Majlis walimah
Saya kagum melihat sesetengah foto walimah sahabat dan saudara terdekat.Walaupun kaya,bijak,graduan luar negara, tapi mereka cukup bersederhana dalam mengadakan walimah.Yang lelaki,tengkolok digantikan dengan kopiah putih sahaja,tiada keris tersisip di dada,cukup bersahaja dan berserdahana. Mereka tegas mengatakan, “ala,buat yang agama suruh sudah lah.Nikah itu ibadat bukan adat,jangan susah-sudahkan diri, buat yang termampu sudah”.
Yang pengantin perempuan,masih mampu mengekalkan tudung labuh mereka tanpa tabbaruj yang melampau.Maka saya membuat perbandingan,kenapa masyarakat kita menganggap pernikahan itu sesuatu yang membebankan,sampaikan ada yang sanggup membuat pinjaman bank dan sebagainya.Ada pula sesetengah insan yang yang saya jumpa sanggup tidak pulang beraya kerana mahu bekerja lebih masa,katanya nak kumpul duit untuk bernikah lepas raya.
Kahwin sekali seumur hidup
Ya saya tahu,semua orang mahu nikah sekali seumur hidup.Maka itulah yang dijadikan alasan mengapa majlis persandingan dan pernikahan mereka diadakan 7 hari 7 tujuh malam.
Kamu,kalau buat wedding of the year sekalipun ,tapi kalau bercerai-berai kesudahannya apa guna?
Pada saya la..”pernikahan itu cuma pintu gerbang sebuah perkawinan.Mengapa kamu terlalu berfikir bagaimana mana untuk menghias pintu itu,sedangkam kamu tidak sibuk memikirkan apa yang kamu akan buat selepas memasuki pintu tersebut”.
Tujuan pernikahan
Berkahwin atas dasar dakwah,bukan kerana cinta semata. Kerana pernikahan itu sebahagian dari agama, dan pernikahan adalah sunnah nabi kita. Bukan senang sebenarnya mahu membina sebuah ikatan tulus dasar kerana Allah.Perlu mujahadah. Kalau sudah kerana Allah,paras rupa dan harta bukanlah ukuran. Hanya yang hebat dan mantap mampu mengimbangi antara gerak kerja dakwah,kerjaya dan rumahtangga.
Sebenarnya kita sudah dilamar oleh Allah untuk seseorang.Cuma lamaran itu masih kekal menjadi rahsia selagi seruNya belum tiba.Jadi,usah terburu-buru mahu bercinta kalau memang jodoh tidak ke mana.
Anak
Kalau di palestin,muda mudi akan berkahwin dalam usia yang sangat muda untuk melahirkan ramai zuriat.Bagi mereka,syuhada yang telah kembali kepad Allah perlu diganti dengan mujahid yang baru.Umat Muhammad mesti ditambah,kerana merekalah yang akan memegang panji-panji islam.Kematian perlu diganti dengan kelahiran.Mereka melahirkan zuriat bukan untuk bersenang-senang,tapi untuk dijadikan pejuang.Hebat bukan?
Saya cuba memandang teman-teman yang sudah bernikah ketika belajar dan mempunyai anak sama seperti muda-mudi di palestin.Anak itu bukan sekadar pelangkap rumahtangga,tapi dia adalah amanah Allah yag patut di tarbiah sebaiknya supaya kelak,ia kembali berbakti pada agama.Kerana anak mereka itu adalah mujahid dan mujahidah agama.Kalau anak sudah dianggap amanah,ia bukan lagi satu beban hatta mereka seorang pelajar medikal dan kejuruteraan yang sangat sibuk menggila dengan kuliah yang tidak tentu masa.
Dimensi sebuah pernikahahan
Memanglah pada seoarang anak muda seperti saya,yang masih hijau,pernikahan itu bukan keutamaan.Tapi kita kena bersedia,sebab kita tidak tahu urusan Allah.Maksud bersedia disini ialah dari segi ilmu dan paling utama iman.
Ada kisah seorang gadis yang mahu dinikahkan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.Kerana mahu bersuamikan lelaki dalam tarbiah dan mahu mengelakkan daripada dijodohkan dengan lelaki tersebut,maka dia putuskan untuk meminta pertolongan pada seorang ustaz.Maka secara spontan ustaz tersebut bertanya pada anak usrahnya,
“ada akahwat yang perlu bernikah segera.Ada tak antara antum yang sukarela menawarkan diri menjadi suaminya”.
Saya tergamam mendengar cerita tersebut dan tiba-tiba secara spontan dalam hati saya terdetik,
“ish,kalau jadi ikhwah,kena mantap dan sentiasa bersedia”.
Kesimpulan
Tidak perlulah dia itu Huffaz kerana saya pun bukanlah seoarang hafizah,tak perlulah semestinya dia seorang doktor atau jurutera kerana saya bukanlah yang bijaksana,cukup kita mohon yang sekufu iman dengan kita. Jodoh itu urusan Allah .Tidak perlu gusar jika lihat diri tidak berteman ketika melihat teman-teman asyik hanyut di buaian dengan lelaki haram,kerana yakinlah bahawa Allah itu maha penentu segalannya.
Maka suka saya mengajak remaja sekalian,pegang dan tahanlah dulu rasa cinta yang sedang membuak di dadamu.Ianya sangat mahal dan berharga,jangan sewenang-wenangnya kau berikan pada si dia secara percuma.Pertahankanlah sepenuh jiwa ragamu untuk kekasih halalmu yang bakal tiba menjemput mu bila masanya tiba.Bersabarlah menahan ujian,maka kamu dan saya,mari sama-sama kita berjihad,bermujahadah,mencari cinta ilahi,mempertahankan cinta hakiki sehingga saat lafaz sakinahmu tiba.
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqan:74)
Ada satu pengisytiharaan perang di sini. Kita mengistytiharkan perang kepada cinta yang palsu dan murah dengan harga nafsu. Kita tak ingin pada cinta yang sementara. Bercintalah denganNya, untuk kita memperoleh cinta yang dapat menyampaikan kita ke syurga. Kalau diri masih faqir bercinta denganNya, jangan pernah rasa layak untuk merasa cinta fitrah sesama manusia. Selamat mengemis cinta Ilahi.
Tidak salah mahu mencari isteri seperti Fatimah Az-Zahra r.a,namun biarlah kita seperti Ali Yang dimuliakan Allah wajahnya.Tidak salah mahu mencari isteri sesetia Hajar dan Sarah andai iman kita seperti Ibrahim,Nabi Allah.Kalau kita tak setampan Yusuf a.s jangan berharap sangat pada isteri secantik Zulaikaha.
Jangan mencari kesempurnaan pada bakal pasangan kita kerana dia takkan sempurna,cuma manusia biasa,tiada darjat maksum seperti nabi Allah.
0 comments:
Post a Comment