BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, March 28, 2012

Making Decision..

Bercinta tu memang indah. Serius nih. Mmg indah kalau kita dengan orang yang betul. Hati dan perasaan kita dengan orang yang betul. Tak kisah macam mane besar silap orang yang kita cinta tu, kita akan cuba maafkan dia. Tapi mane silap sesuatu hubungan kalau kita berpasangan asyik salah menyalahkan masing-masing. Susah nak slow talk, nak bergaduh je, sikit-sikit nak terasa, tengking menengking. Kalau macam tu, dengan sejujurnya. Mungkin anda bersama orang yang salah. Sebelum terlambat, anda seharusnya membuat keputusan yang terbaik untuk diri anda.


Fikir lah. Should us make a good decision for a better life?


Tanya kawan-kawan sekeliling anda. Apa pendapat mereka. Apa kata hati anda?


Kalau itu yang terbaik, so teruskan dan lihat seberapa jauh anda boleh pergi.


Carilah seseorang yang boleh membuat hati anda tenang walaupun dia ketika bersama rakan-rakannya seorang yang gila-gila. Carilah seseorang yang bila anda bersamanya, dia akan menjaga hati anda sehabis mungkin. Carilah seseorang yang bila bersama anda, dia akan menghargai dan menghormati anda. *SMILE. Kiranya ni nasihat dari seorang blogger ke blogger yang lain lah ni.



NOTA KAKI

Hati kita, kita yang rasa.

Friday, March 16, 2012

Kita Ibarat Sebiji Pinggan



Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. Selang beberapa tempoh masa,  individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dalam tong sampah yang hina..

Begitulah jua halnya dengan Allah.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yang selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dengan dosa, Allah akan ‘basuh’ kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak utk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah; tiada nilai lagi..


NOTA KAKI
Pendek, tapi cukup mengetuk hati-hati yang terketuk.

Tuesday, March 13, 2012

Hairan? Pelik? Hmm...



Perasan atau tidak, semua orang pasti akan menggunakan perkataan hairan bagi menyatakan reaksi apabila melihat keadaan sekeliling. Hairan dengan isu politik, lalu isu Gaza sudah luput dari ingatan. Hairan dengan kes pembuangan bayi, tapi punca berlakunya maksiat tidak dipandang. Hairan dengan pergolakan dunia, tapi tidak memperbaiki ummah. Hairan dengan cara hidup Islam, tapi diri sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam. Hairan dengan wanita yang bertudung macam jenis, tetapi tidak mencuba untuk mendekati mereka. Hairan dengan sikap kurang ajar seorang anak, tapi langsung tidak berfikir kenapakah si anak boleh jadi macam sedemikian.

Dan hairan dengan sikap sesetengah orang yang sangat suka menjatuhkan hukum kepada orang lain. Tetapi tak pandang diri sendiri dan sekeliling terlebih dahulu.

HAIRAN itu biasa. Asalkan hairan disusuli dengan fikiran yang memikirkan penyelesaian. Tetapi menyampah itu, apa? Melahirkan rasa tidak puas hati, mengutuk dan menghukum sesetengah individu? Seolah-olah menampakkan si empunya badan ‘baikkkklah sangat’. Jangan! Tidak seharusnya orang Islam berfikiran dan berperilaku begini. Kamu manusia, mereka pun manusia. Kamu hamba ALLAh, pun mereka begitu jua. Kamu tahu, mungkin mereka tidak. Kamu tahu dan faham, mungkin mereka tahu dan kurang faham. Jadi, nampak apa perbezaan di sini? Adakah perbezaan ini boleh dijadikan sebagai tiket menandakan seseorang yang agak baik pengetahuannya meninggi diri ke atas sehingga memandang rendah dan serong orang yang lebih rendah? Tidak! Sesekali tidak!

Hairan...


HAIRAN.
Satu lagi penyakit yang berlaku di kalangan masyarakat kita. Menyatakan rasa hairan disertai dengan kutukan, umpatan dan yang sama waktu dengannya. Tahu menyalahkan saja. Tetapi tidak mencari penyelesaian!

Saya sertakan contoh ; seorang anak gadis yang agak liar bergaul dengan lelaki. Pergaulan bebas, bersentuhan kulit antara lelaki dan perempuan tiada langsung rasa geli padanya. Jalan dengan kawan-kawan lelaki ke sana ke mari. Membuka aurat yang wajibnya ditutup rapi. Tidak solat. Tidak berpuasa di bulan ramadhan. Langsung tidak pandai mengaji. Kuku diwarna dengan pelbagai jenis warna. Tidak cukup dengan itu, rambut juga turut diwarna.

Sejujurnya, apa pandangan anda terhadap gadis tersebut? Hairan lalu mengutuknya? Alangkah kesiannya anda dan saya jika berfikiran sedemikian. Mengutuknya, mencemuhnya lalu membiarkan dia terus-terusan dalam keadaan begitu.

Anda fikir anda sudah pasti masuk syurga?

Tiada seorang pun dikalangan kita ini akan tahu dirinya akan masuk syurga. Dan tiada seorang juga diantara kita yang ingin dicampakkan ke dalam neraka. Anda faham? Maka, tiada seorang pun diantara kita ni yang tahu kita akan mati dalam kebaikan dimana kononnya kita ini sudah beramal sebanyak-banyaknya. Dan tiada seorang pun diantara kita yang tahu gadis seperti di atas akan kekal dengan keadaan macam itu. ALLAH izinkan, mungkin saja diakhir hayatnya dia menjadi seorang hamba yang sangat taat kepada ALLAH lalu darjatnya ALLAH tinggikan dan gadis tersebut menjadi bidadari di syurga nanti. MashaALLAH.

Anda sudah nampak nasib anda di akhirat? Justeru, mengapa cepat sangat menghina, mengumpat dan menghukum seseorang?


Lihat, Dekat, Dengar, Faham dan Bantu
Mereka-mereka itu ada yang jahil [tidak tahu], kurang tahu, kurang faham dan tidak faham. Jadi jangan terus menghukum seseorang dengan sesuka hati.

Jika anda berasal dari keluarga yang ditarbiyah, alhamdulillah. Anda bertuah. Tapi perlu anda ingat, tidak semua orang berasal daripada keluarga seperti anda. Tidak semua orang faham dan tahu ilmu agama seperti anda. Tidak semua orang faham apa itu dan ini dalam agama.


Mereka itu mad’u. Mereka itu saudara. Mereka itu hamba ALLAH.
Anda tahu, si penzina yang anda pandang hina itu, ALLAH izinkan satu hari mereka bertaubat, maka mereka akan jadi sebaik-baiknya hamba. Tidak seperti orang-orang yang ‘baik’. Mereka mungkin tidak berzina, atau melakukan dosa. Tetapi mereka selalu dalam kelalaian.. Dan kelalaian yang tanpa disedari itu akan menjadi racun.

Kalau anda rasa anda mampu, maka dekatilah saudara yang tersasar sedikit dari landasan kehidupan mereka. Dekati, nasihati dan bimbing tangannya untuk sama-sama mengenal jalan yang lurus. Jika anda seorang lelaki, maka dekatilah saudara lelaki, dan jika anda perempuan, tersangat molek anda membimbing perempuan.


Dalam hidup ini, semua sama. ALLAH hanya akan memandang TAQWA diantara kita.
Mungkin, mereka itu hilang kompas lalu tersesat jalan. Dan anda nampak mereka, lalu anda dekati dan memberikan kompas lalu berjalan beriringan untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Tidak perlu  rasa menyampah, menghina dan mengejek seseorang yang kehilangan kompas. Hal ini kerana, boleh jadi dia akan sampai dahulu ke destinasi waimah tanpa kompas sekalipun.

Namun begitu, kita hanya berusaha sedaya mungkin. Dan ALLAH jualah yang memegang hati-hati sekalian makhluk.


NOTA KAKI
Jangan pandang rendah kepada sesiapa.

Friday, March 9, 2012

Kemanisan IMAN


Manisnya iman bukan terletak pada bibir, manisnya iman bukan terletak pada kata-kata, manisnya iman hanya dapat dirasa oleh hamba Allah yang benar-benar ikhlas didalam beramal dan beribadah mengharap keredhaannya.
Manisnya iman adalah sukar untuk diungkap dengan kata-kata, malah hanya empunya diri yang benar-benar ikhlas dapat merasai kurniaan Allah yang maha hebat itu. Andai manusia dapat merasai kelazatan nikmat manisnya iman itu, nescaya dunia dan segala isinya tidak mampu untuk menggoyahkan kecintaan seorang hamba kepada tuhannya.
Ya Allah aku mohon dikau golongkan aku dikalangan hamba-hambamu yang dapat merasai manisnya iman, betapa air mataku menjadi saksi akan rasa kesyukuranku terhadap nikmat mu yang maha agung itu, adakah munkin aku dianugerahkan rasa itu,? lantaran diri ini penuh dengan kejijikan dosa yang aku lakukan saban hari dan waktu.

Tuhanku, hambamu amat menagih kasih sayang dan rahmat darimu, cukuplah dengan kasih sayang darimu sebagai obor penguat semangat juangku. Betapa aku tidak mampu untuk mengharapkan kasih sayang seorang hamba tatkala dikau membuka seluas-luas rahmat dan kasih sayangmu.
Tetapkanlah hatiku diatas jalan agamamu, istiqamahkanlah diriku dalam menyelusuri onak dan duri perjuangan menegakkan agamamu. Janganlah engkau membiarkan masaku tersia-sia dek keseronokkan dunia yang sementara, sehingga mengabaikan balasan syurga yang kekal untuk selamanya.
Pada mu Ya Allah tempat pergantungan hidupku, tempat sebaik-baiknya untuk aku merasakan kebahagiaan dan kekuatan, sungguh ku menyedari akan kelemahan makhluk yang kau ciptakan, mana munkin mereka mampu untuk memberi kebahagiaan hakiki yang aku cari selama ini, mana munkin mereka mampu untuk menyelamatkan diriku dari azab nerakamu yang amat dahsyat.
Mudah-mudahan rintihan hambamu di malam yang gelap dan sayu ini menjadi bukti betapa aku mendambakan kurniaan manisnya iman daripadamu, ameen.

NOTA KAKI
Keimanan seseorang itu tidak dapat diukur dengan mata kasar :)

Wednesday, March 7, 2012

Doa Buat Insan Bercinta



رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
“Rabbanaghfir Lii Wa Li Waalidayya Wa Lil Mu’miniina Yauma Yaquumul-hisaab”
“Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepadaku dan kedua-dua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)”
“Wahai Pemeliharaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku kecil.” (17:24)

Ya Allah..
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka


Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.


Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.


Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa’at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu… .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbil ‘Alamin..


NOTA KAKI
Yang single tu, di doakan semoga cepat bertemu jodoh..

Monday, March 5, 2012

Antara Cinta & Suka



Antara cinta dan suka, di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
... Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira... 

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
... Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja... 

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
... Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum... 

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
... Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja... 

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
... Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar... 

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
... Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka..


NOTA KAKI
Omong-omong saja,hehe

Thursday, March 1, 2012

Kau hadir dengan tiba-tiba..

Sebab kau tak pernah tahu...
Tiap hari aku lalui dengan penuh rasa rindu untuk dikau.
Walau apa kata hati, tapi hati ini tak pernah berhenti mengenang dikau..
Mengenang kenangan..
....dan memori yang pernah kau hiaskan
di ruang tamu hidupku..

Walau mulut kat benci,
walau bicaraku agar kau pergi,
tapi kau tak pernah tahu jiwa aku merindu..

Merindu dikau..

Kau pernah hadir dan kini hilang....dari pandangan aku.

Tapi itu lah lumrah hidup kan kawan ?
Kau datang dan kau pergi
dan aku disini menanti
kunjungan tiba yang lain
yang juga pasti akan datang dan pergi..


NOTA KAKI
Jiwa kacau kejap,haha

Penat Menjadi Blogger?


Pernah anda merasa sebagai seorang blogger, hendak mengemaskini blog tetapi buntu hendak kongsikan apa? Saya juga pernah alami. Seperti saat ini. Namun bukan kerana kekeringan idea. Tetapi kerana kemengantukan yang melanda.

Wahai pembaca TENTANG SESEORANG, saya ada perkongsian denganmu. Maafkan saya. Malam ini insyaALLAH.

Niat hendak mencoretkan sesuatu di sini. Tetapi mata yang sangat letih menatap monitor yang sudah uzur ditambah dengan rasa mengantuk, maka nampaknya saya perlu beransur untuk akur dengan mata terlebih dahulu.


NOTA KAKI
Jari jemari hendak menaip, tapi katil sudah memanggil, apalagi, pergi masuk tidur dulu,hehe

Related Posts with Thumbnails