggalkan resepi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas'ud : "Wahai generasi muda,barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah, kerana sesunguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian yang belum mampu,maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu". (Hadis riwayat Bukhari,Muslim, Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita menjadikan diri kita 'salihah' supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan ALLAH. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan ALLAH, manusia hanya boleh merancang tetapi ALLAH yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut ISLAM.
Pada pendapat saya, cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandangan pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita mengenali seseorang itu,akan lebih dalam perasaan cinta. Namun begitu, cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kenahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.
Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli".
Cinta yang selalu menjadi dugaan dan membawa padah ialah cinta yang cenderung kepada maksiat. Cinta yang semakin menggelorakan hawa nafsu,makin berkurang rasa malu dan akhirnya terlanjur. Inilah paling merbahaya. Dari sinilah bermulanya fenomena cinta terlarang, seks tanpa nikah yang merosakkan generasi dan mencemar keturunan.
Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik lelaki mahupun wanita. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.
Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada ALLAH dengan membanyakkan selawat, zikir, istigfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.

Sunday, June 3, 2007

First Time

Assalamualaikum..

Salam sejahtera kpd semua.. Ni first time guna blog nih...
Saje je nak test n cuba2.....
InsyaALLAH klu ada kelapangan, layari lah blog saya..

Thanks

Hafiz

Related Posts with Thumbnails