BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, November 29, 2010

Air Mata

Air Mata…

Setitis air yang selalu membasahi wajahku


Air Mata…

Setitis air yang selalu membersihkan kotoran dalam hatiku


Air Mata…

Setitis air yang selalu mengiringi langkahku menuju kebaikan


Air Mata…

Setitis air yang menyedarkanku akan segala dosa yang telah kulakukan


Air Mata…

Setitis air yang mengingatkanku akan rasa syukur terhadap pemberian-Nya


Air Mata…

Setitis air yang mengalir ketika aku mengagumi seluruh cipta-Nya


Air Mata…

Setitis air yang mengalir di saat aku merasa kesepian dalam menjalani hidup


Air Mata…

Setitis air yang menjadikanku kuat di saat aku merasa rapuh


Selama ini kita selalu kecewa & patah hati apabila kehilangan atau jauh dari perkara-perkara fana yang dicintai. Sering meminta-minta kepada Allah segala perkara dunia, rezeki, harta, anak-pinak, kesihatan, pangkat & jawatan.


Tapi… pernahkah kita menangis & merayu untuk mendapat cinta-Nya? Pernahkah kita berasa sedih apabila jauh dari-Nya, hilang perhatian & kasih sayang-Nya?


Usahlah memandang remeh kepada kecilnya kelalaianmu, takutilah kepada besarnya Keagungan yang telah kau ingkari. Jadikanlah Allah tujuan tertinggi hidupmu, nescaya segala langkah kehidupanmu akan selalu berada dlm bimbingan-Nya, segala perbuatanmu menjadi tasbih & pengabdianmu kepada Allah..


NOTA KAKI

Kita hidup di dunia ini hanya sementara. Dunia hanya pinjaman semata- mata

Sunday, November 21, 2010

Jangan Terlalu..


1. Terlalu lama berdiri – merosakkan tulang. Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk – merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan – merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat – merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur – merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa – merosakkan usus / menghilangkan nur wajah (yang ini aku tambah).

7. Terlalu kerap marah – merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir – merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. (fikir masalah umat takpe kot?)

9. Terlalu banyak bersedih – merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut – merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut – merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan – merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais – merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang – merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

NOTA KAKI

*Banyak makan boleh tambah berat badan kan? Hehehe

Saturday, November 20, 2010

Pernah ke kita berfikir?

Pernahkah anda memikirkan bahawa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah ketiadaan? Pernahkan anda berfikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki bau yang harum serta berwarna-warni? Pernahkan anda memikirkan seekor nyamuk, yang sangat mengganggu ketika terbang mengitari anda, mengepakkan sayapnya dengan kecepatan yang sedemikian tinggi sehingga kita tidak mampu melihatnya? Pernahkan anda berfikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan berfungsi sebagai pembungkus yang sangat berkualiti, yang membungkus isi buahnya sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga?


Pernahkan anda berfikir bahawa gempa bumi mungkin saja datang secara tiba-tiba ketika anda sedang tidur, yang menghancur luluhkan rumah, pejabat dan negeri anda hingga rata dengan tanah sehingga dalam tempoh beberapa detik saja anda pun kehilangan segala sesuatu yang anda miliki di dunia ini? Pernahkan anda berfikir bahawa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesihatan dan kekuatan anda? Pernahkan anda memikirkan bahawa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda meninggalkan dunia ini? Jika demikian, pernahkan anda berfikir mengapa manusia demikian terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan mereka tinggalkan dan yang seharusnya mereka jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras dalam meraih kebahagiaan hidup di akhirat?


Manusia adalah makhluk yang dilengkapi Allah dengan akal fikiran. Namun sayang, kebanyakan mereka tidak menggunakan anugerah yang teramat penting ini sebagaimana mestinya. Bahkan pada kenyataannya sebahagian manusia hampir tidak pernah berfikir. Sebenarnya, setiap orang memiliki tingkat kemampuan berfikir yang seringkali dia sendiri tidak menyedarinya. Ketika mulai menggunakan kemampuan berfikir tersebut, fakta-fakta yang sampai sekarang tidak mampu diketahuinya, lambat-laun mulai terbuka di hadapannya. Semakin dalam dia berfikir, semakin bertambahlah kemampuan berfikirnya dan hal ini mungkin sekali berlaku bagi setiap orang. Harus disedari bahawa setiap orang mempunyai keperluan untuk berfikir serta menggunakan akalnya semaksima mungkin.


NOTA KAKI

*Sedar tak sedar, tahun 2010 sudah menghampiri hujung tahun,huhu

Sunday, November 14, 2010

Sekeping Doa buat mu


Ya Allah yang Maha Pemurah…
Terima kasih Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya. Terima kasih untuk saat-saat indah yang dapat kami nikmati bersama. Terima kasih untuk setiap pertemuan yang dapat kami lalui bersama.

Aku datang bersujud dihadapanMU…
Sucikan hati aku ya Allah, sehingga dapat melaksanakan kehendak dan rencana-MU dalam hidup ku.

Ya Allah ya robbi..
jika aku bukan pemilik tulang rusuknya, janganlah biarkan aku merindukan kehadirannya… janganlah biarkan aku melabuhkan hati aku dihatinya.. kikislah pesonanya dari pelupuk mata aku dan jauhkan dia dari relung hati ku..

Gantilah damba kerinduan dan cinta yang bersemayam didada ini dengan kasih dari dan pada-MU yang tulus, murni… dan tolonglah aku agar dapat mengasihinya sebagai sahabat.


Tetapi jika Engkau ciptakan dia untuk aku… Ya Allah tolong satukan hati kami…
bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya…Berikan aku kesabaran, ketekunan dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya… Redhoi dia, agar dia juga mencintai, mengerti dan mau menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan aku sebagaimana telah Engkau ciptakan…

Yakinkanlah dia bahwa saya sungguh-sungguh mencintai dan rela membagi suka dan duka aku dengan dia…

Ya Allah yang Maha Pengasih
Dengarkanlah doa saya ini… lepaskanlah saya dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-MU…

Allah yang Maha kekal…
Aku mengerti bahwa Engkau senantiasa memberikan yang terbaik untuk ku… luka dan keraguan yang aku alami, pasti ada hikmahnya.

Penyatuan ini mengajarkan aku untuk hidup makin dekat kepada-MU, untuk lebih peka terhadap suara-MU yang membimbing aku menuju terang-MU… Ajarkan aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan….

Jadikanlah kehendak-MU dan bukan kehendak aku, yang terjadi dalam setiap bahagian hidup ku…

Ya Allah, semoga Engkau mendengarkan dan mengabulkan permohonanku.

Amin……


NOTA KAKI

*Begitu lah aku,mengharung usia, perlukan dirimu, temani hidup ku :)

Saturday, November 13, 2010

Sendiri..


Pernah tak kita terfikir dalam hidup ini, semua perkara yang kita buat adakah semuanya betul?
Rase2 tak semua... ade pon sikit je yang betul.. yang lain semua largho je kn... kadang2 terfikir ape motif berada di sini pada waktu ini...apakah hikmah semua ini? banyak persoalan yang nak disoal.. tentang? hati? perasaan? aaaaahhhh emosi itu semua. Perlukan masa dan ruang untuk berfikir. perlukah masa itu ku kirim dan ku pinjamkan pada mereka? perlukah?

Andai hati ini pernah merasai satu hal. Andai hidup ini penuh dengan cacian..silakan tanpa gusar
aku mulai sedar jangan mudah melatah atau lekas merasa sesuatu yang tak mungkin menyatakan itu adalah aku. Aku tetap diriku sekarang. Berusia hampir 2 dekad (muda lagi kot), punya pancaindera yang lengkap...alhamdulillah.

Apa aku sedar tentang mereka? perlu apa ku fikir pandangan mereka? perlu ke?
Seribu satu soalan akan ku utar lalu berputar di rona jingga jiwa yang masih samar kelihatan pudar.
Untuk apa ku titipkan selembar puitis? Hanya kerana aku terlalu banyak menyimpan sejuta kelam... Haru biru hamparan kalam.. Bertaburan ku tiup bagai awan yang enggan mengorak langkah.

Perlukah aku gerakkan lagi tubuhku di bumi ini untuk hari esok? Jika perlu, ingin ku lelapkan mata seketika hingga menjelang fajar esok... jika esok masih ada untukku.... jika masih ada berikanlah sedikit sinar untuk ku hirup agar mampu ku bernafas dengan lebih dalam... sedalam2nya... hingga satu ketika, aku tidak mampu lagi mengukir sekutum senyuman lagi buat mereka semua....


NOTA KAKI
*Hari ini kau datang tiba, tersenyum, buat ku tenang :)

Senyumlah!


Tahukah kamu bahawa senyum itu boleh berjangkit?
Menerimanya seperti terjangkit flu.

Hari ini seseorang tersenyum padaku,
dan aku balas tersenyum juga.

Di lihat seseorang melihatku tersenyum
dan ia mulai tersenyum pula.

Aku menyedari bahawa senyuman dapat dikongsikan…

Lalu aku memikirkan dan mengukur senyumku.
Senyum yang unik, seperti senyumku,
dapat menyebar ke seluruh dunia.

Jadi, kalau kamu merasa ingin tersenyum,
janganlah berusaha menghentikannya.

Marilah kita mulai menyebarkan senyum sekarang juga,
hingga mempengaruhi seluruh dunia!

Tetaplah tersenyum dan kirimkan POST ini pada para teman dan sahabatmu.

Lagi pula, bukankah setiap orang memerlukan senyuman?!!!

NOTA KAKI
*Senyumlah senyumlah ahai cik mek molek :)

Friday, November 12, 2010

Antara KEINGINAN dan NAFSU


Seringkali kita didedahkan dengan cerita-cerita suami curang ataupun isteri pun curang. Kadang-kadang terfikir juga, adakah ianya satu perancangan yang berupa satu keinginan atau dorongan nafsu semata-mata.

Tidak dinafikan, apa-apa juga motif pada diri masing-masing, ianya tetap satu perkara yang menjengkelkan dan setiap perilaku nya tetap memberi kesan kepada pasangan masing-masing. Terpulang pada diri sendiri untuk mengatasi permainan diri dan risiko yang akan dihadapi dari kesan keinginan dan nafsu.

Cuma apa yang tersirat dan tersurat, setiap kali ada keinginan dan nafsu, tanya pada diri , perlukah kedua-dua perkara tersebut diikuti. Mesti ada jalan untuk menghindarkan diri dari berlaku nya perkara tersebut pada diri kita.

Apa yang perlu, lihat dan kaji kesan nya kepada setiap pelaku-pelaku yang ada telah menerima risikonya.. Tak semua buruk dan tak semestinya juga baik

Renungkan-renungkan...

Thursday, November 11, 2010

Tentang...Apa erk??

tentang-cinta

Kepada yang masih SINGLE… Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima.

Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN… Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL… Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA” saat ia terjatuh.

Kepada yang PATAH HATI… Sakit… luka, hancur.. patah hati… bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA… Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa-apa. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar-benar dialami.

Kepada yang ingin MENGUASAI… Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.

Kepada yang takut MENGAKUI… Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya.

Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI… Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan..


NOTA KAKI

*Nak jatuh CINTA pada manusia memakan masa :)

Wednesday, November 10, 2010

Ego Wanita : Tinggi ke?


Semua insan ada ego nya tersendiri..begitu juga seorang insan bergelar wanita..

Rasa ego yang kadang-kdang membuat diri wanita tersebut berada didalam kemelut samada menuju kejalan kebahagiaan atau kekecewaan..

Tapi puncanya tetap datang dari rasa ego wanita itu sendiri..dalam menangani rasa hati sendiri, cuba menapis apa yang dirasa dan menidakkan nya ..

Tapi ego itulah membuat diri wanita tersebut berada didalam kesedihan dan kesunyian..tapi tidak dapat disalahkan rasa ego wanita tersebut, mungkin kerana untuk kebahagiaan insan yang dia sayang tanpa disedari insan tersebut..dan mungkin rasa ego yang dipertahankannya membuat dia rasa bahagia bila melihat orang lain bahagia..

Apapun, hanya wanita tersebut yang dapat memberi sepenuhnya jawapan kepada persoalan ego diri nya sendiri dan menerima risiko yang berkaitan dengan kebahagiaan dirinya sendiri ...

Hakikatnya , wanita tersebut juga perlukan kebahagiaan walaupun diri sendiri takut untuk menerima risiko rasa ego nya sendiri..tapi dia tetap pasrah.

Bila ada rasa cinta dan sayang di dalam diri wanita yang ada ego nya tersendiri..maka jawapannya..
Fikirkan lah bersama....

NOTA KAKI
*Jangan bila naik Motor EGO terasa EGO plak :)

Monday, November 8, 2010

Refresh "HATI"


Bila kita memulakan sesuatu..

Kadang-kadang kita lupa letakkan niat..
Kadang-kadang kita lupa baca Bismillah..
Sebab tu bila ada masalah, Kita cepat menyerah.

Bila kita berniat..
Kadang-kadang kita lupa letakkan usaha..
Kadang-kadang kita tunggu disergah baru nak mengolah..
Sebab tu bila kerja tak menjadi, Kita mula angkat kaki.

Bila kita berusaha..
Kadang-kadang lupa pula nak berdoa,
Siang malam kerah tenaga dan masa,
Sebab tu bila kerja masih tak sempurna,
Kita mudah putus asa.

Bila kita berniat,berusaha dan berdoa,
Kadang-kadang kita lupa pula nak bertawakkal pada yang Esa,
Bertawakal pun pada bicara tapi di hati masih buta,
Sebab tu bila dilanda masalah,
Kita marah tak tentu hala.

Bila kita berniat,berusaha,berdoa dan bertawakal,
Kadang-kadang kita tetap alpa,
Nak sebut Alhamdulillah pun payah,
Berdoa pun sekali sekala,
Bersyukur sekejap cuma..
Sebab tu bila kita ‘berjaya’.. Allah datangkan ujian dan musibah,
Supaya kita ingat dan kembali ke jalan Redha,
Tapi kita kecewa sampai mencari jalan mudah..
Membenci diri memusuhi nadi. Sedangkan..

Kita manusia ciptaan Allah,
Bernafas di udara yang sama,
Bila lemah Allah itu ada,
Bila derita Allah itu bersama,
Senang, susah, sedih, gembira..
Allah takkan lupa pada langkah kita..

Tapi sememangnya lahiriah kita,
Kadang-kadang lebih suka dipuji,
Sebab itu kita jarang memuji yang Maha Terpuji,
Kadang-kadang lebih suka dicintai,
Sebab itu kita lupa menyintai yang Maha Menyintai,
Kadang-kadang kita lebih suka menyendiri,
Tapi lupa Allah sedang memerhati.

Sebab itu teruskan bermuhasabah pada Pencipta,
Kerana dalam firman Allah, Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.(Ar-Ra’d:11)

Kerana itu,
Pada masalah harus bersabar dan redha,
Pada ujian harus tabah dan teguh,
Pada kegagalan harus usaha,doa dan tawakkal,
Pada kejayaan harus usaha,doa dan tawakkal.

Sama tapi tak serupa,
Kerana kejayaan di dunia bukan pengukur kejayaan di sana,
Kekayaan harta di dunia bukan jaminan kebahagiaan di sana,
Kesusahan dan penderitaan di dunia belum tentu bersambung di sana,
Kealpaan kita di dunia pasti menjadi kesakitan kita di sana,
Di sana itulah yang perlu kita kejar,
Agar Dunia mengikuti dengan redha.,

Di sana.. Akhirat yang pasti. Syurga yang terindah Atau Neraka yang menyala.

NOTA KAKI
*ALLAH ciptakan kita adalah sebaik-baik ciptaan :)

Sahabatku.. Kekasihku..

Ramai orang mengutamakan sahabat dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan
sahabat kerana kekasih ... anda tergolong dari yang mana ...

Hadirnya seorang kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati ...
Hadirnya sahabat sebagai sahabat sejati ... berkongsi segala suka duka danteman sepermainan dan belajar ....

Antara sahabat dan kekasih Yang mana harus kupilih. Sahabat pengubat kesunyian,
Kekasih penyembuh kelukaan..


Antara sahabat dan kekasih Yang mana harus didahulukan. Sahabat tempat mengadu,
Kekasih tempat bermadu..

Antara sahabat dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih. Sahabat menghulurkan
bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan..

Antara sahabat dan kekasih Keduanya aku harapkan. Sahabat sekuntum senyuman,
Kekasih sepenuh perhatian ..


Antara sahabat dan kekasih Bilakah akan kutemui. Sahabat sejujur kata,
Kekasih setulus setia..


Andai sahabat itu kekasihku Andai kekasih itu sahabatku Akan kuhadiahkan
Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan..

"Demi Allah yang jiwaku berada ditangan-Nya, seseorang tidak akan beriman sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.."(Hadith Nabi Muhammad s.a.w)

NOTA KAKI :

*nikmatnya kasih syg itu walau dlm bentuk apa sekalipun hbgn yg terbina.Alhamdulillah :)

Saturday, November 6, 2010

Coretan tentang CINTA


‘Andai engkau mencintai seseorang, cintailah dia kerana dia adalah dirinya.. Bukan kerana engkau mahukan dia seperti yang engkau inginkan dirinya.. Karna cinta itu tidak pernah kekal lama.. Andai engkau mencintai seseorang, cintailah dia kerana ALLAH SWT.. Jangan kau biarkan cintamu padanya melebihi cintamu kepada ALLAH SWT.. Sesungguhnya cinta abadi itu milik ALLAH SWT..’


NOTA KAKI
*Cinta itu indah bila kita bercinta kerana ALLAH SWT, namun derita bila kita memperhambakan diri kepada cinta dunia melebihi cinta kita kepada ALLAH :)

Friday, November 5, 2010

Sahabat menjadi Kekasih


Definasi "Sahabat" dan "Kekasih" terlalu jauh perbezaannya..

Ikatan persahabatan tidak akan terputus dan kekal selamanya walaupun terpisah jauh di bawa peredaran waktu tetapi ikatan kekasih kadang-kadang akan putus bila-bila masa jika persefahaman sudah tidak berjalan seriring diantara dua pihak..

Tapi apa kesudahannya jika sebuah ikatan persahabatan bertukar menjadi ikatan kekasih...terlalu sukar untuk meghuraikan perasaan masing-masing..tapi ianya juga sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana ianya berkaitan dengan hati dan perasaan..ianya lumrah kehidupan..tiada sesiapa yang sempurna.

Mungkin kadang-kadang kita cuba mengelak sebaik mungkin supaya ikatan seorang sahabat tetap kekal sebagai sahabat tapi kadang-kadang kita kena akur dengan perasaan kita sendiri..jangan terlalu ego, akibatnya kita sendiri yang merasa derita..belajar terima apa yang berlaku..

Tetapi peritnya, bila ikatan sahabat menjadi kekasih dan terputus nya hubungan itu, maka betapi pedihnya terasa teramat sangat kerana telah hilangnya seorang sahabat dan kekasih kepada kita...
Pasti kedua-dua pihak menderita sama-sama...

NOTA KAKI
*Hargailah persahabatan, jika ia hilang, ianya akan membawa kepada kesunyian..

Related Posts with Thumbnails