Tuesday, March 30, 2010
Warkah buat Teman..
*Hidup ini hanyalah sementara.Setiap yang hidup pasti akan mati.Cuma kita je yang tak tahu bila ajal kita.Sebab itulah kita perlu sentiasa bersedia..Jangan kerana umur kita yang masih muda remaja,kita jadikan alasan untuk terus leka menikmati dunia remaja.
*'Hidup cuma sekali,so,kita enjoy!'
Karut je semua tu.Siapa cakap hidup cuma sekali?Selepas kematian,masih ada lagi peringkat hidup yang akan kita lalui.Iaitu akhirat,kehidupan yang berkekalan,yang selama-lamanya. Sama ada syurga atau neraka tempat kita nanti,waktu sekarang lah yang menentukan.Ingatkah kita? Ingatkah kita kepada Tuhan pencipta sekalian alam? Kita sering kali alpa akan TUHAN yang tak pernah lupakan kita.
*Dunia ini hanyalah pinjaman.
Dalam mengejar cinta manusia,jangan kita lupa adanya cinta TUHAN yang agung.Dalam mencari kasih manusia,jangan kita lupa kasih TUHAN yang tiada bertepi.
ALLAH-lah sebaik-baik kekasih.
*Sesungguhnya,sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Posted by Hafiz Ajmain at 9:45 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment