BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, January 4, 2012

Whatever!

Adat dunia. Adat yang kita sendiri bentukkan sehingga menjadi sebati dengan diri kita sehingga terbawa-bawa ke generasi seterusnya. Akhirnya dalam komuniti ianya menjadi bagaikan perkara harian dalam hidup kita yang kelihatannya seperti perkara biasa.

Manusia-manusia mengtuhankan diri apabila..

Kau menjalani hidup dengan segalanya baik-baik. Sebagai manusia biasa, adalah tikanya kau tersalah caturan dalam hidup. Tapi bagi manusia-manusia "sempurna", kesalahan kau yang mungkinnya kerana tidak menunaikan janji kau pada seseorang yang satu itu saja akan diingati sehingga bila-bila. Kesalahan kau yang satu itu akan dicanang-canangkan dan akan disampaikan pada semua orang mungkin sehingga akhir hayat engkau. Semuanya hanya kerana salah caturan hidup pada satu titik hidup. Yang tidak kau sengajakan.

Tapi mungkin jikalau kau ini seorang yang masih dalam keadaan manusia biasa-biasa, yang hidupnya tiadalah membuat kebaikan sangat dan tidaklah membuat keburukan sangat, kiranya dia memang manusia biasa yang kau boleh jumpa di depan KLCC sedang bermain cinta dengan cinta hatinya. Pada suatu hari, dia mendermakan sebelah buah pinggang nya pada seorang kanak-kanak yang sangat dalam keadaan memerlukan.

Bila masanya dia melakukan kebaikan. 2-3 minggu saja kecoh nya makcik-makcik pakcik-pakcik kepoh ini bercerita, tapi selepas itu cerita kebaikannya mendermakan buah pinggang itu lenyap begitu sahaja bagaikan angin yang melambai pergi. Ini bukan kisah benar, tapi aku mahu membawa kau semua menyoroti diri engkau dan memikirkan tentang hal dunia ini.

Fikir sendiri lah..

Bila kita buat baik sekali, ingatnya orang hanya sekali.

Bila kita buat jahat sekali, ingatan orang berkali-kali.

Kita buat baik, tak ramai orang tunggu untuk bercerita.

Kita buat jahat, beratur-ratur manusia beratur nak bercerita tentang kita.

Adil?

Mana?

Mana ada adil dah dunia sekarang,

Busuk dah dunia sekarang.


NOTA KAKI

Yang kaya bertambah kaya, yang miskin menjadi papa

0 comments:

Related Posts with Thumbnails