BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, January 25, 2012

Perasan

Aku tak suka orang mengadu simpati atas kekurangan diri kerana akhirnya, kau nak tak nak, kau harus berpijak di tanah ini dengan kaki kau sendiri. Berdikari.


Kau fikir kau gemuk/kurus dan kerana itulah orang benci kau.


Kau fikir kau cantik/handsome dan kerana itulah orang benci kau.


Kau fikir kau bijak pandai dan kerana itulah orang benci kau.


Kau fikir kau kaya terlalu dan itulah orang benci kau.


Kau fikir kau hotstuff bangat dan itulah orang benci kau.


Kau fikir kau pondan/tomboy dan kerana itulah itulah orang benci kau.


Kau fikir kau ada boyfriend/girlfriend yang handsome/cantik dan kerana itulah orang benci kau.


Molek kata, kau perasan.


Kalau kau gemuk tapi kau mempunyai personaliti yang ramah, yang friendly dan mudah get along dengan orang, ada ke orang nak benci kau? Orang yang benci akan kata "Dah la gemuk, poyo pulak tu." Jangan nak menyalahkan bentuk badan dan berasa rendah diri hanya kerana rupa bentuk/rupa muka kita. Kerana kalau kita fikir gemuk itu satu kekurangan, sampai bila kita nak merasa lebihnya dari kita?


Kau masuk auditorium, kau tunduk ke bawah kerana kau segan dengan bentuk badan kau. Come on, buka langkah, jalan megah, kerana kau tak perlu bergantung pada bentuk badan engkau kerana kita istimewa dengan cara kita. Best ke jadi kurus kalau kena diet gila nak mati semua hanya kerana nak jadi cicak?


Kalau kau bijak pandai tapi kau merendah diri dan tidak bongkak atas ilmu yang kau ada, kau rasa orang nak benci kau ke? Orang benci kau bukan kerana cemburukan ilmu yang kau ada, tapi membenci kau kerana tingginya hidung kau atas apa yang kau ada. Ya, diakui, kau mempunyai otak yang geliga dengan ilmu-ilmu yang kau ada, tapi kalau ilmu ke langit dan perasaan bangga diri juga seiring mahu ke langit juga menguasai diri kita, buat apa? Takda guna.


Ilmu yang kau kedekut-kedekutkan, yang kau simpankan untuk diri kau dan kau bangga-banggakan itu boleh ditarik bila-bila masa sahaja. Apa yang kita ada hari ini bukannya kekal, esok semua benda yang ada di otak kau nak ditarik, Tuhan tu mampu melakukannya juga kan? Tuhan tu adil. Mungkin ini balasan untuk kebongkakan kau kepada orang yang dulunya meminta-minta ilmu daripada engkau tapi dibalasan dengan Haji Bakhilnya engkau. Karma kawan, karma.


Juga juga. Kalau kau kaya dan ada harta 10 keturunan kau dihujani dengan harta tapi tiada pernah engkau menunjuk, melelong-lelong cerita kekayaan kau, kau rasa orang nak benci engkau ke? Oh, kau rasa orang dengki dengan kau sebab kau kaya? Tak hadap pun. Kami yang biasa-biasa ni tak kaya dan kami tak perlu melelong apa-apa, kami hidup dalam kesederhanaan tanpa cerita-cerita kaya, lagi bahagia.


Bukannya nak bagi orang tak benci kau, kau perlu agih-agihkan harta yang kau ada. Cuma, merendah diri itu tak salah, bukan? Merendah diri walau dimana tingginya engkau berada. Kekal dengan cara biasa-biasa, pasti tiada kebencian dihati orang. Tolong, tak salah merendah diri. Orang tak mahu tahu berapa billion harta kau ada. Biarlah orang tahu sendiri, buat apa kita mahu bgtau? Kalau orang tahu sendiri bukankah lagi orang itu respect pada engkau kerana tak pernah sangka kau kaya kerana rendahnya diri engkau. Eceh aku.


Oh dan last. Kau fikir kau cantik atau kau handsome dan kerana itulah orang membenci engkau? Tolong ah, jangan perasan. Orang benci engkau sebab apa, nak tahu? Orang benci kau sebab kau menjaja-jaja kecantikan engkau seolah-olah rupa engkau ini umpama bidadari kayangan, padahal siapa kisah engkau cantik? Kalau kau cantik, tapi kau ini down to earth segala, tak ke orang rasa dengan kita? Macam tadi, cantik yang kau ada, Tuhan boleh tarik bila-bila juga. Mungkin accident ke? Nauzubillah. Mintak jauh-jauh ah kan?


Basically. Apa yang kau ada harini, bukan kerana kelebihan atau kekurangan itu yang membuatkan orang benci engkau, tapi mungkin aspek merendah diri itu tiada dan kebongkakan kita ini sangat lebih. Tak salah, kita berpijak di bumi nyata dan merendah diri dengan apa sahaja yang Tuhan beri pada kita.



NOTA KAKI

Rendah diri. Itu saja. Cukup besar rendah diri kita kalau kita calit-calitkan ia pada setiap aspek hidup kita. Entri ini entri untuk saling ingat-mengingati, aku katakan untuk aku dan untuk kita semua. Sama-sama kita ingatkan! :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails