BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, April 27, 2010

Muhasabah Diri..


Salam sejahtera.. Sedikit perkongsian ingin dikongsikan bersama. Hari ini, kali kedua aku dimarahi teruk oleh bos aku gara-gara EL (emergency leave). Ditanye nye aku, faham tak ape tu EL? Aku pun jawab dengan tenang, EL tu emergency leave wich secara tiba-tiba dan bukan di plan.. Hampir 1/2 jam aku dibambu, diceramah bla bla bla.. Memang aku akui, kelalaian aku.. Aku sabar, aku tenang biarpun bergenang air mata jantan. Ceh, habuk kot tibe-tibe masuk kat dalam mate nih,haha.... Full stop! malas nak fikir.. sekadar berkongsi..

Manusia dibekalkan oleh Allah dengan dua sifat, iaitu sifat keji dan sifat terpuji. Sifat-sifat ini tidak dibekalkan kepada binatang, jin dan malaikat. Bahkan malaikat itu sendiri dibekalkan dengan semata-mata taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya. Lantaran adanya sifat keji atau mazmumah dalam diri manusia, perlulah manusia itu menghisab atau muhasabah dirinya.

Hadis Rasulullah bermaksud: “Buatlah perhitungan ke atas dirimu sebelum kamu dihitung pada hari akhirat”

Perkara-perkara yang perlu dihisab pada diri setiap Muslimin dan Muslimat ialah:

* Apakah ilmu Allah yang telah dipelajari?
* Apakah amanah Allah yang telah disempurnakan?
* Apakah Ilmu Allah yang telah disebari?
* Kemanakah rezeki Allah dibelanjakan?
* Bagaimanakah rezeki Allah digunakan?
* Sudahkan anak-anak yang dikurniakan Allah diuruskan dengan kehendak Islam?
* Sudahkan isteri-isteri yang dikurniakan Allah diuruskan dan dilayani seperti kehendak Islam?
* Apakah sudah memberi makan kepada anak-anak yatim dan orang miskin?
* Adakah anak dan isteri menjalankan solat dan sentiasa taat kepada Allah?
* Adakah kesombongan diri dan ego telah menguasai diri?
* Apakah diri sudah bersedia untuk menghadap Allah?
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka”.

Regard,

Hafiz Ajmain

4 comments:

nurafizza said...

hye,,salam...
sabar ek awk..dugaan 2 sume..
hepy2 slalooo...

Hafiz Ajmain said...

Aii,thanks.. mmg dugaan..bersabar je yang termampOO,huhu

Lailatul Munira said...

nangis betul ke?? ingat main2 je kate kamu nangis??? =?

Hafiz Ajmain said...

haha, lelaki mane menangis :p

habuk masuk mata tu,lalala

Related Posts with Thumbnails