Saturday, August 29, 2009
Tanggal 28 Ogos 2009
Assalamualaikum wbt.
Apa khabar semua, diharapkan semua berada dalam keadaan sihat walafiat ;)
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka-mereka yang masih lagi berpuasa penuh, dah hampir seminggu kita menempuh puasa di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.
Juga dengan sukacita nya, saya ingin memaklumkan bahawa, hari ini merupakan hari kedua berturut-turut saya tidak tidur dimalam hari gara-gara assigment yang berlambak and Test Legal Maxim. memang huru-hara dibuat nye.. huhu. Namu begitu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat akak tersayang, Kak Laili, kerana banyak menolong diri ini, huhu. Jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila.
**Psst, nak rase makan nasi minyak akak nih,hehe ;p
**************************************************************************************
Seterusnya, point saya td adalah untuk menyentuh apa yang istimewanya hari ini kan? Hari ini saya berpeluang berbuka puasa bersama persatuan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kuala Terengganu.
Program ini adalah program usahasama antara pelajar UiTM, Ijazah Pengurusan Operasi dan persatuan OKU. Kami bertolak dari Uitm Dungun jam 3 ptg dan sampai disana kira-kira jam 5 petang. Setelah sampai, kami disambut oleh Abg Fauzi (seorang yang cacat penglihatan), merupakan pengerusi kelab OKU di daerah Juala Terengganu. Kami kemudian nya diberi taklimat mengenai aktiviti yang akan diadakan. Kami akan melayani masyarakat OKU untuk masjlis berbuka puasa yang dijangka mencecah seramai 200 orang. Melihatkan keadaan Dewan, kami macam bengong-bengong + pending sebentar,hahaha. Nampak macam mustahil kan?? keadaan Dewan yang kekurangan meja and sempit mmg tidak muat untuk menanpung jumlah berkenaan.
Kemudian nya kami membahagikan tugas-tugas, saya (selaku imam jemputan) terus melihat keadaan surau yang akan dijadikan tempat solat. Rasa nya tidak sampai 30 minit dewan solat selesai dikemaskan dengan dihiasi sejadah ;)
Seterusnya, kami yang lelaki dikehendaki mengangkat meja-meja dan susun untuk dibuat meja makan. Adeh, memang terasa penat yang amat sangat. Jam sudah menunjukkan jam 6.20 ptg, tetamu-tetamu sudah berpusu-pusu datang disamping keluarga mereka.
Pelbagai adegan dapat dilihat, memang manarik dan mencuit hati. Kami selaku penyambut tetamu, menunjukkan meja makan untuk tetamu. Apa yang menarik dan kelakar nya ialah apabila kami terpisah kan seorang anak yang cacat penglihatan dari ibu nya. Kami tidak sedar akan kejadian itu sampai lah waktu berbuka puasa apabila lelaki itu tidak menjamah langsung makannya, rupa-rupanya dia buta. huhu.
Saya ditugaskan untuk membaca doa buka majlis dan doa berbuka puasa. Part doa buka majlis tu memamng tergagap yang amat becoz not prepared yet. Teks doa pun memang xde, hampeh btol la planning last minute diorg nih,huhu..
Kemudian, setelah selesai berbuka, kami mendirikan solat maghrib berjamaah bersama-sama. Setelah selesai solat, tibalah giliran kami untuk berbuka. Perut ni memang dah masuk angin sangat-sangat.
Saya sedikit gementar apabila mendirikan solat trawikh bersama-sama golongan OKU ini apabila saya mengimami mereka, golongan-golongan OKU ini lah yang membarisi saf pertama and saf kedua. Rakan-rakan seperjuangan yang lain semua berada di saf belakang-belakang,huhu.
Solat trawikh dibuat sebanyak 8 rakaat, tekak terasa kering, mujurlah salah seorang makmum(OKU) menyambut laungan saya sewaktu mendirikan solat. Alhamdulillah, selesai tugasan saya, memang seronok ditugas kan begini walaupun hanya saya seorang pelajar Islamic Banking disitu.
Setelah selesai, saya sempat berborak-borak dengan Abg Fauzi, dan beliau amat gembira dengan kedatangan kami semua. Dan pada 17 Oktober ini, kami akan pergi lagi ke Kuala Terengganu untuk menjalankan aktiviti dengan mereka. Kali ini kami akan bermain bowling, catur, domino and congkak bersama mereka. Jangan pandang rendah pada mereka kerana mereka serba kekurangan! Mereka semua ada kelebihan masing-masing. We as human being are not perfect!
Semasa perjalanan balik, sempat lagi menangkap gambar candid kawan-kawan yang sedang nyenyak tido,seronok nye ;)
**jagan marah ea
Posted by Hafiz Ajmain at 1:16 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
uikss,..cm sonokkkkkkkkk jeee~
haish..kjelesan nih..
erk..jd imam ea??hihi
bgus2 =)
uiks..dak 0m..hahahaha~
Salam...
Alhamdullillah , bgus dak hafiz ni.
ptut ramai peminat kat Fs / Fb. ;p
Semoga istiqamah utk menjadi lebih baik ea,
anem doakan;)
p/s: jelesnya tgok awak juin xtvt mcmni. ;"(
salam ;)
alhamdulillah, memang seronok aktiviti macam ni ;)
Antara pengalaman :
-rase macamn cuba berbuka puasa dlm keadaan cacat penglihatan (rupe-rupe nya, orang buta ni, tahu dengan hanya sentuhan mknn, lagi-lagi ketika waktu solat, apabila selesai solat, mereka akan cari selipar diorg, diorg amat mengenali selipar kepunyaan sendiri dan juga selipar sahabat-sahabat mereka, memamng mengagumkan)
-Rase menjadi imam adalah pengalaman yang terbaik, mereka sendiri amat lancar dari segi bacaan doa and wirid ;)
**psst : anem, sekiranya dpt membuat aktiviti kebajikan ini di bulan ramadhan, mmg seronok ;)
sangat berbangga menjadi kakak mu...semoga amalan yg baik akan berterusan, moga rahmat ALLAH sentiasa bersamamu...amin..
Post a Comment