Friday, February 1, 2013
Memori Hitam, Terpadamkah?
Ramai dikalangan manusia yang pernah melalui jalan kesuraman sebelum menemui jalan yang disinari oleh cahaya indah kehambaan yang membahagiakan. Dan apabila sudah menemui jalan yang indah, maka jalan yang suram itu menjadi memori silam secara sendirinya. Dan memang manusia selangkah menjauh darinya.
Pada sudut yang lain, manusia berjaya mencari cahaya walaupun hakikatnya, cahaya itu ALLAH berikan sendiri kepada orang-orang yang terpilih. Dan dari segi sudut yang lain pula, ramai manusia yang dihantui dengan memori silam yang penuh dengan perbuatan yang hanya sia-sia.
Mengingatinya, kadang kala sangat menyakitkan dan menusuk sanubari.
Memadam Memori Hitam
Apabila difikirkan masa dan keadaan yang lalu, terlalu banyak rasanya masa dibiarkan berlalu dengan begitu sahaja tanpa ada rasa kehambaan dan pengabdian kepada ALLAH. Terlalu banyak masa disia-siakan dengan menjadi Tuhan kepada diri sendiri tanpa ada sekelumit perasaan untuk menjadi hamba.
Dan teringat akannya, membuatkan anda merasa sangat sakit!
Dengan mengingatinya, kadang kala membuatkan kita malu untuk meminta-minta pada ALLAH. Malu lantaran dosa yang bertimbun yang telah dilakukan pada tahun yang sudah. Dan kadang kala, terasa seperti tidak layak untuk menghadapkan diri yang penuh kekotoran kepada-Nya.
Tidak! Jangan begitu, wahai sahabat! *tepuktepukbahudia*
Mengingati memori itu adalah sesuatu yang biasa. Namun, tenggelam dalam memori itu jangan sekali-kali anda lakukan. Tenggelam dalam memori lepas, samalah seperti anda balik kepada zaman kegelapan dahulu.
Tak senang memadam memori silam!
Ya, saya tahu itu. Saya juga ada memori yang tersendiri. Dan begitu juga anda.
Memadam memori hitam yang saya maksudkan adalah memadam dengan memperbanyakkan kebaikan pada pandangan ALLAH. Mendidik diri untuk merasai rasa kehambaan kepada ALLAH. Mendidik diri untuk menjadi Muslim hanya kerana ALLAH.
Jika kita berusaha ke arah itu, pasti ALLAh tolong memadamkan memori kesakitan yang lalu dengan keindahan dan kemanisan yang ALLAH sendiri akan berikan kepada kita.
Memang, kadang-kadang apabila teringatkan memori lalu yang penuh dengan kejahilan, pasti kita merasa malu yang amat! Malu kerana hanya bergelar seorang muslim yang cara hidupnya bukanlah cara hidup orang-orang Islam.
Para Sahabat Terdahulu
Saya jadi teringat kepada para sahabat Rasulullah . Ramai diantara para sahabat terdahulu yang pada asalnya menjadi penentang Islam dan tegar melakukan perkara kejahilan sebelum menemui cahaya keimanan. Dan, meraka itu ada yang menjadi musuh Islam yang tegar!
Tetapi, apabila mereka menemui jalan indah, jalan kehambaan, mereka cuba berubah secara 100%!
MashaALLAH. Saya cemburu kepada para sahabat sebenarnya.
Umar al-Khattab pernah berkata,
“Tiada tempat yang telah kuisikan dengan kekufuran dan dosa pada zaman jahiliahku, melainkan semuanya. Aku telah isikan semula dengan keimanan dan amal soleh setelah keislamanku.”
Beliau sebelum seorang yang dikenali dengan kejahatan dan menjadi musuh Islam dan memusuhi Rasulullah SAW sendiri. Namun, hanya dengan satu peristiwa, beliau menjadi seseorang yang baru dan menginfakkan dirinya di jalan Islam. Malah beliau antara para sahabat yang sangat dekat pada Rasulullah.
Anda tahu? Mereka manusia, dan anda juga manusia. Mereka telah diberikan peluang oleh ALLAH. Dan anda juga, inshaALLAH. Jadi, mengapa tidak kita mencontohi mereka dalam menjadi seseorang yang ALLAH pandang dengan pandangan rahmat?
Para sahabat juga adalakalanya menangis ketika teringatkan zaman jahiliah mereka. Tetapi satu yang mereka tidak inginkan adalah mereka tidak ingin kembali pada jalan kejahilan itu lagi. Lalu mereka ganti dengan sesuatu. Ya, sesuatu. Berusaha untuk mengabdikan diri sehingga ALLAh SWT angkat darjat mereka.
Belum Terlambat Lagi
Dengan memori lalu, sering membuatkan anda rasa sudah terlambat untuk berubah. Nah, jangan sesekali mengamalkan perasaan seperti itu. Tiada istilah terlambat untuk berubah meskipun seseorang itu sudah mencapai usia yang lanjut. Kerana, ALLAH Yang Maha Tahu.
Perubahan anda, ALLAH tahu dan ALLAH nilai!
Apa yang penting, kita mahu dan kita mahu untuk melakukan anjakan paradigma ke arah kebaikan.
Mungkin, pada pandangan manusia lain, seperti sudah terlambat untuk berubah. Pssst! Jangan terpedaya dengan pandangan mereka. Anda berubah kerana ALLAH, maka ALLAH ebih tahu perubahan anda. Ingin berubah lebih baik daripada bergelumang dengan dosa-dosa. Dan dengan dosa-dosa itu, anda tenggelam dengannya.
Kita ini, sekiranya terasa ingin berubah, maka susun langkah. Berubahlah! Jangan teragak-agak.
Saya pegang dengan kata-kata ini, sangat berpegang dengannya!
Kalau ada lintasan dihati kita untuk berhijrah daripada jiwa yang lalai kepada jiwa yang cintakan-Nya, maka bersegeralah melakukannya kerana percayalah bahawa itu adalah lintasan yang benar dari-Nya.
Ianya merupakan hidayah yang tidak akan datang selalu. Jarang-jarang sahaja ia singgah dihati. Biasanya, bila ia singgah, ia akan disertai dengan keyakinan yang kuat. Namun kalau kita sering bertangguh, mungkin ALLAH akan tarik balik hidayah-Nya itu.
Taufiq dari-Nya bukan milik semua orang, dan bukan milik orang yang tak tersedia.
Senyum.
Memori Hitam? Naaa. Jangan terpedaya dengannya. Kerana anda sudah memiliki memori yang lebih indah berbanding memori hitam tu.
Saya nak kongsi impian jangka masa panjang saya, dan tiada mustahil jika ALLAH izinkan. Tapi saya perlu berusaha lagi dan lagi.
Saya, kalau boleh, hendak melihat Rasulullah tersenyum melihat saya apabila bertemu dengan Baginda. Subhanallah! Betul, kadang rasa tidak layak! Apa yang penting, saya usaha dan usaha lagi. Never give up~!
NOTA KAKI
Sama-sama berusaha, jom! Senyum.
Posted by Hafiz Ajmain at 11:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment