BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, February 22, 2010

"Keraguan adalah awal keyakinan.."


Tertangguh satu percutian...
Terhenti satu perjalanan...
Tersekat satu kebebasan...
Namun kehidupan mesti diteruskan...


Hari ini bukanlah satu hari yang dinanti-nantikan, malah sentiasa di pesisiran fikiran. Tempoh tiga bulan sejak berada dalam alam pekerjaan amat memeningkan. Kembali menghadapi realiti, masih bergelar seorang "MAHASISWA" dimana masih mempunyai beban yang dipikul, iaitu menyiapkan thesis. Masa dan ruang yang tidak manjanjikan kebahagiaan. Pulang ke alam kebiasaan yang sering membawa kebosanan.

Tiga bulan lalu, aku berpeluang untuk berehat daripada pengajian.
Ada yang menggelar ia 'pengajian' dalam mengungkap kehidupan pencarian ilmu di universiti. Tapi apa yang aku rasakan selepas lima tahun, hanyalah satu pengalaman terkongkong dalam kebodohan.
Optimis terhadap kebodohan membawa kepada pencarian jawapan persoalan-persoalan yang dikatakan tiada jawapan oleh kebanyakan.
Tentang hidup yang merupakan satu perjalanan, tapi semakin jauh dilalui, semakin jauh dari destinasi,
Tentang mati yang semua tahu akan hadirnya tapi tidak benar-benar mempercayainya,
Tentang bahagia dan sengsara yang bergilir-gilir datang bagaikan satu aturan dalam perbarisan,
Tentang agama yang menjadi warisan dan diamalkan hari-hari sekadar tradisi,
Tentang Tuhan yang dihadap hari-hari, tapi amat tidak dikenali,
Tentang manusia yang kian hilang kemanusiaan,
Tentang hati yang kian hilang emosi,
Tentang akal yang kian hilang rasional,
Tentang aku, tentang engkau, tentang kita,
Tentang Insan...
Pencarian jawapan dan kebenaran ini menjadi pendorong untuk bercuti, untuk berjalan dan untuk bebas...
Ribuan batu jalan telah dilalui,
Merentasi lautan dan menyeberangi sempadan,
Bertemu manusia kepelbagaian bangsa, agama dan taraf sosial.
Bertutur pelbagai dialek bahasa.
Bertukar senyuman, saling bersalaman.
Berteman dan berseorangan, dalam tawa dan tangisan.
Namun ketika satu jawapan kian hampir, samar-samar persoalan baru datang hadir.
Di mana berakhirnya kekeliruan ini?
Mungkin bukan semua persoalan ada jawapan...

Hari ini aku masih dalam kekeliruan dan keraguan.

Tokoh falsafah agong Greek ada mengatakan
"The wisest is he who knows that he doesnt know..."

Ragu-ragu dengan kata-kata ini.
Aku lebih senang berpegang dengan ungkapan Descartes yang dikatakan dipetik dari karya al-Ghazali,
"Keraguan adalah awal keyakinan..."

Mungkin satu hari nanti aku akan dapat jawapan...
Mungkin juga tidak...
Mungkin ada kebenaran dalam ungkapan lagu Dewa, Laskar Cinta.
"Wahai jiwa-jiwa yang tenang, jangan sekali-kali kamu, mencuba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi. Bahawasanya kamu memang tak punya daya dan upaya serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati.."

1 comments:

aira said...

nice entry

keep it up

salam'alayk pak cik oren

Related Posts with Thumbnails