BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Showing posts with label Duniakini. Show all posts
Showing posts with label Duniakini. Show all posts

Thursday, July 4, 2013

Permainan Negara Arab Saudi



Hari ini, Khamis 4 Julai 2013, seluruh negara ISLAM dikejutkan dengan rampasan kuasa oleh pihak tentera MESIR. Lebih membingitkan telinga kita semua, negara ISLAM Arab Saudi mengucapkan TAHNIAH dengan kejatuhan Dr. Morsi..

Pening...

Memang pening...

Parah...

Memang parah..

Berikut ialah buturan yang disedut dari blog sozcyili.blogspot.com..

Arab Saudi ialah kerajaan pro Islam pertama ucap tahniah kepada kepimpinan Adly Mansour seperti yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency / BBC News. Ini bermaksud secara tak langsung ia bersetuju juga dengan kejatuhan Dr. Morsi.  
Pada semalam, tentera di bawah pimpinan Abdul Fattah Al-Sisi, telah merampas kuasa daripada Presiden Mesir, Dr. Morsi selepas amaran 48 jam berakhir. Morsi sebelum ini telah diarahkan berundur dalam masa 48jam sebelum tentera melakukan tindakan drastik. Tetapi Morsi tidak memenuhi tuntutan tersebut.  
Sebelum dan selepas rampasan kuasa, beberapa siri demo telah dilakukan di Mesir untuk menjatuhkan Morsi. Demo2 tersebut menuntut agar Morsi digantikan dan tuntutan mereka didengari. Dalam demo2 tersebut, beberapa orang tercedera, ini termasuklah pro dan anti Morsi. Punca kepada demo2 tersebut ada kaitan dengan apa yang diputuskan oleh Morsi pada tahun lepas. Semua neh berkait rapat dengan satu dekri berkaitan kuasa mutlak Morsi dalam usaha untuk kembalikan semula keamanan dan kestabilan ekonomi di Mesir.  
Ada yang mengatakan bahawa demo2 tersebut adalah didorong oleh pembangkang di Mesir dan ia didalangi oleh pro Mubarak. Puak2 sekuluar, liberal serta pro kristian turut menentang dekri tersebut, bersama2 pihak pro pembangkang di Mesir. Pembangkang di Mesir juga telah melancarkan satu petition untuk mengumpul tandatangan bagi protes akan keputusan Morsi. Tanda-tangan tersebut dikatakan telah mendapat jutaan sokongan. [entah betul entah tidak].  
Selepas beberapa siri demo berlaku, tentera akhirnya mulai masuk campur dalam pentadbiran politik sedikit demi sedikit.  
Tentera akhirnya telah membuat keputusan bahawa mereka akan membubarkan parlimen buat sementara, dan membuat lantikan presiden yang baru bagi mengantikan Morsi, sebelum menyerahkan kembali pentadbiran kepada rakyat selepas krisis ini tamat. Morsi yang pada awalnya terdedah dengan maklumat tersebut tidak bersetuju. Morsi telah mendapat maklumat tersebut sebelum tentera berjumpa dan memberikan amaran berdepan kepada Morsi. Selepas mereka mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan tentera mengemukakan amaran 48 jam secara berdepan dan saluran media, Morsi tetap memilih untuk tidak tunduk terhadap desakan tersebut. 
Morsi memberikan respon balas kepada media bahawa dia sebagai presiden Mesir adalah lantikan sah dan dipilih oleh rakyat. Dia tidak perlu berundur [letak jawatan] kerana ini adalah lantikan sahih. Dia juga menyeru penyokong2nya agar turun di jalan bagi menyatakan sokongan kepadanya.  
Tentera juga dilaporkan berkata bahawa mereka akan mengantung parlimen sehinggala tarikh baru pilihanraya di umumkan untuk memberikan rakyat kuasa penuh bagi memilih pemimpin mereka. Keputusan tentera ini mendapat sokongan dari pergerakkan Islam di Mesir juga. Antaranya pergerakkan salafi dan kumpulan2 Islam kecil yang lain.   
Sejurus rampasan kuasa berlaku, pendemo2 anti Morsi bersorak bakar mercun dan meraikan kemenangan mereka dengan tarian. Ini tidak aneh kerana kebanyakkan yang anti Morsi ialah bukan orang muslim. Jadi jangan heran kerana mereka menyambut dengan cara yang berbeza dari sambutan orang muslim. Orang muslim yang juga kebanyakkan pro Morsi dilihat bersolat dan berzikir tak henti2 bila mendapat tahu Morsi dijatuhkan dengan kuasa tentera. Mereka juga turun berhimpun di jalanan dan sedia untuk berjihad jika diseru ke arahnya. 
Ketika ini dilaporkan terdapat pergaduhan dan pertembungan kecil di beberapa lokasi sekitar Mesir sejurus penyingkiran Morsi di umumkan oleh agensi berita Mesir. Ada yang cedera dan ada yang mati. Melibatkan sejumlah penyokong2 anti Morsi dan Pro Morsi. 
Penyokong anti Morsi menyebut di laman twitter seperti yang dilaporkan oleh BBC News ; Sebab utama kenapa Morsi menang PRU ialah kerana rakyat jemu dan muak mahu mengundi rejim terdahulu, tapi sekarang penyokong Morsi terhad kepada orang2 Islam sahaja. Morsi telah menyebabkan semua orang marah [dengan beberapa keputusan yang dibuat sebelum ini] dan cuba mengambil alih semua perkara [diktator].  
Ketika ini Presiden USA, Barrack Obama memberikan respon berhubung insiden terkini di Mesir. Menurut Barrack Obama, hak rakyat perlu dikembalikan.. USA tidak menyebut secara langsung atau tidak langsung samada mereka menyokong atau tidak menyokong akan kejadian yang berlaku di Mesir berbanding Arab Saudi yang diperlihatkan condong kepada rampasan kuasa tersebut. 
Menurut pejuang2 anti Morsi mereka melabelkan yang Morsi gagal mengembalikan demokrasi di Mesir. Morsi melaung2kan slogan DEMOKRASI tetapi dia sendiri mengamalkan kuasa DIKTATORSHIP seperti rejim terdahulu. 
Pembangkang di Mesir juga mengambil kesempatan dengan mengapi2kan kemarahan rakyat [anti Morsi] dengan membuat ucapan demi ucapan yang menaikkan semangat pejuang2 anti Morsi. Ini mengundang kemarahan anti Morsi yang menyebut bahawa pembangkang sengaja menimbulkan isu [mengada2kan isu] untuk mengumpul sentimen.
Selepas sahaja Presiden Morsi di umumkan tersingkir dan digantikan dengan Adly Mansour, ketua hakim negara, Morsi dan beberapa pemimpin Islam yang lain dilaporkan telah ditahan di rumah masing2. Mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan kediaman mereka bagi mengelakkan krisis. Stesen TV Aljazeera Mesir juga di telah diserbu dan beberapa peralatan mereka dirampas. Stesen2 TV pro Morsi juga telah diserbu oleh pihak tentera bagi menghalang mereka membuat liputan akan demo2 pro Morsi di Cairo dan Tahrir. 
Laporan2 berita English dan antarabangsa diperlihatkan condong kepada pendemo2 anti Morsi berbanding demo pro Morsi. Diharapkan kita berjaga2 dalam menerima maklumat2 tersebut. Mereka juga lebih suka melaporkan pandangan2 dan luahan pendemo2 anti Morsi berbanding pro Morsi. 
Maklumat terkini yang sedang heboh diperkatakan kini ialah Morsi kini dibawa ke kementerian pertahanan untuk menjalani perbincangan dan mesyuarat tertutup bagi menyelesaikan konflik yang timbul. Situasi di Mesir ini dipercayai akan menyebabkan harga minyak naik mendadak. Dan Malaysia mungkin antara yang terjejas dengan keadaan tersebut. So bersiap sedia la untuk tunggu harga minyak naik supaya korang boleh naik minyak.

Nampak tak permainan dia?

Kelompok-kelompok pengkhianat yang buat rusuhan, bunuh orang, pecahkan harta benda awam tak pulak kena tangkap.

Tapi orang-orang yang cuba membangunkan negara MESIR serta cuba membawa keadilan ni la yang kena tangkap.

Bangsatnya pihak yang menggelar Dr Morsi sebagai 'diktator' dan kerajaannya sebagai 'rejim'. Dr Morsi dilantik sebagai Presiden Mesir melalui pilihanraya yang sah, dengan kemenangan yang bersih kontroversi. Masih ada yang 'berterima kasih' dengan puak pemberontak yang mengguling kerajaan atas nama demokrasi.

What if the same thing happens to our country?

Think about it.

"Eh yang kau orang sibuk-sibuk nak sokong Mursi, amik tahu pasal Mesir ni pasal apa? Biarlah orang Mesir je yang uruskan. Kau orang tahu apa..?"

Err. Yang anda orang sibuk-sibuk nak sokong MU, amik tahu pasal EPL ni pasal apa? Biarlah omputih je yang uruskan. Anda orang tahu apa?Bottom of Form


NOTA KAKI
Pray for Egypt 

Wednesday, March 20, 2013

Manusia Mudah Lupa


Hidup ini, ALLAH sengaja datangkan ujian. Bukan untuk mendera atau mempermainkan, tetapi untuk menguji sejauh mana ALLAh dalam kehidupan hamba-hambaNya. Adakah hamba yang sedang diuji seorang yang bersyukur dikala senang dan kesusahan? Ataukah seseorang itu hanya menjadi ‘hamba’ kepada Tuhan ketika ditimpa musibah?

Manusia, adakalanya hanya mengingati ALLAH tatkala dirundung masalah. Tetapi melupakan ALLAH ketika berada didalam kesenangan. Padahal, kalau ALLAH mahu, dalam sesaat saja ALLAH boleh binasakan hamba-Nya. Hakikatnya, manusia memang mudah lupa dan sangat jarang bersyukur!

Malu!


Hanya Menjadi Hamba Ketika Susah
Agaknya manusia boleh bersoal jawab dengan diri sendiri, adakah ketika didalam kelapangan, kesenangan ALLAH itu sentiasa ada dalam hati? Atau hanya ketika didalam kesusahan sahaja? Tahu tak, hakikatnya, ramai dikalangan manusia, yakni kita banyak melupakan ALLAh ketika senang dan lapang.

Eh. Janganlah marah. Bukan saya saja buat-buat. Tapi ALLAH sendiri yang mengatakannya dalam al-Quran. Tabarakallah! ALLAH Maha Tahu..

“Dan apabila manusia ditimpa bahaya (kesusahan), dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia kembali (ke jalan yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang yang melampaui batas apa yang mereka kerjakan.” – Yunus : 12

Aduh. Tidakkah kita merasa terpukul dengan ayat ini? Sejujurnya, saya terasa.

Mengaku atau tidak, beginilah sifat manusia! Malah ALLAH menceritakan sifat-sifat sedemikian manusia didalam kitab-Nya.

Apabila berada dalam kesusahan, kegelisahan, kita sentiasa mengingati ALLAH. Dalam keadaan duduk, berjalan, baring, dan kalau boleh, tidak boleh tidur kerana sangat berharap ALLAH akan membantu menyelesaikan masalahnya, sehingga menangis-nangis dan bengkak segala biji mata. Tetapi, apabila ALLAH telah meringankan kesusahannya, manusia itu terus melupakan ALLAh.

Terus lupa pada ALLAH!

Tiada lagi dzikrullah dalam keadaan berdiri, berjalan, baring. Dan lagaknya seperti seseorang yang tidak pernah berdoa menadah tangan dalam keadaan tersedu sedan dihadapan-Nya. Senang cakap, terus berpaling dari ALLAH. Rabbi. . . Inilah sifat manusia. Kikir, kufur nikmat!

Baik. Mari kita bayangkan macam ni.. Katalah ada seseorang yang sungguh-sungguh minta pertolongan dari anda. Orang tu datang berjumpa dengan anda dalam keadaan tersedu sedan, lalu anda merasa kasihan dan menolongnya untuk mencari jalan penyelsaian kepada masalah orang tu. Anda berikan duit dan benda-benda berharga. Tetapi apabila orang yang anda tolong itu sudah senang, lalu memandang anda pun dia tidak ingin. Malah berlagak seperti tidak mengenali anda dan memperlekehkan pertolongan anda. Maka, masa tu, apa perasaan anda?

Marah? Kecil hati? Kecewa?

Tabarakallah

Maka, mari memperhatikan diri sendiri. Apakah ciri-ciri yang ALLAH sebutkan seperti dalam ayat di atas ada pada diri kita? Yang dimana ketika dalam kesedihan, sangat banyak ibadat dan amalan yang dilakukan. Tetapi apabila senang, maka semua amalan 100% ditinggalkan. Wal iyya dzubillah!

Semoga ALLAH mengampuni kita semua.

Berusaha Istiqomah Ketika Susah dan Senang
Benar. Memang begitulah sifat manusia. Namun anda harus jangan redha dengan sifat-sifat itu. Perlu ada sifat mujahadah untuk melawan sifat-sifat yang ALLAH telah sebutkan; melupakan ALLAH ketika senang.

Muslim sejati, tidak hanya mengingati ALLAH ketika susah. Malahan, sangat taqarrub dengan ALLAH ketika senang melebihi ketika susah. Memang tidak mudah. Kerana semuanya melalu frasa dalam mendidik diri sendiri. Dan cuba melawan nafsu dan hasutan syaitan.

Janganlah menjadi hamba kepada kesenangan.
Jangan bertuhankan kesenangan di dunia!

Anda tahu siapa diri anda. Maka, kita boleh tanya diri masing-masing. Anda tahu anda bagaimana. Anda tahu hubungan anda dengan ALLAh bagaimana. Anda tahu amalan anda seperti apa. Dan anda tahu anda seorang hamba yang macam mana.

Saya cuba menyeru dan berusaha melatih diri sendiri agar sentiasa mengingati ALLAH semaksimum yang boleh. Kalau boleh, biarlah kaki anda melangkah ke mana, tetapi sentiasa dzikrullah.

Kita ini lemah. Maka dalam proses berusaha mendidik diri, mohonlah doa kepada ALLAH.

“Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Engkau yang memelihara aku, Engkau yang menjagaku. Tidak ada Tuhan yang berkuasa kecuali Engkau. Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku berikrar di hadapan-Mu, bahawa aku tetap dengan janji dan tetap dengan ikrarku kepada-Mu. Engkaulah yang memberikan nikmat-Mu kepadaku sepenuhnya, namun aku mengaku membalas membalas nikmat ini dengan berbuat dosa. Wahai Tuhanku, ampunilah aku kerana hanya Engkau sahaja yang layak mengampuniku.”

Doa Sayyidul Istighfar yang diajarkan dan diamalkan oleh Nabi SAW.

Mengakulah akan kelemahan anda dihadapan ALLAH. Rendahkanlah hati mengakui kebesaran dan memohon keampunan dan kekuatan dari-Nya.

Sahabat, kita ini hamba. Kita tidak punya apa-apa melainkan apa yang ALLAh berikan kepada kita. Maka, tiada guna lupa diri di dunia. Tiada guna bangga diri dengan apa yang dimiliki. Betul. Semua itu akan menjadi sia-sia di akhirat sana.


NOTA KAKI
Perbaiki diri, renungi kembali apa yang kita lakukan seharian

Related Posts with Thumbnails