Salam sejahtera, ari ni, 28 Februari 2010, ari esok dah 1 Mac. Macam sekejap je kan. Diam tak diam, dah masuk bulan Mac rupenye.
Sunday, February 28, 2010
Penghujung Februari 2010
Posted by Hafiz Ajmain at 11:25 PM 0 comments
Saturday, February 27, 2010
Antara Semut, Lebah dan Manusia...
Posted by Hafiz Ajmain at 1:00 AM 0 comments
Friday, February 26, 2010
Kenangan "training"
Posted by Hafiz Ajmain at 9:47 PM 0 comments
Wednesday, February 24, 2010
Around February..
Posted by Hafiz Ajmain at 9:27 AM 0 comments
Tuesday, February 23, 2010
Kata-kata..
Salam semua.....
Kata disusun tersimpul rapi.
Punya makna yang tersendiri.
Berjual beli dengan free.
Indah sungguh tak terperi.
Kini sudah tiada lagi
Kata indah menjadi keji
Singgih di hati menjadi benci
Sebagai ganti pantun suci
Posted by Hafiz Ajmain at 11:14 AM 0 comments
January 2010
Salam 1 Malaysia!
Ku genggam awan kelabuKu gapai langit yang biruArah kita kian bersatuTinggalkan lagu rindumuLangkah kita makin hampirKutahu kau menunggukuDihujung titik menantilah akuAlam mimpi...Bulan bintang sang suriaBagai saksi janji kitaMeniti hari-hariYang indah ini...Gunung akan kudakiLautan kan aku renangiDemi memburu mimpiYang pastiPintu kini telah terbukaKita pun langkah bersamaFantasi mimpi berakhirCinta pun berpaduHari-hari yang berlaluMenjelma bukanlah mimpi lagiUmpama sungai dan tebingSeiring, sehati dan sejiwa
Posted by Hafiz Ajmain at 9:14 AM 0 comments
Monday, February 22, 2010
"Keraguan adalah awal keyakinan.."
Tertangguh satu percutian...
Terhenti satu perjalanan...
Tersekat satu kebebasan...
Namun kehidupan mesti diteruskan...
Hari ini bukanlah satu hari yang dinanti-nantikan, malah sentiasa di pesisiran fikiran. Tempoh tiga bulan sejak berada dalam alam pekerjaan amat memeningkan. Kembali menghadapi realiti, masih bergelar seorang "MAHASISWA" dimana masih mempunyai beban yang dipikul, iaitu menyiapkan thesis. Masa dan ruang yang tidak manjanjikan kebahagiaan. Pulang ke alam kebiasaan yang sering membawa kebosanan.
Tiga bulan lalu, aku berpeluang untuk berehat daripada pengajian. Ada yang menggelar ia 'pengajian' dalam mengungkap kehidupan pencarian ilmu di universiti. Tapi apa yang aku rasakan selepas lima tahun, hanyalah satu pengalaman terkongkong dalam kebodohan.
Optimis terhadap kebodohan membawa kepada pencarian jawapan persoalan-persoalan yang dikatakan tiada jawapan oleh kebanyakan.
Tentang hidup yang merupakan satu perjalanan, tapi semakin jauh dilalui, semakin jauh dari destinasi,
Tentang mati yang semua tahu akan hadirnya tapi tidak benar-benar mempercayainya,
Tentang bahagia dan sengsara yang bergilir-gilir datang bagaikan satu aturan dalam perbarisan,
Tentang agama yang menjadi warisan dan diamalkan hari-hari sekadar tradisi,
Tentang Tuhan yang dihadap hari-hari, tapi amat tidak dikenali,
Tentang manusia yang kian hilang kemanusiaan,
Tentang hati yang kian hilang emosi,
Tentang akal yang kian hilang rasional,
Tentang aku, tentang engkau, tentang kita,
Tentang Insan...
Pencarian jawapan dan kebenaran ini menjadi pendorong untuk bercuti, untuk berjalan dan untuk bebas...
Ribuan batu jalan telah dilalui,
Merentasi lautan dan menyeberangi sempadan,
Bertemu manusia kepelbagaian bangsa, agama dan taraf sosial.
Bertutur pelbagai dialek bahasa.
Bertukar senyuman, saling bersalaman.
Berteman dan berseorangan, dalam tawa dan tangisan.
Namun ketika satu jawapan kian hampir, samar-samar persoalan baru datang hadir.
Di mana berakhirnya kekeliruan ini?
Mungkin bukan semua persoalan ada jawapan...
Hari ini aku masih dalam kekeliruan dan keraguan.
Tokoh falsafah agong Greek ada mengatakan
"The wisest is he who knows that he doesnt know..."
Ragu-ragu dengan kata-kata ini.
Aku lebih senang berpegang dengan ungkapan Descartes yang dikatakan dipetik dari karya al-Ghazali,
"Keraguan adalah awal keyakinan..."
Mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapan...
Mungkin juga tidak...
Mungkin ada kebenaran dalam ungkapan lagu Dewa, Laskar Cinta.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, jangan sekali-kali kamu, mencuba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi. Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.."
Posted by Hafiz Ajmain at 4:44 PM 1 comments
Sepanjang Bulan Disember 2009
Posted by Hafiz Ajmain at 12:28 PM 0 comments
UPDATE!
Assalamualaikum kepada semua pengunjung blog hafizoren87.blogspot.com
Posted by Hafiz Ajmain at 9:15 AM 0 comments