Apabila seseorang itu ditimpa sakit, maka seluruh manusia yang ada kaitan dengannya turut diuji oleh Allah. Pertama orang yang sakit itu sendiri, sekiranya sabar di samping mencari jalan agar penyakitnya sembuh akan mendapat pahala yang berganda-ganda. Kedua ahli keluarga yang menjaganya yang juga dituntut agar sabar melayani karenah anggotanya yang ditimpa musibah. Di sini kita dapat melihat kesabaran suami atau isteri serta anak-anak. Seterusnya Allah menguji anggota masyarakat bermula dengan jiran tetangga. Sejauh mana keprihatinan mereka kepada jiran yang sakit itu. Adakah mereka peka serta melakukan amalan ziarah menziarahi bagi meringankan sedikit beban yang dipikul pesakit ataupun sebaliknya. Begitu juga pengamal-pengamal perubatan (atau kita namakan doktor, jururawat, staf hospital dan sebagainya) yang didatangi pesakit. Adakah mereka benar-benar ikhlas di dalam membantu pesakit atau sebaliknya hanya mementingkan motif perniagaan semata-mata. Bahkan yang difikirkan terlebih dahulu adalah sumber pendapatan mereka yang sangat lumayan walaupun kadang-kadang terpaksa memberikan pesakit dos (ubat) yang tidak sesuai. Tidak ada seorang pun yang inginkan kesakitan (ujian dalam bentuk sakit). Apabila ditimpa sakit, seboleh-bolehnya akan dicari ubat berkesan dengan seberapa segera. Sebaliknya Allah suka kepada hamba-hambaNya yang sakit serta dapat pula mengambil peluang semasa sakitnya untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya. Bukan terhad kepada dirinya sendiri sahaja, malah seluruh manusia yang berurusan dan berkaitan dengannya termasuklah kaum keluarga (yang dekat maupun yang jauh) jiran-jiran sehingga kepada ahli masyarakat yang lain.
Tuesday, August 25, 2009
Adakah sakit itu ujian?
Posted by Hafiz Ajmain at 3:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sakit e2 pencuci dosa.. Allah bg kite sakit supaya kita akan ingatkan Dia. Fitrah manusia, bila dah sakit, susah, br nk ingat Tuhan. Naseb baik Tuhan bg sakit, klu tak bile, la kita nk ingat Dia betul tak?.. Tp pada yg sakit tu, wajib la berubat ea.. Mkn ubat tu usaha untuk sembuh, wpon yang menyembuhkan hanya Dia yg Esa..
da tau saket..rajin2 la makan ubat ea..klao xmo saket kamu tuh maken mlarat..k?
Tapi, kenapa manusia mula ingat pada tuhan pabila mereka sakit dan mengapa mereka tidak ingat sewaktu mereka sihat??
manusia cpat lupe + leka...
Post a Comment