BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, January 6, 2012

Gerbang Perkahwinan : Persediaan VS Kemampuan

Tahun ni ramai yang akan mendirikan rumah tangga. Tak lupa jua buat kawan-kawan seperjuangan dahulu. Saban hari, ada je undangan perkahwinan diterima, dan tidak lupa juga yang telah pos kan kad-kad kawin. InsyaALLAH, i will be there :)

DIkesempatan ni nak konsi sedikit sebanyak tentang tips-tips ke arah gerbang perkahwinan. Just for yang akan melayari bahtera rumahtangga,hehe. Kurangnya persediaan untuk bernikah bukanlah penghalang untuk bertindak berusaha menuju ke arah gerbang pernikahan. Seperti yang saya sebutkan di awal bab ini, seandainya kita menanti persediaan yang sempurna sebelum melaksanakan pernikahan maka, kita tak akan menikah selama-lamanya. Perlunya segala persiapan yang saya sebutkan sebentar tadi adalah sebagai pelengkap dalam sebuah pernikahan. Seharusnya kita kembali kepada kayu ukur yang telah di tetapkan oleh Rasulullah SAW dalam menghitung kemampuan.


Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.”

Kemampuan untuk berkahwin itu disebut ba'ah di dalam Bahasa Arab. Ulama' berselisih pendapat mengenai ba'ah ini akan tetapi mereka menyepakati suatu hal, makna ba'ah yang utama adalah kemampuan seksualnya. Mengenai pendapat tambahan pula, Imam Asy-Syaukani berpendapat mahar dan nafkah, sedang sebahagian ulama' lain menyatakan penyediaan tempat tinggal. Tetapi yang ditekankan oleh ulama' adalah maknanya yang utama iaitu kemampuan seksual.

Jadi seandainya anda mempunyai kemampuan untuk melakukan hubungan suami isteri, mampu memberi nafkah dan membayar mahar, mampu menyediakan tempat tinggal bagi isteri maka tiada seorang ulama' pun yang berselisih pendapat mengatakan anda sudah mampu mendirikan rumah tangga. Seandainya anda belum mampu dari segi ekonomi sekalipun, ada janji Allah yang Allah akan membantumu dalam urusan itu.

“Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha luas (pemberianNya) lagi Maha Mengetahui.” (an-Nisa':32)

Persediaan harus terus dilakukan sebaik mungkin, itulah yang akan menghiasi rumah tangga anda. Sekadar mana yang perlu disiapkan tergantung pada kemampuan dan keadaan diri anda sendiri. Semakin banyak yang anda usahakan semakin banyak hasilnya yang anda akan kutip.

Dan barangsiapa yang berjihad (buat segala sesuatu secara bersungguh-sungguh), maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (al-Ankabut:6)

Maka aku (Nabi Nuh) mengatakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. (Nuh:10-12)


NOTA KAKI

Yang penting, persediaan dari segi fizikal dan mental yang UTAMA :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails