Kepekaan terhadap sesuatu menjadi ukuran terhadap nilai sesebuah masyarakat. Masyarakat yang dibentuk oleh Nabi sangat sensitif terhadap ajaran Islam. Seruan untuk jihad disambut dengan rela hati. Mereka sanggup mengorbankan harta dan diri mereka kerana menegakkan agama Allah. Mereka berlumba-lumba mengerjakan kebajikan dan ketaatan walau sekecil mana sekalipun. Kepada mereka semua kebajikan adalah suruhan Allah. Pada masa yang sama mereka menjauhi segala larangan sama ada yang besar atau kecil. Besar atau kecilnya larangan pada mereka sama sahaja kerana semua itu adalah larangan Allah. Lantaran kepekaan terhadap suruhan dan larangan Allah, mereka sangat takut untuk mengerjakan maksiat walau kesalahan yang kecil sekalipun. Jika mereka membuat kesalahan dan dosa walaupun kecil, mereka merasakan tertekan seolah-olah gunung Uhud akan menimpa dirinya. Apatah lagi jika dosa yang besar..
Masyarakat sekarang sudah banyak berbeza. Kebanyakannya tidak peka terhadap ajaran Islam. Walaupun telah melakukan dosa besar yang sangat banyak, namun dirasakan seperti seekor lalat yang menghinggap batang hidungnya; seolah-olah tidak ada apa-apa. Ini berbeza sekali dengan generasi awal yang merasakan akan dihempap gunung hanya melakukan dosa yang kecil.
Betapa Nabi Adam menangis beratus-ratus tahun hanya melakukan satu dosa sahaja iaitu memakan buah khuldi yang dilarang oleh Allah; sehinggakan airmata tangisannya mengalir menjadi sungai dan laut yang dapat kita manfaatkan hingga dewasa ini. Bagaimanakah keadaan kita adakah kita menangis setelah melakukan dosa bukan setakat satu malahan tidak terkira dosa yang dilakukan?
Hisablah diri sebelum kita dihisab.
Monday, March 23, 2009
Dosa Ibarat Gunung ?
Posted by Hafiz Ajmain at 12:07 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
memang best..untuk dijadikan pedoman...
hope abg dapat tulis bnyk cerita ag..
insYAllah..
Post a Comment