BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, April 6, 2011

Cukai-cukai di Malaysia


Cukai jualan atau sales tax adalah satu bentuk cukai yang dikenakan hanya pada satu peringkat kepada barangan import dan beberapa jenis produk tempatan apabila produk itu sudah diimport masuk,atau pada ketika barangan itu dijual.

Kadar bayaran :
a. 5% untuk buah-buahan import,bahan makanan dan bahan binaan
b. 10% untuk barangan harian
c. 20% untuk barangan alkohol
d. 25% untuk produk tembakau

Cukai servis atau service tax adalah cukai yang dikenakan kepada barangan-barangan dan servis2 apabila dijual atau disediakan dalam premis-premis tertentu seperti hotel dan sbg.Produk yang dikenakan cukai servis adalah produk tembakau,produk beralkohol dan minuman.(Sebab tu makan minum kat hotel mengarut2 harga dia)

Servis-servis yang disediakan yang dikenakan cukai servis pula adalah :

1. penyediaan bilik sebagai tempat penginapan
2. penyediaan premis untuk meetings, conventions dan persembahan fesyen dan budaya
3. health services
4. professional and consultancy services provided by legal
5. engineering
5. surveyor,
7. architectural
8. accounting
9. advertising
10. consultancy
11. provision of accommodation and food by private hospitals and credit cards companies.

dan BANYAK LAGI .....firms, insurance companies, motor vehicles service and repair centers, telecommunication services, security and guard services, recreational clubs, estate agents, parking space services, courier service firms, dentists, veterinary doctors

............

Tapi,sebab nak senang punya pasal,aku listkan lah macam ni aje cukai2 yang aku tau sebab benda2 ni yang aku rasa setiap masa.

1. Cukai kereta yang maha tinggi
2. Jika cukai kereta maha tinggi,cukai motorsikal super maha tinggi
3. 5% tiap-tiap kali makan Kentucky,McDonald dan lain-lain francais makanan
4. Duti hiburan 20% yang ada setiap kali anda tengok wayang
5. Cukai pendapatan kepada mereka2 yang bergaji lebih RM2500
6. Cukai pintu kepada pembeli rumah
7. Kredit kad servis tax RM50
8. Cukai kepada harga rokok
9. Cukai jalan dan insurans
10. Tol adalah satu bentuk cukai bila jalan percuma macam gampang.

Kalau ada sesiapa nak kata Pembangkang poyo sebab janji macam ni?Biarlah dia nak poyo sekalipun.At least diorang memikirkan sesuatu yang menguntungkan rakyat.Always pick the lesser evil.Point aku post benda ni senang aje;

"Mana-mana cukai sekalipun walaupun yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat itu sendiri,biasanya yang membayarnya adalah kita, pengguna."


Nota Kaki : Ada sesiapa nak tambah lagi cukai-cukai yang kita kena sehari-hari?

Kerja? Jual Skill or Masa?


Aku cukup tak suka satu law pekerja kat Malaysia ni yang menyatakan;

"Jika seorang pekerja bergaji lebih RM1500,dia tidak layak dapat overtime claim."

Banyak syarikat-syarikat di Malaysia ni mempergunakan undang-undang ni untuk mengerah habis-habisan pekerja dengan alasan kena kejar deadline,pekerja perlu stay kat ofis sebab takut2 ada job masuk dan sebagainya.RM1500..bukannya eksekutif sangat pun nilai gaji tu kalau itu yang dikira sebagai "Gaji Eksekutif."

Ramai jugak rungutan-rungutan yang aku dengar daripada pekerja-pekerja government yang bergred 41 apabila diorang tak boleh claim tapi staff gred 27 boleh claim,jadi perbezaan total gaji+elaun tak banyak beza...dan biasanya pekerja bergred 41 ni pun kena buat overtime jugak,tapi overtime tak berbayar (ada sesetengah Kementerian aje yang bayar jugak overtime claim untuk gred gaji 41 ke atas tapi tak semua)

Lagilah teruk bila kita nak bercerita pasal syarikat swasta.Jadi,kalau benda2 camni,aku akan ikut back to basic.Aku ambik pengalaman aku lah ya.

Satu masa dulu aku kerja satu company,gaji aku RM2000.Tapi stat keje pukul 9,biasanya balik pukul 11 malam.Maknanya aku dah kerja 14 jam.Jadi,nak senang,kita ambik average aku kerja 12 jam sehari,5 hari seminggu.

Pengiraan dia;
RM2000/22 hari = RM90.90 sehari.
RM90/12 jam = RM7.50 sejam.

RM7.50 sejam dan itu tak termasuk lagi dengan aku kena kerja weekend dan lain-lain.Paling teruk satu masa tu,aku hanya cuti hari Ahad saja dalam sebulan.Jadi dalam sebulan aku dah kerja 26 hari.

RM2000/26 hari = RM76 sehari
RM76/12 jam = RM6.33 sejam

Selagi undang-undang kat Malaysia ni tak mengambil kira nasib pekerja dengan lebih serius,kualiti hidup orang-orang Malaysia akan makin parah.Biasanya syarikat-syarikat akan mengambil kesempatan dengan menulis dalam kontrak;"Jika anda diperlukan untuk bekerja di dalam tempoh luar waktu kerja,anda diperlukan datang untuk bekerja tanpa overtime claim."

Kerajaan haram tak membantu langsung nak improve situation ni.Nak buat camna?Benda dah sign kan?Biasanya waktu tu aku bekerja dalam sekitar 60 jam lebih seminggu.Undang-undang ada tapi undang-undang banyak betul loophole nya.Jadi pekerja2 senang benar dibuli kerana ramai majikan tahu,diorang ni nak bekerja.What's the point ada undang-undang "gaji Rm1500 tak dapat overtime" kalau banyak company tak boleh pun ikut law satu hari tempoh bekerja adalah 8 jam,seminggu 40 jam?

Mau spend masa dengan keluarga dan bergaji kurang?Atau mau spend masa di ofis tapi bergaji besar sket?Pilih!Cuba kira balik berapa sebenarnya anda dibayar.Mungkin gaji anda bunyinya besar tapi..sebenarnya kecik.

Masa atau duit?Ramai sangat orang sekarang pilih duit sebab tu kualiti hidup kita walaupun berharta tapi sebenarnya agak rosak dari segi kekuatan institusi berkeluarga.So,berapa value anda untuk bekerja sejam di tempat kerja anda?

Nota kaki : Kalau lah income tiap-tiap bulan masuk je dengan goyang kaki :)

Saturday, April 2, 2011

Peringatan : Hidup ini

A very good reminder to all of us and myself..

Ingatlah bila ada kawan yang masih mahu memberi ingatan, bermakna ada kawan yang sayangkan kita dan ingin menyelamatkan kita dari seksaan api neraka.. Jangan marah, jangan upset.. jangan fikir kita dah cukup tahu semua benda.. Kekadang kita perlukan PERINGATAN... Jadi selalu-selalu lah kita ingat mengingatkan perkara-perkara yang kita selalu rasa memang dah tau dari kita kecik2 lagi.. Wallahhualam..

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:

Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.

Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.

Esok~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:

Nafas Naik.

Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN:

Hidup dalam keredhaan Allah.

Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

Kekal di dalam neraka.

Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.

Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk terjemahkan rukun ISLAM yang 5 dan yang UTAMAnya adalah SOLAT.. Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang, tetapi tidak mempunyai boarding pass. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem.. Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya.. lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini:

Dia mungkin didenda.. atau,


Suratnya masuk tong sampah..

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.. Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara secara percuma untuk kita berzikir mengingatiNya setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang.. lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

NOTA KAKI
Semoga kita semua berbahagia dan sejahtera senantiasa.. di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah SWT
.

Friday, April 1, 2011

Untuk Isteriku Tercinta

Ya Allah ...
Ya Tuhan kami
Ampunilah dosa ku yang telah aku lakukan
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas

Ya Allah...Ya Rahman Ya Rahim..
Sekiranya isteri ku ini adalah pilihan Mu di atas Arsy
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya isteri ku ini adalah bidadari untuk ku di Syurga Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat kesabaran dan kelembutan untuk menghadapi dirinya
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya... Isteri ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala tingkah lakunya

Ya Allah...Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kekhilafan dan segala dosa yang sudah aku lakukan
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai suami..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah.. Ya Muqallibal Qulub
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku suami yang di sayangi isteri
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi suami yang terbaik bagi dirinya
Hanya padaMu Ya Allah ku mohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan segala keputusanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang sering keliru
Kerana aku sering lupa dengan keindahan dunia ini
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi ujia dariMu

Ya Allah .. Sesungguhnya diriku ini Hanyalah HambaMu yang Lemah dan Fakir
Limpahkan lah rumah tanggaku dengan penuh mawaddah
Jadikanlah rumah tanggaku sebagai rumah tangga yang sakinah
Aku memohon ampun kepadaMu Ya Allah , atas segala Dosa-dosa yang telah aku lakukan

Amin, amin Ya Rabbal Allamin

NOTA KAKI
Sedar tak sedar, dah 3 bulan kami nikah. So sweet :)

Related Posts with Thumbnails