Wednesday, May 1, 2013
Peuang Masih Ada
ALLAH Maha Pengampun dan Maha Menerima Taubat.
Apa yang tidak sesekali dusta adalah, sebesar manapun kesalahan dan dosa hamba-Nya, lagi besar keampunan dan sifat Pengasih dan Penyayang.
Hidup ini, memang akan mengawal manusia, bukan manusia mengawal kehidupan sekiranya terlalu asyik mengikut peredaran zaman yang hakikatnya semakin kembali kepada zaman-zaman kehancuran. Semua nampak indah. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan juga membara dijiwa.
Dengan dunia yang semakin merintih, binasalah manusia.
Masihkah Ada Jalan Pulang
Ada sahabat yang bertanya akan soalan ini di formspring beberapi hari yang lalu,
Untuk entri ini, saya tidak dapat menaip panjang-panjang. InshaALLAH, saya cuba buat entri susulan selepas ini. Tapi ini jawapan saya kepada saudara atau saudari yang bertanya. Namun sebelum tu, saya cukup bangga pada seseorang yang bertanya ini.
"Moga ALLAH sentiasa sayang pada kamu."
Saya beriman bahawa ALLAH akan mengampuni hamba-Nya yang benar-benar bertaubat kepada-Nya. Menghadapnya dengan diri yang penuh kehinaan, merendahkan hati dengan sangat dihadapan-Nya. Merintih memohon keampunan dan menyesali perbuatan serta berjanji kepada ALLAH dan diri sendiri untuk tidak mengulangi..
Peluang? Saya sangat yakin, peluang masih ada!
Psst! Keampunan dan kasih-sayang ALLAH, lebih besar dari dosa yang dilakukan oleh hamba-hambaNya!
Subhanallah! MashaAllah~!
Percayalah, apa yang kamu rasakan sekarang adalah sentuhan daripada ALLAH Jiwa kamu suci bersih. Sebab itu ia mahu kembali dan berkhalwat dengan Tuhannya.
Peluang itu akan tetap ada. Datanglah padanya dengan penuh pengharapan akan sebuah keampunan. ALLAH tidak akan pernah membenci kamu sekiranya didalam benak kamu itu ingin kembali menunduk kepadanya selayak seorang hamba, wahai saudaraku.
Jika benar penyesalan kamu, maka kamulah orang yang paling bertuah kerana mendapat kasih-sayang ALLAH Jalan pulang? Sentiasa ada buat kamu. Tinggalkan perkara-perkara buruk yang pernah dilakukan. Jangan pernah menoleh untuk itu.
NOTA KAKI
Pandanglah ke hadapan. ALLAH dan para malaikat akan mengasihimu.

Posted by Hafiz Ajmain at 9:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment