BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, April 1, 2010

Perasaan Marah..

Setiap manusia di dunia ini mempunyai perasaan. tahap perasaan seseorang adalah sangat berbeza. ada yang sangat perasan dan ade yang kurang perasan.


namun bagi saya, seperti telah kehilangan beberapa perasaan yang agak penting bagi seseorang. tapi, tidak semua perasaan hilang begitu sahaja, bahkan ada sesetengah perasaan yang semakin kuat, contohnya seperti perasaan lapar. perasaan ini sangat kuat ketika saya menulis blog ini.

berbalik semula kepada perasaan yang telah hilang, antara perasaan yang telah lama hilang didalam diri saya ialah perasaan marah. serius saya katakan, sudah lama saya tidak marah. saya pun hairan. sudah menjadi terlampau pesimis..

sebagai contoh, saya tiba2 menarik diri dar keluar bersama seorang rakan, dia marah. lalu dia bertanya, apa yang awak rasa kalau saya yang tiba2 menarik diri untuk keluar bersama? Dengan tidak ikhlasnya saya menjawab, "Mestilah marah". walhal di dalam hati ini, saya mungkin akan berprasangka, oh, mungkin dia ada hal lagi penting kot, mungkin lain hari moleh keluar lagi."

Marah juga mempunyai beberapa kategori. Antaranya ialah:
  1. Marah Bertempat - Mungkin sesetengah tempat di dunia ini mungkin mencetuskan kemarahan dia. mungkin sehjarah silam yang menghantuinya, ataupun dia memang x suka dekat tempat tu.
  2. Marah tidak bertempat - Manusia jenis ini memang payah. kita tidak tahu tempat dimana dia hendak marah. mungkin suatu hari ketika anda menaiki bas bersama sama, anda akan dimarahi oleh dia.
  3. Marah Betul - Dia yakin dia betul dia marah ataupun dia marah sebab dia betul.
  4. Marah Marah Ayam - Mungkin ingin mengada ngada bersama dengan tersayang dan diharap akan dipujuk.
mungkin terdapat banyak lagi jenis2 kemarahan yang ada.

pada pendapat saya, semakin tinggi nilai kesabaran seseorang itu, semakin tinggi kuasa kemarahannya.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails