BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, January 5, 2012

Nilai Persahabatan, Wujud ke?

Takpa, korang kalau takda aku sebagai kawan pun korang boleh dapat ganti kawan ramai lagi yang lebih best dari aku. Patah tumbuh hilang berganti. Bukan aku nak kata aku best, cuma, aku rasa kadangnya kalau orang tiada aku sebagai kawan memang tak merugikan. Aku tiada apa-apa yang boleh mengutuhkan persahabatan. I'm nothing, seriously.

Aku adalah manusia yang jikalau kau putus tali persahabatan itu kau tidak akan ada rasa sesal langsung. Malahan hari yang kau akan laluinya adalah masih seperti biasa, atau tanpa aku lebih menarik dan membahagiakan. Kau boleh cuba.

Haihhhhh. Perasaan yang kadang-kadang menerpa dan memanggil-memanggil dan berbisik bahawa ketidak layakan aku untuk berkawan dengan sesetengah manusia dan bagaimana seharusnya layak aku hanya pada manusia yang sebegitu sahaja. Perasaan yang merasakan kita tak pernah layak untuk sesiapa ini amat tidak enak dan mungkin membaham virus-virus badan lain.

Perasaan yang merasa tiada siapa memikirkan dan perlukan kita, ada dan tiada tetap sama dan suatu masanya yang bakal diratapi atau paling mula diiingati kita hanyalah ketika kita.. Mati.

Bila hilang dari kewujudan, manusia mula mengingati indahnya manusia yang ditarik nyawanya oleh Tuhan. Tapi bila sampai saat itu, sudah terlambat. Tapi hakiki dunia, manusia diingati hanya bila tiada. Sedih.

Aku tak minta disembah agungkan segala, aku ini kecil sahaja disisi Tuhan, cukuplah kadangnya resepi masakan yang kau berikan ada sedikit gula apresiasi, garam penghargaan, cili ingatan dan tumisan rasa kasih sayang yang tulus. Cukup. Tak minta lebih. Kalau lebih, alhamdulillah dan kalau takat itu sahaja pun masih ku syukur.


NOTA KAKI

Kawan yang baik membawa kita ke arah kebaikan, begitu jua jika kawan yang membawa kita ke arah kejahatan. Jahatlah kita... :)

Wednesday, January 4, 2012

Whatever!

Adat dunia. Adat yang kita sendiri bentukkan sehingga menjadi sebati dengan diri kita sehingga terbawa-bawa ke generasi seterusnya. Akhirnya dalam komuniti ianya menjadi bagaikan perkara harian dalam hidup kita yang kelihatannya seperti perkara biasa.

Manusia-manusia mengtuhankan diri apabila..

Kau menjalani hidup dengan segalanya baik-baik. Sebagai manusia biasa, adalah tikanya kau tersalah caturan dalam hidup. Tapi bagi manusia-manusia "sempurna", kesalahan kau yang mungkinnya kerana tidak menunaikan janji kau pada seseorang yang satu itu saja akan diingati sehingga bila-bila. Kesalahan kau yang satu itu akan dicanang-canangkan dan akan disampaikan pada semua orang mungkin sehingga akhir hayat engkau. Semuanya hanya kerana salah caturan hidup pada satu titik hidup. Yang tidak kau sengajakan.

Tapi mungkin jikalau kau ini seorang yang masih dalam keadaan manusia biasa-biasa, yang hidupnya tiadalah membuat kebaikan sangat dan tidaklah membuat keburukan sangat, kiranya dia memang manusia biasa yang kau boleh jumpa di depan KLCC sedang bermain cinta dengan cinta hatinya. Pada suatu hari, dia mendermakan sebelah buah pinggang nya pada seorang kanak-kanak yang sangat dalam keadaan memerlukan.

Bila masanya dia melakukan kebaikan. 2-3 minggu saja kecoh nya makcik-makcik pakcik-pakcik kepoh ini bercerita, tapi selepas itu cerita kebaikannya mendermakan buah pinggang itu lenyap begitu sahaja bagaikan angin yang melambai pergi. Ini bukan kisah benar, tapi aku mahu membawa kau semua menyoroti diri engkau dan memikirkan tentang hal dunia ini.

Fikir sendiri lah..

Bila kita buat baik sekali, ingatnya orang hanya sekali.

Bila kita buat jahat sekali, ingatan orang berkali-kali.

Kita buat baik, tak ramai orang tunggu untuk bercerita.

Kita buat jahat, beratur-ratur manusia beratur nak bercerita tentang kita.

Adil?

Mana?

Mana ada adil dah dunia sekarang,

Busuk dah dunia sekarang.


NOTA KAKI

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin menjadi papa

Tuesday, January 3, 2012

Just Think, You are not perfect!

Bila semua orang pergi daripada kau,


Bila semua orang menyalahkan engkau,


Bila semua orang menciptakan kepulauan dari engkau dan dia,


Aku rasa tiba masa kau bertindak.


Kita bila berada dalam satu pergaduhan, adalah normal untuk kita untuk tidak menyalahkan diri kita sendiri tetapi mencari alasan atas apa yang kita buat. Macam kawan kau marah kau kenapa kau tak siapkan kerja berkumpulan yang ditugaskan kepada engkau dan kau memberi alasan untuk membetulkan diri kau dengan berkata "Aku sibuk la, aku malam tadi ada latihan koir, lepastu balik ada mesyuarat jawatankuasa kolej pulak, tu yang tak sempat tu.".


Ataupun orang-orang mula berkata tentang attitude kau yang jenis cakap lepas dan kurang ajar dan kau dengan sewenang-wenangnya menjawab " Aku memang macamni. Diorang tu siapa nak cakap pasal aku ni macam mana? Mak bapak aku boleh terima je perangai aku. Aku memang jenis cakap lepas, nak buat macam mana?".


Kau faham tak apa yang aku katakan? Aku kurang gemar dengan manusia yang disalahkan dan sentiasa mencari alasan atas apa kesalahan dia lakukan. Kau dah tahu kau kurang ajar, kau patutnya berubah, bukannya kau nak bangga-banggakan dan hebah-hebahkan satu dunia yang aku-kurang-ajar-aku-okay, i'm-a-rude-boy-i'm-okay. Ia tak cantik disitu. Tiada siapa patut banggakan disebalik perangai hitam mereka. Aku ada kelemahan aku juga, aku bukan maksum, tapi kita sentiasa mencuba untuk berubah, bukannya untuk berada pada takuk aku-memang-macamni-kau-siapa-nak-tegur-aku-bodoh.


Aku rasa tiba masa kita bila ditegur tentang sesuatu dan bertindak. Jikalau kita pasti kebenarannya berpihak pada kita, kita tegakkan, dan jikalau memang sudah terang lagi bersuluh kita yang salah, janganlah hendak ditegakkan lagi benang yang basah. Benang tu takkan berdiri pun.


Aku rasa lagi indah bila kita buat salah dan kita "Aku mintak maaf sangat-sangat, memang salah aku.. Sorry sangat-sangat. Aku buat balik kerja ni eh? Esok pagi aku hantar.." daripada "Asal semua asyik nak marah aku? Aku penat ah!! Korang tau aku banyak kerja tapi korang bagi aku lagi kerja! Korang memang tak kesian kat aku!".


Faham tak?


Bila setiap perempuan dan lelaki yang pernah berkasih dengan kau meninggalkan kau, sudah tiba masanya kau ber-post mortem dan memikirkan dimana khilafnya hubungan ini yang membuatkan kau asyik ditinggalkan dan perbaiki. Bukannya setiap kali berakhir hubungan itu, status facebook kau akan bertukar kepada "Lelaki semuanya sama!! Mata keranjang!!!".


Munasabah diri sendiri. Jangan hanya diri difikir di pihak benar dan orang lain semuanya salah. Kita tak sempurna benarnya, kita tak sempurna salahnya. Tak salah ego diturunkan kadangnya bila perlu dan ego dinaikkan bila rasa dipijak-pijak.


Mungkin kau selalu ditingalkkan kerana kau kuat merajuk dan terlalu manja, jadi berubahlah, maksudnya orang tak boleh terima orang yang terlebih dos merajuk dan manja. Mungkin itu mungkin ini, berubah.


Senang.


NOTA KAKI

Rambut sama hitam, hati lain-lain. Bak kate orang, hal aku hal aku, dont disturb :p

Related Posts with Thumbnails