Sunday, September 13, 2009
Philophobia?
Assalamualaikum, rasanya sudah hampir seminggu tidak upDATE blog ni. Atas kesibukan yang tidak dapat dielakkan. Alhamdulillah, kita sudah selesai fasa 1and 2 untuk bulan Ramadhan yang serba indah ini. Namun, sebanyak manakah amal ibadah yang telah kita lakukan untuk merebut malam lailatul Qadar? Malam yanng penuh rahmat dan doa nya pasti akan dimakbulkan oleh ALLAH.
Buat teman-teman, marilah kita sama-sama merebut 10 hari terakhir ini. Banyak kan amal ibadah, semoga apa yang kita lakukan mendapat keredhaan ALLAH.. Amin..
Disini, saya ingin bercerita mengenai PHILOPHOBIA. Ini adalah sejenis penyakit yang sukar dirawat bagi seorang insan yang bergelar manusia. Bagi saya, saya sendiri fobia terhadap darah,seriusly, memang tak suke sangat-sangat tengok darah!!
Tajuk ini saya ambil untuk menjawab persoalan sepupu saya, Nadzirah yang kini menuntut di UTM Skudai, ingin bertanyakan PHILOPHOBIA terhadap cinta.Dalam konteks ini, Philophobia adalah ketakutan terhadap jatuh cinta dan putus cinta. Risiko adalah lebih serius, apabila anda telah mendatangkan kisah-kisah lama yang emosional untuk perasaan sayang yang pernah dicurahkan pada masa lalu.
Kehidupan manusia adalah memuaskan hati dengan mengisi dengan cinta, tetapi ditinggalkan kekasih adalah lebih berkemungkinnan menghidap penyakit PHILOPHOBIA ini. Philophobia adalah ditakrifkan sebagai ketakutan yang luar biasa. Ianya melibatkan emosi. Satu rasa dikhianati dalam cinta menusuk fikiran kita. Anda tidak merasa dengan penuh perasaan yakin dalam hidup. Ini akhirnya melibatkan kualiti hidup itu dan menyebabkan kita alpa dalam kehidupan.
Ia juga mencetuskan pelbagai gejala-gejala yang boleh menyebabkan berpeluh, degupan jantung tidak sekata, pendek nafas, perasaan-perasaan takut, loya dan perasaan resah. Perkara paling buruk dalam jatuh cinta dan putus cinta adalah yang ia menyimpan satu rasa dan perasaan sakit seperti dikhianati, iaitu, DENDAM. Kita merasa keseorangan tetapi setiap masa merasakan bahawa fikiran kita seakan-akan terganggu. Emosi tidak stabil dan sebagainya.
Berhujah Memberi Kenaikan Untuk Masalah Pengalaman pahit pada waktu lalu mungkin satu sebab mengapa kita tidak mahu menjalinkan perhubungan dengan orang lain lagi. Malah, mungkin akan takut ditolak dan dikecewakan seperti satu alasan besar yang menghalang anda daripada menjalinkan hubungan dengan sesiapa. Oleh itu untuk lebih jelas lagi, kita boleh menghidap philophobia dalam sebarang jenis hubungan, dan merupakan satu beban yang tiada penghujungnya...
Bagaimana untuk mengatasi Philophobia ini adalah dengan menjalani satu kehidupan cinta gembira dan bahagia. Usah dikenang peristiwa lama dan sekiranya memerlukan bantuan pakar, lakukan nya kerana ia boleh mengurangkan daripada terjebak dengan gejala penyakit PHILOPHIBIA ini.
Rasa ini sudah cukup untuk menjelas kan tentang PHILOPHIBIA. Apa-apa pun,hadapi dengan senyuman, usah dikenang pengalaman pahit yang menyiksa jiwa dan raga kita. Semoga lebih maju kehadapan.
Buat teman-teman, kenangi sebuah perhubungan, nescaya amat beruntung lah bagi mereka yang menghargai PERSAHABATAN. Tiada nilai dan tidak boleh dijual beli. Cinta adalah pengalaman paling manis yang sebuah hubungan
Posted by Hafiz Ajmain at 2:22 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam'alaikum
menarik..
tpulang pd diri utk atasi itu fobia
best of luck
saya rasa saya menghidap phobia jenis ini. rasa terlalu benci kepada lelaki. malah saya ragu2 samada ingin mengubati fobia ini atau tidak. at certain point, sye rasa phobia ini sedikit sebanyak menyelamatkan saya dari terjebak dengan lelaki dan lebih meletakkan batas antara saya dan lelaki. lagi pula, takdir hidup saya hingga kini hanya mempertemukan saya dengan lelaki yang tidak berkenan benar saya dengan perangai mereka. buat saya lebih tak memandang langsung kepada insan bernama lelaki. mereka seperti tidak wujud dimata saya.
Post a Comment