BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, December 26, 2011

Our First Anniversary


Dear my precious wife,


26 December 2010 - 26 December 2011,


Alhamdulillah, a year has pass and lifa can never be any better. Indeed this celebration needs to be shared and thankful to ALLAH for His kind mercy and rahmah which has been past down through both of the families, Ajmain Safar and Sa'don Hasan. Still in an infant stage and tons of things to learn.

Happy Anniversary to my dearest wife. Thanks for being part of my life. Perkahwinan itu bukanlah hanya semata-mata kerana cinta. Perkahwinan itu adalah rasa tanggungjawab. Bcoz cinta tanpa rasa bertanggungjawab tidak mampu menyumbang kepada terbentuknya "masjid" ini.

May this first anniversary makes us stronger even more thanks full to our creator. I love you and InsyaALLAH I will always will. May 2012 brings us more happiness and opportunities to explore new things. Thank you for always be here and support me for the past one year. May ALLAH bless us with Jannah..

You Love..

Hafiz Ajmain

Sunday, December 25, 2011

Trust... Please, don't spoil it!

Jangan mudah mempercayai orang.

Orang yang semalam mencintai kau dengan sesungguhnya, hari ini mungkin tidak lagi mencintai kau lagi. Orang yang semalam kata kaulah yang sempurna dan terbaik untuknya, hari ini mungkin tidak lagi menganggap kau terbaik di mata dia. Orang yang semalam mengatakan mahu bersama kau selamanya, hari ini mungkin tak mahu berlama-lama lagi dengan engkau. Orang yang semalam mengatakan dia sudah lama menantikan detik untuk kau menerimanya, mungkin hari ini akan tidak lagi menantikan detik untuk bersama dengan engkau.

Manusia. Aku rasa kadang-kadang orang bukan cakap dengan sepenuh hati tetapi bercakap kerana mahu meyakinkan kau di saat-saat tertentu. Bila kau sudah mempercayai, tiada lagi apa yang harus dibuktikan, maka kata-kata yang diberikan dulu itu hanyalah jadi kenangan. Entah, banyak sangat orang yang bermanis mulut di zaman ini hingga tak dapat kita kenal pasti siapa yang benar tinggi jujurnya. Bukannya aku baik sangat tetapi pesanan yang aku katakan ini juga untuk diri aku juga.

Senang je bagi aku. Kalau kau rasa kau tak mampu memberi, jangan diberikan kata-kata harapan. Lagi baik kau berbiasa-biasa saja dan menjalankan hidup yang sedia ada dengan seminimal yang mungkin. Senang. Tiada hati yang kau sakiti, tiada hati yang berdendam dengan engkau.

Ini untuk umum. Pernah tak kau berfikir betapa banyaknya kau melukai orang dan tak pernahkah ada sedikit rasa kasihan atas kelukaan yang kita berikan orang tersebut? Soalan ini sering bermain di minda aku. Dan aku terfikir untuk orang yang sering melukakan ni takda rasa ke yang dia dah menyakitkan hati orang?

Semalam "I love you", hari ini mungkin sudah jadinya "I hate you". Mungkin kan? :)

Wednesday, November 2, 2011

Sedih, Gembira, Suka

Aku percaya bahawa di sebalik hebatnya beban yang kita rasa, ada orang lain yang lebih berat bebannya daripada kita. Bukan dari kiranya soal kaya atau miskin tetapi dalam konteks yang lebih umum. Macam, sedih yang kita rasa mungkin kerana ditinggalkan cinta, ada yang mungkin lebih teruk sedihnya.


Ya, kita melalui episod sedih. Orang lain melalu kisah sedih juga. Dan ada lagi insan yang lain, yang lebih melalui perkara sedih dalam hidup, pernah terfikir?


Tak. Cuma kadangnya aku terfikir tentang ini. Bukannya nak tunjuk kononnya aku ni seorang yang optimis terhadap kesedihan yang aku lalui. Kerana aku pun pernah sedih dan mula menyoalkan pada Tuhan kenapa aku yang kena begini, kenapa bukan dia, kenapa aku semua. Kita semua pernah berada di tahap "Kenapa aku, kenapa bukan dia?", bukan?


Aku ada bertemu dengan seorang kawan teater yang akan melakukan satu babak yang perlu menangis dan dia tak dapat membuat dia. Waktu tu aku dan dia je, aku memberi pelbagai cadangan, seperti cuba rasakan apa perasaan kalau diri sendiri kena macamtu dan dia tak boleh. Aku suruh dia cuba ingat lagu-lagu yang membuai perasaan yang boleh buat dia menitiskan air mata dan dia jawab tak boleh juga. Dan aku tanya dia kenapa semua tak boleh?


Dan dia jawab.. "Aiman faham tak, hidup kita terlalu sedih sampai dah tak rasa sedih dah, sampai air mata pun dah takda dah untuk menangis..".


Kau rasa tak apa aku rasa? Aku rasa macam satu perasaan kasihan yang memburu diri aku yang jarang aku rasakan. Aku pernah terdengar cerita tentang hidup dia dan bila dia kata tentang hidup dia terlalu sedihkan hinggakan tiada air mata lagi yang boleh mengiringi satu situasi itu, aku macam terkasima sebentar.


Betapa aku mula merasakan yang kesedihan yang aku rasakan kadang-kadang itu terlalu kecil hendak dibandingkan dengan kesedihan yang kadangnya dilalui oleh orang lain yang berlanjutan. Gaduh dengan mak bapak, kekasih, adik beradik, cikgu, kawan-kawan adalah kesedihan terbesar dalam hidup? Itu yang terbesar??


Percayalah, kesedihan yang kita rasakan kerana perkara tersebut kecil sahaja bagi sesetengah orang. Bila memikirkan tentang itu, aku berasa bersyukur dengan apa aku ada. Takkan nak gembira 24/7 kan? Takkan nak sedih 24/7 kan? Aku percaya yang hidup aku seimbang dan ada naik turunnya.


Bagi yang tengah melalui episod kehidupan yang dirasakan ranap benar, fikirkan, benarkah kita hendak biarkan kita jatuh ranap dalam situasi atau kita biarkan situasi ranap dalam kita untuk kita bangkit? Fikirkan. Janganlah yang kecil diperbesarkan, jangan yang besar cuba diperkecilkan. Tolong.


Nota Kaki : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul :)

Tuesday, November 1, 2011

Counter Strike - Counter Offer - Counter Attack


Dem! Again.. Have to think...


Dilemma... dalam dilema.... &^%&^%&

Hari ni tugasan aku macam biasa, cume kene buat filling balik, labeling and rearrange document.
Tengah syok2 bergosip dgn akak2 cleaner kat stor, bos call, ajak masuk dalam bilik. Ade benda nak discuss katenye.

Again, masuk je dlm bilik,

"Hafiz, have a seat. So, bila you last day? -(Him)

"11 Nov ni bos. Dalam 2 minggu lagi. -(Me)

"i see, mcmn la Hafiz, sebenarnya sy tgk you ni ada potential bla..bla..bla..-(Him)

(Dalam hati, adui, ari tu dah ceramah kot, jangan la ulang statement yang sama,huhu. Dengan mood layan, layan kan je ape yang dicakap)

"Mcmn la, ape yang diorg offer u? -(Him)

"More than the company provide to me now bos. Especially the medical benefit. (Full stop) -Me

"I just want you to know that you still fresh (Dah nk 2 tahun kot kerja), bla..bla..bla.. -(Him)

"Mcmni la, i will get back to you very soon, within this week. I hope you can make you choice. You doing job at here very well. Just think about the offer. -(Him)

"InsyaALLAH, thanks bos. -(Me)

........................................................

Adei, dah dah,aku malas nak fikir. Yang aku tahu, ade lagi 2 minggu nak settle kan kerja2 aku ni. Serabut + serabai,haha

Nota Kaki : Decision have been made. Full stop.

Ada Aku Kisah

Aku ada kisah yang aku kisahkan dan kisah dimana yang aku tak pernah berperkisahkan.


Aku kisah bila kau bercakap di belakang aku tentang aku, memburuk-burukkan aku tanpa bertanya dulu dengan aku dulu tinggi mana kesasihan cerita itu. Tak baik la kalau diamalkan macamni, menyebar-nyebarkan maklumat palsu. Kalau semua orang percaya cakap kau, dengan tak semena-menanya orang yang tidak bersalah tu dihukum sebegitu saja. Aku percaya yang komunikasi bergerak dalam 2 arus dan bukan hanya sebelah pihak saja yang sepatutnya didengarkan.


Aku juga bukan jenis orang yang cakap "Like I care" atau "Macam aku kisah?" pada kebiasaannya (pernah la jugak sekali 2-3 kali macamtu tu pun bila bengang) kerana aku seorang yang memang "Care" dan aku memang "Aku kisah". Aku tak tau kenapa, tapi kadangnya masalah terlalu berkisah dengan sekeliling ini bukan suatu yang baik apabila perkisahan kita di takat yang tinggi. Lek lek sebenarnya.

Aku menjadi "Aku tak kisah" apabila apa yang aku cakapkan tidak sama dengan apa yang kau rasakan. Maaf, aku benci orang yang jenis membantah idealogi seseorang dengan bersungguh-sungguh tanpa memikirkan pendapat orang lain. Itulah masanya aku akan jadi tak kisah, dan membuat hal aku sendiri.


Aku bila marah aku tak ho ha ho ha cerita dekat satu dunia biasanya, biasanya aku diam and buat hal sendiri. Tak guna pun kau nak cerita dekat semua orang tentang amarah yang kau rasakan kerana pada akhirnya, kita sendiri yang faham diri kita dan bukan orang lain. Lepas aku dah berdiam and dah reda sikit kemarahan, aku elok balik ah. Senang kan? Hehe.

Aku percaya kita seharusnya perlu mengimbangkan "kisah" dan "tak kisah" dalam diri kita. Kita tak boleh menjadi terlalu kisahkan perkara sekeliling hingga menolak keperluan diri dan kita tak boleh menjadi terlalu tak kisahkan perkara sekeliling kerana asyik memikirkan kepentingan diri. Not good, not good.

Imbangkan, tak rugi pun.


Nota Kaki : Ceh, perasan, padahal dalam hati memang kesah pun,haha

Monday, October 31, 2011

Counting Days...


Salam dan selamat sejahtera semua. Di harap kan semua sihat sihat selalu.


Hari ni dah 31 October 2011. Another 2 weeks i will have new journey. Long long journey to go.. Seriously, i feel sad.

But, at the same time, i feel happy. I will learn new experience. This is something that I love, the challenging job :).

Hope I will adopt the new environment very well.

Pray for me guys.

Love you always :)

Nota Kaki : 11.11.11, wait for that day :)

Sunday, October 30, 2011

Think About Yourself first!

Aku bukan orang jahat, aku orang baik. Ataupun mungkin aku sendiri yang rasa aku baik? Suka hatilah, asalkan aku percaya kepada diri aku sendiri. Tapi yang menyedihkannya, kebaikan kita kadangnya dipijak-pijak dengan manusia yang tak ada patutnya diberi bahasa, jika budi pun tak dapat diberi sebagai balasan.


Aku fikirkan kita berbudi, orang akan berbahasa, tapi rupanya.. Bukan semua orang layak menerima layan sejajar itu. Pilihan kena bijak.


Aku ada masalah sedikit dengan orang yang berhutang wang ringgit dengan aku, bukannya kerana aku berkira sangat dengan kawan aku, aku bukan begitu. Tapi perhitungan meminjam wang ini mudah sahaja, kau pinjam wang orang dan kau bayarlah kembali bila sepatutnya dibayar.


Masalah terjadi apabila sang peminjam wang cuba melarikan diri daripada terserempak dengan aku, yang bagi aku ia kelihatan seperti pengecut. Begini, jikalau kau ada masalah untuk membayar duit aku, kau boleh beritahu saja pada aku masalah kewangan kau sendiri, janganlah kau nak berlagak sangat nak buat konon kaya tapi malas nak bayar. Aku takdahal kalau kau mungkin kata dalam masa terdekat kau tak mampu bayar, sebab nak buat macam mana lagi kan, dah duit takda, macam mana kau nak bayar kan?


Sebab kalau aku paksa gila-gila macam mana pun, kalau sumber duit engkau takda, nak buat macam mana kan?


Ceritakan permasalah kau, bila mungkin kau boleh bayar dan aku dapat terima. Yang menimbulkan kegeraman dan geramji di jiwa aku bila kau melemparkan pelbagai alasan dan mengelakkan diri daripada berjumpa aku. Aku bukan along. Sedih kot, kadang-kadang kita ingat kita boleh percaya dekat orang, rupanya orang buat macamni.


Aku pun takda la kaya mana sampai orang pinjam duit pun aku boleh tutup 2 belah mata aku macamtu saja. Aku pun ada permasalahan kewangan sendiri, biasalah kan duduk universiti, nak kena kawal bajet sendiri semua. Aku kesiankan orang yang mintak nak pinjam duit, tapi orang yang pinjam tak kesiankan aku.


Aku pun malu nak mintak balik duit, ya la, macam segan la kau dah pinjam duit, lepastu aku nak mintak balik. Takut nanti kau termalu ke apa ke. Tapi sampai bila? Karang kau buat lupa macam mana? Dah la, tak nak bagi pinjam duit dah dan syukur aku bukan jenis meminjam duit. Nasib baik.


Manusia manusia.


Nota Kaki

Dah namenye manusia, mase berhutang tak ingat, bila nak bayar liat!

Keikhlasan

Aku percaya apa yang orang buat kepada kita, baik buruknya tak perlu kita fikirkan untuk membalas atau balasan. Serius.

Orang buat baik kepada kita biasanya kita akan fikir "Oh, dia buat baik kat aku, aku kena balas budi baik dia balik. suatu hari nanti.". Apa kata orang buat baik kita dan kita berterima kasih kepada dia sahaja dengan mengharapkan Tuhan akan memberi pahala kepada dia. Ini kerana, mengapa perlu ada budaya pembalasan kebaikan? Kau buat baik kat aku, aku kena balas. Apa cerita? Bagi aku kalau kau pernah buat baik kat aku, suatu hari nanti aku akan tolong kau juga, tapi bukan dengan mentaliti "dia-pernah-tolong-aku-jadi-aku-kena-tolong-dia" tapi kerana "aku-tolong-engkau-kerana-kita-sesama-manusia".

Jangan membantu orang kerana ingin dibalas.

Jangan dibantu orang dan menunggu masa untuk membalas.

Menolong biarlah kerana ikhlas dan menolong kerana kita sesama manusia.

Bukan kerana "Aku kena tolong dia, dulu dia tolong aku..".

Tolonglah kerana "Eh, dia manusia, kena tolong dia ni..".

Simple sahaja dan betapa bersihnya konsep tolong ni sebenarnya kan?

Aku manusia biasa. Aku pun kadangnya dibantu dan ingin dibalas budi baik yang aku lakukan setimpalnya, tapi aku fikir untuk apa? Akhir hayat kita nanti, itu kerja Tuhan untuk membalas kebaikan kita, bukan kita manusia. Aku rasa keindahan menolong ini sebenarnya lebih dari mengharapkan balasan atau memberikan balasan.

Aku membantu kau kerana aku ikhlas.

Aku ingin dibantu kerana kau ikhlas,

Simple.

Jangan tolong aku kerana kau mengharapkan sesuatu daripada aku,

Aku tak mahu itu.


Nota Kaki : Buat tu biar la ikhlas ye :)

Saturday, October 29, 2011

Disebalik Tabir : Perkahwinan Bahagia

1. Jika anda mahukan perkahwinan yang telah dibina bertahun-tahun kekal segar-bugar seperti hari pertama berkahwin, anda perlulah berusaha untuknya. Caranya ialah dengan meletakkan perkahwinan itu pada tempat utama. Berikan perhatian padanya dan selalu memperuntukkan masa untuk setiap perkara yang berkaitan rumah tangga. Tidak kiralah apa yang anda selalu katakan tentang rumah tangga anda yang penting sekali ialah bagaimana cara anda menanganinya.

Tip: Buat penilaian sejauh mana anda telah memberi komitmen terhadap perkahwinan anda. Adakah anda telah meluangkan masa dan tenaga yang sepatutnya demi keharmonian rumah tangga anda?

2. Fokuskan tentang perkara yang disukai tentang pasangan anda dan abaikan apa jua perkara yang tidak berkenan tentang dia. Jika berjaya melakukan ini maka anda telah mengelakkan banyak perkara negatif yang mungkin berlaku seperti adanya hubungan sulit, perselisihan faham antara suami isteri dan yang paling penting dapat mengelakkan penceraian. Jadi fokuskan yang positif dan buang tanggapan negatif jauh-jauh.

Tip: Jangan asyik mengkritik dan mencari kelemahan pasangan. Walaupun perkara tersebut terdetik jangan biarkan ia bersarang di hati. Bila anda mula memikirkan perkara baik tentang pasangan, ia sekali gus merangsang rumah tangga menjadi lebih bahagia.

3. Sifat baik hati amat penting dalam sesebuah rumah tangga. Maka, jadilah seorang yang baik. Menerusi kajian yang dilakukan kebanyakan suami atau isteri akan lebih melayan orang luar berbanding layanan terhadap ahli keluarga sendiri. Jika anda diberi pilihan untuk menjadi ‘yang benar’ atau ‘yang baik’ maka pilihlah untuk menjadi yang baik. Itu memang satu nasihat yang bagus.

Tip: Dalam minggu ini cuba buat sesuatu yang menggembirakan hati pasangan anda. Buat kejutan seperti belikan hadiah atau menyediakan makan malam istimewa. Pastikan hati anda ikhlas ketika melakukannya dan jangan pula harapkan balasan.

4. Bila pasangan membantu anda dalam sesuatu perkara walaupun nilainya tidak seberapa, berilah dia penghargaan. Cukup sekadar mengucapkan terima kasih atas bantuan tersebut yang telah meringankan beban anda. Jadikan sikap itu satu amalan dan jika ia sudah sebati dengan diri anda pasti rumah tangga akan dipenuhi keceriaan dan kegembiraan.

Tip: Lihat balik betapa pasangan anda itu bermakna dalam hidup anda. Cuba renung sesekali ke dalam mata mereka dan senyum. Anda boleh bermula dengan ayat-ayat penghargaan yang amat ringkas seperti ’saya suka senyuman awak’ atau ‘terima kasih atas hidangan makan malam yang lazat malam tadi.’

Nota Kaki : Rindu nak makan sambal udang :(

Cuba Kita Renungkan..

1. Hari ini sebelum kamu mengatakan kata-kata yang tidak baik, fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali.

2. Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

3. Sebelum kamu mengeluh tidak punya apa-apa, fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

4. Sebelum kamu mengeluh bahwa kamu buruk, fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk didalam hidupnya.

5. Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau isteri anda, fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

6. Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat

7. Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul

8. Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor kerana pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

9. Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

10. Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, Ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.

11. Dan ketika kamu sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahwa kamu masih hidup…Life is a gift. Live it... Enjoy it... Celebrate it... And fulfill it.

12. Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu.

13. Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan.

14. Anda tidak mencintai seseorang karena dia cantik atau tampan, Mereka cantik/tampan kerana anda mencintainya.

15. It's true you don't know what you've got until it's gone, but it's also true You don't know what you've been missing until it arrives!!!

Nota Kaki : It's true! :)

Friday, October 28, 2011

Friends Are 4-Ever


SOME EASY RULES TO KEEP RELATIONS ALIVE...

· don’t be afraid to give your honest opinion when it is asked for. Doesn’t waste time trying to be nice about something that u don't believe to be true. Sooner / later, your friend will know if u has deceived him. But remember not to be too critical. u should be honest but never mean / unkind.

· don’t insist that your opinion is the correct one. Nobody likes someone who is pushy. U should let your friend know where u stands on an issue and then leave it at that. Don’t force your opinion on others. However, u need not give to any pressure to conform if u doesn’t agree to them.

· help out when your friend needs your help. Don’t help only when it is convenient to u. sometimes, u has to go that extra mile to let your friend know that u care.

· be understanding. Never laugh at the troubles your friend may be having and don't get impatient with your friend. a person who is going through a tough time needs your sympathy, not your judgment.

· be considerate. Never make fun of a friend whose religious or cultural beliefs differ from your own, however strange that they may seem to u.

· When u and your friend cannot see eye to eye about something, talk it out. Make sure both parties get a chance to be heard. Listen and understand what your friend says. No matter how tempted u are to interrupt your friend, hear him out.

· stick to these rules in your relationship and your friend will stick with u.


Words escape me at this moment
that seems like the end yet it is only the beginning
when friendships are close and dreams are far
you were there for me.

Tears fill me with memories of both good and bad
some nearly forgotten yet all dear to the heart
you were there for me.

In times of trouble and in times of thanks
you stood by my side and held me up.

Through your ever-patient ears to your comforting hugs
you were there for me.

From that first day when I saw you and knew
that you would love me for who I was
you were there for me.


And until the day when we are old and gray
I will always know that
you are there for me.

*Nota Kaki : ukhuwafillah abadan abada :)

Thursday, October 27, 2011

Takkan Ada Yang Sempurna..

Jika kamu memancing ikan....

Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ...
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........


Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan jangan...lah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....

Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Nota Kaki : Sampaikan kebenaran walaupun ianya perit :)

Thursday, October 20, 2011

Kebenaran Yang Terpalit Seribu Kepahitan

Salam...

Korang ada dengar cerita pasal budak 2 tahun yang kena langgar kat China tu?? Astagfirullahazim... kejamnye la kan...


Kenapa la diorang takde rasa simpati langsung...


Tapi baru-baru ni aku ada dapat cerita mengenai kenapa takde orang tolong budak tu... Jom baca... sharing is caring kan....hehehe.. credit to yang share...

TAOTAUAJER - Tao yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China".Korang rasa kenapa dan mengapa ianya berlaku?


Jom kita baca...

"Semenjak 17 Oktober , memang kecoh pasal video dimana seorang budak 2 tahun kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pun yang peduli. Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu buat tak tau jer...Video tersebut tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.

HOT fm buat topik pasal ni...so citer nih memang hot lah….

Sekarang Tao nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada korang yang nak pergi ke China. Kalau korang nak tau sekiranya jumpa or ternampak orang lain dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung, Sila Jangan Tolong..

ASAL? PERINGATAN. JANGAN TOLONG! Nak tau kenapa? Sebabnya bila korang tolong, orang itu dah menjadi tanggungjawab korang. Contohnya, kau nak tolong makcik yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka korang yang kena tanggung sume kos perubatan die sbb korang yang tolong dia...

Ataupun korang akan disaman oleh anak makcik tu sbb korang lah penyebab mak die jatuh. Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri sebab kalau mereka tolong pun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya.

Ini Serius, Cerita ini diceritakan dalam akhbar cina minggu lepas.Dalam akhbar tersebut penulis memberitahu ada seorang askar menolong seorang tua yang terjatuh secara tiba-tiba.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa menanggung kos perubatan org tua tersebut..Akibatnya die kena buang kerja.

Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama. Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat budak tu, diorang yang kena tanggung. Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu? Mula-mulakan pemandu tersebut dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sebab perasan die langgar budak.Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup diekena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tuakan mati.

Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...Tao berbalas pesan nih "Jadinya kalau sampai di China" ingatlah ! JANGAN TOLONG kecuali family korang sendiri...

Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri. Dunia semakin kejam dan tak berperikemanusiaan.

*Bayangkan, undang-undang yang kejam ataupun manusia itu sendiri yang kejam? Tergamak kah membiarkan seirg budak yang masih bernyawa begitu sahaja? Manalah tahu budak tu merupakan calon Perdana Menteri ke? Begitu senang dan murahnya nilai nyawa seseorang. Renung-renung kan..

Monday, October 3, 2011

Benarkah? Peace,hehe

Kajian Menarik

Lelaki

1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt


Perempuan


1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATM dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..

hehehehe... Sabor Ajelahhh.............

Jangan marah yer si perempuan..Just gurau2 je di awal pagi..hehe

Tuesday, August 16, 2011

Buat Renungan Bersama


BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .

Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

• Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

• Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

• Mengulangi makanan sepanjang malam.

• Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

• Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

• Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

• Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

• Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.

NOTA KAKI
Sedar tak sedar, sudah separuh Ramadhan kita tempuhi...

Buat Renungan Bersama

BERPUASA Ramadhan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat(perkara yang membatalkan puasa dan pantang larang puasa) dan boleh memudaratkan .


Bagi tujuan itu, Islam menetapkan adab ketika berpuasa supaya ibadat mereka itu mendapat keberkatan dan mencapai tujuannya. Adab itu juga seiring dari segi perubatan dan kesihatan.

Dari segi perubatan atau kesihatan cara puasa yang tidak berkesan seperti:

• Makan terlalu banyak sewaktu sahur dan berbuka.

• Makan terlalu banyak daging, terutama bagi penghidap batu karang, gout dan alahan.

• Mengulangi makanan sepanjang malam.

• Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan.

• Tidur selepas kenyang makan.

Amalan yang seperti di atas boleh mengikis manfaat dan tujuan berpuasa. Mereka juga akan berasa letih dan mungkin mengalami pelbagai masalah kesihatan daripada amalan itu.

Puasa berjaya adalah yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Puasa berjaya akan membuahkan keadaan rohani dan jasmani yang dinamik, bersih dan diperbaharui!

Apa yang di perlukan ialah kawalan yang baik sewaktu berbuka dan bersahur.

Ketika berbuka, sebaiknya makanlah makanan yang senang hadam, mengandungi serat dan dalam kadar sedikit. Amalan Rasulullah memakan tamar adalah baik sebab ia mengandungi karbohidrat tinggi, di samping asid amino, antaranya triptofan yang didapati boleh menenangkan perasaan.

Untuk mengawal apa yang dimakan, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka atau bersahur. Jika banyak yang dihidang dengan aneka jenis dan rasa, tentulah sukar untuk mengawal apa yang ada di depan mata. Ambil peluang bulan puasa ini untuk berjimat belanja, hadkan jenis dan makanan.

Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.

Sediakan air yang yang ditambah dengan kembang semangkuk dan biji selasih serta getah anggur. Ini kerana makanan ini mencuci usus dan menyenangkan buang air besar.

Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.

Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan dapat mengeluarkan bahan racun yang kian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang, wajar kita meminimumkan memakan protein haiwan ketika berpuasa.

Protein haiwan boleh digantikan dengan protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang dal, soya, hijau dan merah, walaupun protein dalamnya tidak lengkap. Dengan mempelbagaikan sayuran dan mencampurkan jenis yang dimakan, ia akan melengkapkan antara satu sama lain.

Puasa yang berjaya dari segi kesihatan melalui tiga fasa iaitu:-

• Fasa pertama (dua hingga tiga hari)

– Perut lapar, badan letih dan cepat marah (kadar glukos dalam darah rendah).

Pada fasa pertama inilah orang berpuasa terasa amat terduga dan paling susah hendak dilalui. Ini kerana pada masa ini, badan belum terbiasa dengan keadaan perut kosong dan rutin baru yang diamalkannya.

• Fasa asidosis. (tiga hingga 14 hari)

– Kurang selera makan, nafas berbau, lidah menjadi ‘putih’ atau ‘berdaki’, badan lesu.

Fasa ini tidak berapa terkesan sebab cara puasa yang diamalkan ialah puasa separuh masa dan makan minum separuh masa. Jika kita terlalu sedikit makan, fasa ini akan dikesan dengan nyata.

• Fasa ketiga (14 hari hingga akhir puasa )
– Lidah jadi bersih, nafas hilang berbau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos kembali normal.

Pada fasa ini, mental, emosi dan badan semakin ‘optimum’ dan anda menjadi seperti orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses ‘asidosis dan ketosis’ dalam badan berjalan lancar.

Wali Allah mencapai peringkat spiritual yang tinggi kerana ketajaman ‘mata hati’ mereka kerana puasa yang mencapai matlamatnya.


Nota kaki : Puasa, jangan tak puase :)

Monday, August 1, 2011

Keterujaan Nafsu Makan



Subhanallah..Wallhamdulillah..Allahuakbar!

Bulan Ramadhan menjelma kembali. Hari ini, 1 Ogos bersamaan 1 Ramadhan, dimana bermula nya umat Islam mulamenjalani ibadah puasa.

Amacam, agak-agak, penuh tak puasa tahun nie? (ellow..puasa penuh wajib taw..).. soalan ni hanya lah untuk mereka yang maybe ada masalah kesihatan..yang sihat walafiat tu jangan nak mengada-ngada ponteng.. dosa tau!

Bercakap tentang bulan Ramadhan ni, banyak lah bazar-bazar Ramadhan dibuka, bak kata seperti cendawan tumbuh. Pehh, situ sini sana sini penuh dengan bazar-bazar. Buffet berbuka apatah lagi, pelbagai promosi dibuat. Cume nak diingatkan disini, nafsu makan tu hendaklah dijaga. Makruh puasa kita juga makan keterlaluan, nafsu tidak dijaga. Memang lah bulan Ramadhan ni syaitan-syaitan diikat, tetapi nafsu tidak. Musuh kedua utama tuuu.. Cuma nak diingatkan apabila berbelanja tu berpada-pada lah. Jangan ikutkan nafsu dan membazir.

Ari ni first day puasa, macam2 ragam manusia dapat dilihat. Alhamdulillah, bulan puasa ni dapat balik kerja awal, pkul 4.30 ptg dah boleh gerak balik. Kesibukan jalan dikotaraya KUALA LUMPUR memang tidak dapat dielakkan sama sekali. Hon sana hon sini, itu sudah pasti. Potong Q, cilok sana, cilok cni my feveret, hehe. Hari ni singgah di Bazar Ramadhan di Tasik Bandar Sri Permaisuri, berhampiran Tasik. Adoi, jalan jem bagai... Tapi nak buat mcmn, redah je. Puasa puasa, sabo sabo...

Menu di bazar kebanyakkan nya sama, murtabak, ayah percik, roti john. Muak kot.. Untuk menu berbuka hari ni ialah :

1) Ayam percik
2) Ikan kicap
3) Kuih Melaka
4) Popia Basah
5) Kuih cara
6) Air Teh Matahari (ape ntah name die,lupe,hehe)



Banyak tak? ok la tu kot,hehe. Lepas bershopping, berjalan-jalan mengelilingi Tasik.. Wa,sejuk amat..nyaman...

Apa-apa pun, selamat berpuasa kepada seluruh umat ISLAM dan selamat berbuka. Jangan buka lambat-lambat,hehe

NOTA KAKI
Menunggu ketibaan berbuka, waktu Maghrib di KL ialah pukul 7.30 p.m


Friday, May 20, 2011

Cerpen : Dia Jodohku


Nurul memandang tepat wajah insan di hadapannya itu. Dia cuba mencari sebuah jawapan. Debaran di hati tidak hilang sedikitpun walaupun telah hampir semua pertanyaan dan persoalan telah dilontarkan. Ahh, mengapa mesti mengunci bibirmu. Keluarkan suaramu. Jawab pertanyaanku. Nurul memprotes di dalam hati.
Insan di hadapannya itu hanya tersenyum. Dia mengangkat wajahnya. Nurul cepat-cepat berpaling ke arah lain. Bimbang matanya bertaut dengan mata si jejaka.


“Mungkin Nurul jodoh saya,” jawabnya ringkas.

“Itu sahaja jawapan saudara?” soal Nurul kerana tidak berpuas hati dengan jawapan seringkas itu.

“Ya.”

Nurul memandang temannya Aina yang sejak tadi membatukan diri. Lagaknya seperti ingin meminta pertolongan. Manalah tahu Aina ada apa-apa soalan yang boleh membuka mulut jejaka ini. Namun, Aina hanya tersenyum. Dia juga kaku berhadapan dengan keadaan ini. Nurul yang dikenalinya seperti berubah serta-merta dalam pertemuan ini. Tiada lagi senyuman manis, tiada lagi kata-kata yang penuh berhikmah dan yang paling terkesan, kelembutan yang menjadi darah-dagingnya juga seperti telah terbang di tiup angin.

“Pandai sungguh dia berlakon,”getus hati Aina.

Bibirnya mengukir senyum apabila Nurul mengajaknya pulang. Masa yang ditunggu telah tiba. Nurul telah berjanji akan membelanjanya makan selepas pertemuan itu selesai. Bukan mengambil kesempatan, cuma poketnya hampir kosong. Almaklumlah sekarang sudah berada di penghujung semester.

Semasa dalam perjalanan ke cafe, Aina mengambil kesempatan bertanya Nurul perihal perubahan tingkah-lakunya sebentar tadi.

“Boleh Aina Tanya sikit?”

“Emm, tanyalah...”

“Kenapa Nurul garang sangat dengan Izzat tu? Kesian dia,”

“Garang ke? Nurul rasa cam biasa je tadi,” Nurul menjawab sambil bibirnya mengukir senyuman.

Aina cuba membaca isi hati sahabat baiknya itu. Senyuman Nurul bagai tersirat 1001 macam maksud. Aina hanya mendiamkan diri, mungkin Nurul belum bersedia menceritakan isi hatinya.
Deringan telefon yang mendendangkan lagu “Atas Nama Cinta” nyanyian kumpulan UNIC sedikit mengganggu tumpuan Nurul yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan assignment yang perlu dihantar dua minggu lagi. Kerutan di dahinya hilang dan digantikan dengan senyuman apabila melihat nama si pemanggil. Insan yang sentiasa dirinduinya siang dan malam.

“ Assalamualaikum ibu,” sapa Nurul lembut.

“Waalaikumusalam. Nurul tengah buat apa tu? Sibuk ke?,” soal ibunya.

“Tak lah sibuk sangat, tengah siapakan assignment. Dua minggu lagi kena hantar. Ibu sihat? Abah macam mana?”

“Alhamdulillah, kami sihat. Emm, sebenarnya ibu dan abah ada hal penting nak berbincang dengan Nurul. Nurul boleh balik kampung hujung minggu ni?”

“Hal apa yang penting sangat tu sampai tak dapat bagitahu melalui telefon,” seloroh Nurul. “Adalah.. ini hal masa depan Nurul,”

Setelah memutuskan talian telefon, Nurul mula termanggu. Dia sudah berasa tidak sedap hati. Hal apakah yang ingin diberitahu ibu? Masa depan? Hal baik atau sebaliknya? Screen laptop dihadapannya dipandang tanpa berkelip. Fikirannya mula melayang entah ke mana. Jantungnya mula berdegup kencang menyebabkan aliran darah dalam tubuhnya bergerak laju merentasi segala otot dan bahagian tubuh yang lain. Jarinya lantas memicit-micit kepala yang tidak sakit. Perbualan dengan ibu sebentar tadi telah menyebabkan dia berasa tidak keruan. Oh, ibuku!

**********
Angin petang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang riang bermain kejar-kejar di halaman rumah. Padi yang mulai menguning di petak-petak sawah dan burung-burung yang bebas berterbangan mengindahkan lagi pemandangan petang itu. Segala beban pelajarannya terasa hilang semenjak dia sampai ke rumah beberapa jam yang lalu. Nurul menghayun langkah ke sebatang pohon besar dihadapan rumah. Di bawah pohon yang rendang itu terdapat sebuah buai dan pangkin. Di situlah dia dan ibunya selalu berbual-bual.
Suasana damai petang itu tidaklah sedamai hatinya. Ibunya masih belum menyampaikan hal tersebut. Ingin sahaja dia meminta ibu menceritakan hal itu setibanyan dia di rumah tadi. Namun, aroma asam pedas kegemarannya membantutkan pertanyaan malah menaikkan selera makannya pula. Nurul tersenyum sendiri.

“Hai anak dara, kenapa senyum sorang-sorang ni?”

Nurul berpaling ke arah pemilik suara itu. Ibu dan abahnya menghadiahkan senyuman buat satu-satunya anak gadis yang mereka miliki.

“Ingat kat siapa la tu,” abah mula berseloroh.

“Mana ada ingat kat siapa-siapa. Tengah memerhati keindahan alam. Anak ibu dan abah ni kan pencinta alam orangnya,”jawab Nurul manja.

Nurul akui, walaupun usianya sudah menjengah angka 22 dan bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi, namun sifat keanak-anakkan dalam dirinya masih menebal. Mungkin kerana dia satu-satunya puteri yang dimiliki oleh pasangan Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah di samping dua orang putera yang sudah bekerjaya dan seorang putera yang masih di zaman remaja.

“Hal apa yang ibu nak beritahu hari tu?”, soal Nurul tanpa berlengah.

Haji Ahmad dan Hajah Zubaidah berpandangan. Raut wajah mereka sedikit berubah. Bimbang hal yang bakal disampaikan akan mengganggu tumpuan Nurul belajar. Walaupun sifatnya seperti keanak-anakkan, tetapi fikiran Nurul sematang usianya. Haji Ahmad yakin pelajaran anakknya tidak akan terganggu, cuma si ibu yang masih berat hati menceritakan hal tersebut.

“Ada orang datang bertanya,” abah mula membuka cerita.

“Datang bertanya? Tanya apa?” serius Nurul tidak faham.

“Macam ni..” ibu mula menyusun kata.

“Ada orang datang merisik Nurul.”

“Siapa?”

“Orang Selangor. Keluarga Tengku Mahfuz.”

“Tengku Mahfuz? Siapa tu?” soal Nurul ingin kepastian.

“Kawan lama abah kamu. Sama-sama belajar di Madrasah At-Ti Hadiah dulu,” terang ibu.

Nurul hanya mendiamkan diri. Bila pula abah aku ada kawan daripada golongan Tengku-tengku ni. Aish..

“Mereka datang merisik untuk anak mereka, kalau tak silap, Izzat namanya,” abah mula bersuara.

Nurul memandang wajah tenang abah sambil tangannya menggapai sampul surat yang abah hulurkan.

“Itu gambar orangnya. Nurul fikirlah masak-masak sebelum memberi jawapan. Apa sekalipun jawapan Nurul, abah dan ibu akan sokong,” tambah abah.

“Abah dan ibu dah lihat orangnya? Pandangan abah dan ibu bagaimana?” Sekali lagi ibu dan abah berpandangan. Tetapi kali ini senyuman mereka meleret-leret dan tidak lekang dari bibir. Nurul bertambah binggung.

Malam itu Nurul sangat susah untuk melelapkan mata. Apa yang dibongkarkan oleh abah dan ibu petang tadi benar-benar menghantui dirinya.

Sebenarnya kami dah lama kenal Izzat tu. Abah mula-mula kenal dia masa dia ikut Tengku Mahfuz ke majlis perkahwinan sepupu kamu, Mazuin, tahun lepas. Masa tu kamu sibuk bantu Mak Long sampai tak sempat nak kenalkan dengan Izzat. Kali kedua abah jumpa dia di madrasah. Dia menggantikan papanya semasa reunion kami. Semenjak waktu tu, dia selalu juga telefon abah bertanya khabar. Dia pun pernah datang ke rumah. Cuma kamu je yang tak tahu.

**********
Nurul mula memanggil-manggil memorinya. Manalah tahu dia dapat mengingati situasi yang abah ceritakan petang tadi. Daripada raut wajah abah, Nurul dapat merasakan bahawa abah sangat menyenangi jejaka yang bernama Izzat itu. Tidak kurang juga dengan ibu. Kedua-duanya kelihatan ceria bercerita tentang Izzat. Izzat itu, Izzat ini…

Nurul baru teringat sampul surat yang diberi oleh abah siang tadi. Dia membuka sampul surat itu dan mengeluarkannya dengan berhati-hati. Matanya dipejamkan kerana takut melihat wajah orang ingin memetiknya dari taman hati abah dan ibu. Entah hensem ke tidak. Entah-entah gemuk. Alamak…hatinya berbisik nakal.

Matanya dibuka perlahan-lahan. Tiada cacat-cela daripada raut wajahnya. Semuanya kelihatan sempurna. Tiba-tiba.. Macam pernah tengok dia ni, tapi kat mana? Bila? Aiseh. Siapa ni.. muka ni macam pernah wujud dalam memori aku, tapi siapa??? Nurul makin tidak keruan. Insan itu seperti pernah dikenalinya satu masa dahulu. Namun, segala maklumat bagaikan hilang ketika dia amat memerlukannya ketika ini.

Nurul lantas mencapai laptop yang hampir sehari tidak ditatap. Dia yakin gambar Izzat pasti terselit di antara beratus-ratus gambar simpanan peribadi miliknya. Satu demi satu folder gambar dibuka. Satu persatu gambar diteliti supaya tidak ada yang terbabas daripada penglihatannya. Sudah hampir ke semua gambar dilihat, diteliti dan ditelek dengan penuh ketekunan, namun dia masih tidak menjumpai wajah yang dicarinya. Giliran folder terakhir dibuka.

Folder yang menempatkan gambar Nurul dan rakan-rakannya semasa Bengkel Sukarelawan yang dianjurkan pihak universiti beberapa bulan yang lepas. Bebola matanya seperti dapat menangkap sesuatu. Nurul segera mengambil gambar yang diberikan oleh abah dan meletakkannya di screen laptop. Dia cuba membandingkan gambar itu dengan gambar seorang penceramah yang memiliki raut wajah yang hampir sama dengan Izzat.

“Subhanallah...” hanya perkataan keramat itu yang keluar dari bibir Nurul. Debaran hatinya bertambah kencang.

Dr. Irfan, salah seorang penceramah bagi slot kecemasan dan perubatan. Diakah orangnya. Tanpa membuang masa, Nurul terus mendapatkan kepastian daripada sahabat baiknya, Aina.
“ Kalau tak silap, ada dua orang doktor yang datang hari tu. Yang perempuan tu namanya Dr. Khalisah, yang lelaki tu namanya Dr. Irfan. Kenapa?” jawab Aina dan membalikkan satu soalan kepada Nurul.

“Aina tahu tak nama penuh doktor lelaki tu?”

“Dr. Izzat Irfan.. ada gelaran tengku kot di pangkal namanya” jawab Aina yang berada di hujung talian. Dia berasa pelik dengan tingkah-laku Nurul. Sebelum ini Nurul tidak pernah bertanya apa-apa mengenai muslimin, lebih-lebih lagi yang tidak dikenalinya. Tapi berbeza kali ini.
“Oh, ok. Terima kasih ya. Maaf mengganggu malam-malam ni. Assalamualaikum,” “Waalaikumusalam,” balas Aina kecewa. Tidak sempat nak mengorek cerita dan bertanya lebih lanjut, Nurul sudah dahulu mengakhiri perbualan mereka. “Tak apa, balik kolej nanti aku korek cerita hang,” getus hatinya.

**********
Sudah dua hari di rumah dan tiba masanya kembali ke bumi UPM. Semua barang keperluan telah dimasukkan ke dalam beg. Matanya tertacap kepada satu kotak kecil berwarna merah di atas meja solek. Kotak baldu berbentuk hati itu dicapai dan dibuka perlahan-lahan. Cincin emas bertatahkan permata comel berwarna putih memancarkan kilauannya apabila terkena cahaya matahari yang terbias dari tingkap kamarnya.

Hati Nurul berbelah bahagi. ‘Mengapa dia memilih aku sedangkan kami tidak pernah mengenali antara satu sama lain. Layakkah cincin secantik ini disarungkan ke jariku. Dan yang paling menggusarkan, layakkah aku menjadi suri hati seseorang yang baik dan sesempurna dia.’
Segala persoalan yang ingin dilontarkan telah ditulis kemas dalam sebuah warkah. Nurul meminta nasihat abah dan ibunya. Adakah dia melakukan sesuatu yang betul dan tidak tersasar dari jalan yang dibolehkan agama. Kata abah, lakukanlah jika itu mendatangkan kebaikkan. Andai itu salah satu ikhtiar yang digunakan untuk berasa yakin dialah jodohmu, maka teruskan. Tapi awas, jangan sampai terlalu mengikut kata hati . “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya.

Pesanan abah sangat mendalam maksudnya, “Jaga hatimu dan bantulah dia menjaga imannya. Oh, abah!

Nurul melipat warkah tulisan tangannya itu dengan kemas. Tiada bedak mahupun wangi-wangian diletakkan seperti mana yang dilakukan remaja-remaja lain. Warkah itu membawa isi hati Nurul agar si dia mengerti dan mengenali siapa insan yang baru dilamarnya. Juga ingin meminta kepastian adakah benar-benar ikhlas menerima dirinya yang penuh kekurangan dan kelemahan agar suatu hari nanti tidak akan dipersoalkan jika badai menghempas pelayaran rumahtangga mereka. Nau’zubillah...

Bukan meminta, hanya sekadar satu persediaan. Nurul meminta abahnya sendiri menyampaikan warkah itu. Biarlah abah yang menjadi orang tengah antara mereka, itu yang terbaik.

**********
Terlopong Aina mendengar cerita yang baru disampaikan Nurul. Aina tidak menyangka Nurul akan dilamar oleh doktor idamannya itu. Namun, dia sangat bersyukur andai benar jodoh Nurul dengan Dr. Irfan. Daripada satu sudut dia dapat melihat mereka sangat sepadan. Walaupun jarak usia antara mereka selama 6 tahun, namun itu tidak mencacatkan keserasian mereka.
Serasi? Ya, itu yang Aina rasakan. Seingat Aina, selepas program tamat, mereka pernah bertukar-tukar pendapat mengenai dunia perubatan dan perkaitannya dengan isi kandunagn Kitabullah. Walaupun kumpulan mereka terdiri daripada 7 orang, namun, hanya Dr. Irfan dan Nurul yang banyak menjawab dan menyoal. Ahli yang lain lebih gemar mendengar, termasuk dirinya sendiri. Aina tersenyum apabila mengimbau kembali kenangan itu.

“ Aina rasa kamu berdua memang sepadan. Bagai pinang dibelah dua. Bagai cincin dan permata, ” kata Aina sambil mengira-ngira untuk menambah bidalan-bidalan yang lain bagi menunjukkan kesepadanan mereka.

“Aina, jangan main-main ok. Ni masalah besar ni,” balas Nurul.

“Nurul suka dia tak?”

Berkerut dahi Nurul mendengar soalan sabatnya itu. Dia berfikir sejenak.

“Orang-orang tua kata, diam maknanya suka. Betul tak?” Aina cuba bermain kata dengan Nurul. Bukan untuk menambah kerunsingan temannya itu, namun sebelum memberi apa-apa pandangan, lebih baik dia mengertahui isi hati Nurul terlebih dahulu.

“Entahlah. Nurul pun tak pasti,” jawab Nurul lemah.

“Kenapa? Nurul dah ada pilihan hati ke?”

“Bukan macam tu, tapi...”

“Tapi apa? Nurul ada apa-apa masalah ke? Ceritalah, Aina sedia mendengar,” pujuk Aina. Nurul hanya tersenyum hambar. Daripada raut wajahnya tergambar sedikit kegusaran. Bukan soal sudah ada jejaka idaman, Cuma hatinya belum bersedia. Bukan setakat hati, jiwa dan jasadnya juga bagai belum bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang berat itu nanti.
“Aina tahu kan siapa dia. Latar belakang keluarga pun dah berbeza sangat dengan Nurul. Itu belum lagi tahap pendidikan. Macam tak sesuai je dengan Nurul,” “Ish, itukan ukuran dunia je. Aina rasa dia bukan daripada golongan yang mementingkan soal darjat dan darah ni. Dia sendiri pun low profile, sentiasa merendah diri. Pengetahuan agama pun boleh tahan. Apa lagi yang kurang?” soal Aina tidak puas hati.

“Memang dia tiada kekurangan dari mata Nurul. Tapi Nurul yang banyak kekurangan. Bab agama tu yang Nurul risau. Masih lemah. Bimbang tidak dapat menjadi suri yang dapat dia banggakan.”

“Nurul, Allah menciptakan menusia berpasangan-pasangan supaya mereka saling melengkapi bukan? Perkahwinan bukan suatu proses mencari yang sempurna, tapi proses untuk menjadi yang sempurna. Ingat tu,”

Nurul hanya mendiamkan diri. ‘Betul juga apa yang Aina cakap, hati kecilnya berkata-kata.
"Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMu. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar dia milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pembimbingku, maka Kau bukalah pintu hatiku untuk menerimanya. Tenangkan hatiku andai keputusanku ini benar, dan berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Namun, andai bukan dia yang sepatutnya aku dampingi, maka jauhikan aku dari dirinya, kuatkan hatiku untuk menerima ketentuanMu. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn."

Selesai mengerjakan solat sunat istikharah buat sekelian kalinya, Nurul masih lagi berteleku di atas sejadah. Hatinya tenang mengadu kepada Yang Esa. Tiada kedamaian setanding kedamaian tika berdua-duaan dengan Pencipta.

**********
Walaupun sudah hampir tiga minggu lamaran daripada pihak lelaki datang, namun dia masih belum dapat memberi keputusan. Buat masa ini dia hanya mahu menumpukan perhatian kepada peperiksaan akhir semester yang sudah pun bermula. Syukur kerana keluarga Tengku Mahfuz memahami keadaan dirinya.

Jam di dinding menunjukkan pukul 7.30 pagi. Nurul mengerling teman sebilikknya yang sedang khusyuk mengulangkaji. Tangannya mencapai nota Perundangan Makanan yang kemas tersusun di dalam fail.
Dia mahu membaca semula nota-nota tersebut sebagai persediaan terakhir sebelum menduduki peperiksaan bagi subjek itu pada pukul 11.00 pagi nanti.

Titt..titt.. Deringan telefon bimbit yang diletakkan di atas katil memecah kesunyian bilik kecil yang dihuninya itu. “Siapa pula yang bagi mesej pagi-pagi ni,” Nurul bermonolog sendiri. Dia mengambil telefon tersebut dan membuka mesej pesanan ringkas yang baru diterimanya. Senyuman terukir tatkala melihat nama si pengirim, Azim, adik bongsu yang tersayang.
Salam. Kak Nurul, esok ibu dan abah akan ke UPM. Abah kata ada benda penting nak disampaikan kepada kakak. Macam surat, tapi abah tak bagi Azim baca. Penting benar agaknya sampai tak sempat tunggu kakak balik.

Azim. Nurul berfikir sejenak. Surat? Dia tidak mahu terus berfikir, biar esok yang menjadi penentunya. Mesej Azim dibalas.

Waalaikumusalam. Ok, kakak akan tunggu kedatangan abah dan ibu.
Nurul meneruskan pembacaan. Hanya tinggal dua paper sahaja lagi yang belum di jawab. Jika diikutkan, minggu hadapan dia akan pulang ke kampung untuk bercuti. Mungkin benar kata Azim, surat itu pasti sangat-sangat penting sehinggakan abah tidak sabar untuk memberikan kepadanya. Tiba-tiba dia tersentak. Jangan-jangan itu surat daripada Izzat. Surat jawapan daripada segala persoalan yang dia ajukan dalam warkahnya tempoh hari. Sesak nafasnya dan tanpa sedar dia mengeluarkan satu keluhan berat.

**********
Benar seperti yang dijangka. Kedatangan abah siang tadi membawa warkah daripada Izzat. Nurul berasa sangat serba salah kerana dia masih tidak dapat membuat keputusan. Kesian abah dan ibu. Sanggup datang daripada jauh semata-mata untuk menyampaikan surat ini. Teringat pesan abah, ‘Kalau Nurul betul-betul tak bersedia, jawab sahaja tidak setuju. Kesian pihak sana masih menunggu-nunggu’.. Nurul hanya tersenyum kelat mendengar kata-kata abah. Bukan tidak setuju, 100 kali dia mahu. Namun, masih ada kekangan yang menyebabkan perkataan setuju itu tidak keluar dari bibirnya. Sabarlah abah, anakmu masih perlukan masa untuk berfikir.

Antara pilihan dan penentuan. Antara tadbir dan takdir. Antara kesempurnaan dan pencarian. Semuanya menagih sikap berhati-hati dan kesabaran. Jangan terlalu cepat hingga tersadung dan jangan pula terlalu perlahan hingga terlambat. Pilihlah jalan tengah di antaranya dan iman serta ilmu menjadi panduannya.

Usai mengerjakan solat Isya’ , Nurul terus mencapai sampul surat berwarna biru dari mejanya. Isinya dikeluarkan. Lipatan warkah itu masih elok. Tidak lagi dibuka, apa lagi dibaca. Nurul memberanikan diri untuk menatapnya. Apa pun yang terjadi, keputusan harus dibuat malam ini juga. Ini tekadnya!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang...
Salam kembali buat Saudari Nurul Jannah Alisya Binti Ahmad.
Pertamanya, maaf kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab persoalan saudari. Bukan ingin membiarkan saudari terus tertanya-tanya, cuma berusaha untuk memberi jawapan yang sebaiknya. Sejujurnya, saya tiada jawapan yang tepat untuk setiap pertanyaan daripada saudari kerana saya yakin saudari punya jawapannya sendiri.
Pernah mengasihi atau tidak, pernah bercinta atau tidak, pernah mengenali atau tidak, bukanlah satu syarat untuk menjamin kebahagiaan sesebuah rumahtangga. Bukan kah janji Allah itu pasti. Dia bisa menemukan dan memisahkan sesiapa yang Dia kehendaki. Secara logiknya, memang susah menerima insan yang kita tidak pernah kasihi apalagi yang kita tidak pernah kenali untuk menjadi pasangan kita, tapi saya yakin, setiap apa yang berlaku talah diatur oleh Allah dengan sangat sempurna. Wallahua’lam…
Setiap menusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah. Tidak terkecuali saudari dan saya sendiri,bukan? Allah telah memberi tips kepada kita dalam memilih pasangan. Lihatlah kepada 4 perkara; agama, kecantikkan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan aman hidupmu. Saya tidak pernah meletakkan syarat-syarat tinggi kepada sesiapa yang bakal menjadi isteri saya kerana saya juga insan biasa yang banyak melakukan dosa dan kesalahan. Pada saya, sudah memadai jika dia dapat menerima saya seadanya.

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
“Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikkan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allahlah yang lebih mengetahui. Justeru, saya akan berusaha menerima sesiapa sahaja yang telah Allah catatkan namanya untuk menjadi pendamping saya. InsyaAllah.

Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan. Ianya dapat diatasi dengan perkahwinan. Perkahwinan itu fitrah, perkahwinan itu sunnah. Mendirikan rumahtangga bermakna telah mendirikan sebahagian agama. Tidak perlu mencari yang terlalu sempurna, tetapi berusahalah menjadikan pasangan kita sempurna.

Tulang rusuk yang hilang pasti tidak akan tertukar dan pasti akan kembali ke tempat asalnya, itulah janji Allah. Saya cuma berharap agar tulang rusuk yang bakal kembali itu dapat membantu melindungi hati saya daripada dimasuki perkara-perkara yang melalaikan,bahkan tulang rusuk itu jugalah yang bakal memberi kekuatan kepada saya untuk tetap memperjuangkan keimanan dan ketaatan kepada Yang Esa.

Mungkin jawapan yang saya berikan tidak seperti yang saudari inginkan. Hanya ini yang mampu saya katakan. Sesungguhnya setiap patah perkataan yang tertulis di kertas ini, telah pun kering dakwatnya di Luh Mahfuz. Tumpukan perhatian kepada peperiksaan yang sedang diduduki. Jangan biarkan hal ini merunsingkan fikiranmu. Segala yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan kekurangan itu datangnya daripada insan lemah ini. Wassalam…

**********
Nurul melipat kembali warkah itu. Patutlah Izzat hanya mendiamkan diri semasa pertemuan mereka yang tidak disengajakan minggu lepas. Rupa-rupanya dia sudah menulisnya terlebih dahulu. Memang benar, Izzat tidak menjawab terus apa yang disoalnya, namun setiap bait-bait kata yang ditulis sudah cukup untuk mengukuhkan alasan untuk keputusan yang bakal dibuat. Nurul tersenyum, dia yakin dengan keputusannya.

“Ya, tulang rusuk tidak akan tertukar!”

Haji Ahmad sangat bersyukur mendengar keputusan yang dibuat oleh Nurul. Walaupun Nurul menetapkan beberapa syarat namun syarat tersebut tidak memudarkan sedikitpun sinar kegembiraan di wajah ibu dan abah.

“Nurul setuju dengan lamaran ini. Tapi, Nurul nak habiskan belajar dulu. Terpulang kepada pihak sana mahu tunggu ataupun tidak,” tegas Nurul. Walaupun luarannya tegas, namun, hatinya hanya Tuhan yang tahu. “Harap-harap dia sanggup tunggu. Kalau tak, makan hati berulam jantunglah aku”, jenaka hati kecilnya.

Abah hanya mengangguk-anggukkan kepala. Ibu hanya tersenyum di sebelah abah. Cincin lamaran telah disarungkan sendiri ke jari manisnya. Cantik. Cocok benar dengan warna kulitnya yang putih gebu. Adiknya Azim juga turut tersenyum sambil mengenyitkan mata bundarnya. Mungkin gembira bagi pihak kakaknya barangkali.

Nurul tersenyum sendiri. Hatinya sudah lega. Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Majlis pertunangan mereka akan dilangsungkan pertengahan tahun hadapan, betul-betul selepas dia menamatkan pengajian. Sengaja dipilih tarikh yang masih lambat itu kerana tidak mahu kelam kabut. Tambahan pula dia sedang sibuk dengan projek tahun akhirnya. Pandangan mata dialihkan ke sawah padi yang terbentang luas. Indah, nyaman, damai..Begitu juga rasa hatinya.. Kebahagiaan sedang menanti di hadapan, semoga sempat digapai dan akan kekal dalam pelukkannya sehingga akhir hayat, insyaAllah…

Nota kaki : Cerita ini hanya rekaan semata-mata :)

Related Posts with Thumbnails