|
*Credit to dilabangi aka Mak Su for the pict :) |
Entri khas ini aku tujukan buat
isteriku yang tercinta, Hafizah.. sempena hari anniversary kita yang kedua ini abg ucapkan
Happy Anniversary buat syg.. Semoga mahligai yang kita bina genap dua tahun ini
akan berkekalan sampai ke Syurga.. amin.
Andai kata sepanjang dua tahun abg menjadi suamimu ada menyinggung
atau menyentuh hati dan perasaan sayang abg memohon seribu kemaafan.. Bak kata
P.Ramlee "Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"...
Erm, perkataan "abg" ni mcm geli-geli je bcoz we all selalu panggil "I" & "U" je,hihi
Sedar tak sedar dah dua tahun dah
kami kahwin. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru lagi kami kelam-kabut buat
persiapan – pergi kursus kahwin, tempah kad, buat costing kenduri, perah otak
macamana nak tampung belanja kahwin, striking out to-do list, watching
the timeline anxiously.
Pada yang dah kahwin, tentu faham
betapa banyaknya dugaan nak kahwin kan? Haha. Tapi pada aku, semua
cabaran itu lebih daripada berbaloi. Kerana Allah menghadiahkan aku seorang
isteri yang baik untuk melengkapkan segala kekuranganku. Alhamdulillah.
|
Hannah Nasuha a.k.a Ain sebaik sahaja kluar dari wad :) |
23 Februari 2012, disambut dengan
Hannah Nasuha yang semakin terserlah sifat ‘peramah’ nya, disambut dengan rumah
yang sudah mula ada kelengkapan serba sedikit (kalau tak dulu macam dewan kosong
lapang je!), kereta yang dah ada calar sana-sini, dan tak lupa dengan
rahmat kasih sayang tuhan yang sentiasa melimpah-ruah tanpa henti.
Alhamdulillah.
Untuk second anniversary ni,
tiada yang special pun dalam perancangan. Memang tarikh penting yang lain juga
selalunya pun begitu. Cukup sekadar ucapan dan doa. Aku bukanlah lelaki
romantik yang menghantar bunga, menulis kad, apatah lagi membuat surprise
party.
Bagiku romantic itu adalah
apabila suami menolong isteri membasuh pinggan, mengemas dapur, menjemur baju,
melipat kain, mengemop rumah, membasuh bilik air, ya, itu definisi romantikku. Bukanlah bermaksud aku ni rajin
sangat. Tapi paksa juga diri membantu mana yang boleh. Kenapa aku kata membantu
isteri itu lebih romantic daripada membelikan bunga? Cuba fikirkan, rumahtangga
siapa yang paling ideal? Yang boleh dijadikan contoh?
Yang terbaik tentulah rumahtangga
rasulullah s.a.w.! Dan bagaimana kehidupan rasulullah dengan isteri? Sebagai
seorang ketua kerajaan yang hebat, panglima perang yang tersohor, baginda tidak
kekok langsung membantu isteri membuat kerja-kerja rumah. Tidak seperti yang
digambarkan di dalam filem, kehidupan rumahtangga rasulullah juga disulami
rajuk dan cemburu dalam ketawa. Bukannya tidak pernah berselisih pendapat,
namun cara penyelesaian itu yang menjadi pemanisnya.
Jadi, bukan hanya berkahwin empat
sahaja ‘sunnah nabi’. Menolong isteri juga adalah sunnah ya para suami. Dapat
pahala! :)
Tahu tak, kenapa bila nak
berkahwin, orang akan kata baguslah nak mendirikan masjid.
Pernah terfikir tak, kenapa masjid?
Sebab, di masjid orang bersolat,
membaca quran, berzikir, ada tazkirah, ada usrah, semua aktiviti untuk
mengingati Allah. Bagaimana dengan rumahtangga kita pula? Adakakah seperti
masjid yang sentiasa meriah dengan ibadah? Atau seperti kubur yang sepi
daripada amal kerana penghuninya ‘telah mati’?
Immediate gift yang kita akan
dapat selepas berkahwin, adalah Sakinah. Ketenangan. Tak percaya, cuba tanya
pasangan yang baru berkahwin. Rasa tenanggg sangat hati. Betul tak?
Kemudia datang pula perasaan kasih sayang antara suami dan isteri. Dan bila disemai dan dibaja,
akhirnya dapatlah Rahmah (belas ihsan).
Semua ni ada terangkum dalam
sepotong ayat yang menjadi kegemaran pasangan pengantin untuk diselitkan
di dalam kad kahwin,
Dan di antara tanda-tanda
kekuasaanNya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri
supaya kamu lebih cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan di
antara kamu kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar
terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.
Surah Ar-Ruum, ayat 21.
Some might say, alah,
setakat baru dua tahun berkahwin, dah mula nak bagi ceramah kat orang! Hehe.
Benar. Usia perkahwinan saya baru dua tahun jagung. Apalah sangat kalau
nak dibandingkan dengan usia perkahwinan orang lain yang lebih berpengalaman.
Tapi rasanya tak salah untuk kita
saling ingat-mengingatkan. Sebab fitrah manusia ni memang mudah lalai. Baru je
tadi duduk dalam masjid dengar kuliah maghrib, keluar je masjid, tak
berkelip mata tengok perempuan. Sebab tu kita perlu sentiasa diingatkan.
Walaupun perkara sama yang diulang-ulang.
Kita bercakap yang baik-baik ni,
bukanlah bermakna kita ni baik. Tidak. Tapi, sekurang-kurangnya kita dah elak
daripada bercakap perkara-perkara yang tidak baik. Setuju? :)
Eh, nak cakap pasal anniversary
ni tadi. :p
Buat isteriku, tahniah kerana
‘bertugas’ dengan cemerlang sebagai seorang isteri dan ibu. Terima kasih kerana
sabar melayani kerenah daddy dan Ain. Kami beruntung kerana mempunyai pengurus
yang baik seperti mummy.
|
Ain now, 10 months already :) |
Saya tahu, ramai ibu-ibu di luar
sana yang melakukan perkara yang sama. Tahniah! Dan percayalah, kami golongan
suami, walaupun ada antara kami yang sukar menzahirkan ucapan terima kasih,
sebenarnya amat-amat menghargai susah payah anda. Semoga Allah membalas anda
dengan balasan yang lebih baik. Amin.
Pada yang dah berkahwin tapi
belum dikurniakan rezeki anak lagi, fikir kembali. Jujurnya, anda sanggup tak
nak bangun awal pagi untuk sediakan segala macam keperluan anak daripada
makanan sehinggalah beg pakaian? Sanggup tak nak bangun malam memujuk anak
yang kadang-kadang menangis tanpa sebab? Bolehkah anda sabar dengan tidur
yang sekejap-sekejap terganggu kerana rengekan anak di tengah malam?
Kalau jauh di lubuk hati anda
mengatakan tidak, mungkin, sebab itulah Allah tangguhkan dulu rezeki yang
satu ini. Kerana mungkin dalam pengetahuan Yang Maha Bijaksana, anda belum
bersedia dan belum mampu nak mengharungi semua itu. Bahkan kalau diberikan
juga, mungkin akan menyebabkan lebih banyak keburukan dan mengundang dosa.
Itulah bukti sayangnya tuhan pada hambaNya. Tak mau kita ni buat dosa
sebab kelemahan kita.
|
Suka kacau time Ain tengah tido :) |
Allah saja yang tahu betapa aku
bahagia dengan hadiah yang bernama isteri. Walaubagaimanapun, mustahil
untuk hadiah lebih dibesarkan daripada ‘si pemberi’. Begitulah cinta. Ada
turutannya. Pertama, Allah. Kedua Rasul. Ketiga suami (ibu untuk lelaki). Jika dilanggar
turutan ini, nescaya menempah bencana.
Mana mungkin cinta pada makhluk
mengatasi cinta pada Pencipta. Manusia ini hatinya sentiasa berbolak-balik.
Sesaat gembira, sesaat boleh bertukar duka. Hari ini kita sayang, esok mungkin
bergoyang. Itulah cinta manusia.
Tapi cinta Allah, cinta yang
kekal. Bila Allah dan nabiNya di atas, cinta yang lain akan sempurna dengan
sendirinya. Aku mencintai kamu kerana Allah. Kerana kamu akan menjadi pembantu
ku dalam mencari redha Allah. Bila cinta kerana Allah, yang salah akan
mengaku tanpa disuruh, yang benar akan memaafkan tanpa mengeluh.
Ya Tuhanku, jadikanlah aku, serta
zuriatku, orang yang tetap (istiqamah) mendirikan solat.
Surah Ibrahim, ayat 40.
Wanita tetaplah wanita. Tak
mungkin kita dapat mengubah fitrahnya. Sedangkan Saidina Umar yang
ditakuti syaitan pun rela menadah telinga mendengar leteran isteri,
kenapa tak boleh kita? Pesannya pada para suami,
Bersabarlah, kerana sesungguhnya
isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan
nafsu, dia yang membantu menjaga anak-anak kita, dia yang membantu menjaga
makan minum kita, dia yang mencuci kain baju kita, dia yang membantu
membersihkan rumah kita. Lalu apa salahnya kita bersabar dengan kerenah mereka?
Untuk para isteri, ingatlah sabda
nabi s.a.w,
Mahukah aku beritahukan sesuatu
yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang?
Iaitulah isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya,
dia membuatnya gembira. Jika dia memerintahkannya, dia mematuhi. Dan jika dia
pergi, maka dia akan selalu menjaganya.
Para suami tentu dapat
merasakan betapa pentingnya peranan seorang isteri, kan? Jangan kata
kehilangan, sekadar berjauhan sebentar pun sudah terasa susahnya. Bila stress,
hati tak tenang, jantung berdegup kencang, pasti lega bila mendapat pelukan
isteri. Ajaib sungguh. Semacam anesthetics yang dapat membuatkan tidur menjadi
lebih nyenyak.
Dan untuk itu, hayatilah
bait-bait ini duhai Permaisuri Hatiku.
Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi
Indahnya perhiasan dunia
Di antara diriku juga dirimu
Hanya mengharap cinta yang satu
Ku binakan mahligai impianmu
Oh sayang, ikhlaskanlah hatimu
Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi
Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga
Kau Permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Ilahi
Ku pasti akan terus menyayangi
Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadaNya di syurga sana
Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemaniku dalam mengapai cintaMu..
|
Chentaku... :) |
Happy second anniversary my dear
wife. Thanks for everything. Semoga rasa cinta ini sentiasa subur sehingga
sampai kepadaNya, di syurga sana. Love you!
2 comments:
Both of u r soo lucky la dear ;-)
Mabrook
Sy doakan chenta korang sampai jannah
Doakn utk sy jgk iye
Syukran dear. Cepat kawen tau,hehe :)
Post a Comment