BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, November 1, 2010

Interviewing..


Haha, adeh. Tajuk post ni khas untuk diri aku ni yang baru lepas di"INTERVIEW"


Ari Khamis lepas (28 Oktober 2010), aku menerima panggilan interview di PKNS Petaling Jaya untuk position yang aku pun ingat tak ingat je. Maklumlah, time terima call tu tengah duduk kat bilik termenung.. (Tak senonoh btol)..

So, ape yang aku perlu sediakan ialah :

1. Dua keping gambar size Passport
2. Salinan ic
3. Salinan SPM
4. Salinan Diploma
5. Salinan Degree
6. Resume
7. Calculator dan pen

Tarikh interview adalah pada hari ni, Isnin, 1st November 2010 di School Of Globar Service Management, Petaling Jaya. Pukul 10 pg

Ape lagi, pagi-pagi tadi aku dah merempit mandi, then terus shoot ke office untuk puch card. Kena tunjuk muka skit kat office nak bgtau yang ari ni datang kerje,hehe. Kebetulan plak, ada majlis makan-makan pagi nih. Adoi, plan dah lari. Ape lagi, duduk break first dulu la jawab nye. Jam dah menunjukkan jam 9.05 pagi, aku terus memecut menuju ke PJ.

Dah la tak familiar dengan area sekitar PJ, nasib baik GPS ada. Aku hanya berpandukan GPS menuju ke sana. Alhamdulillah, sampai jugak ke PKNS setelah melalui tolRM5.50 dan bayar tiket parking RM4.5.

Ok, then, aku penuju ke pondok pengawal. Kebetulan ada jugak calon2 interview ada kat situ. Aku pun join skali la, siap berkenal-kenalan dengan diorang semua (Dalam hati, peh, ramai jugak nak datang interview ni, ada dlm 25 orang).

So, kitorang semua ditempatkan didalam class room, dan diberikan borang beserta soalan yang perlu di isi dan di jawab. Ok, fine, aku pun tulis la dengan hati yang tenang. Bila sampai kat soalan yang perlu dijawab, ada ke soalan add math die bagi kat aku. Macam hampeh btol. Dah la calculator tak bawak,huhu. Ada dalam 20 soalan kira-kira dan 5 soalan KBKK.

Hampir sejam jawab soalan yang diberikan, sorang akak (i think Indians) masuk ke dalam bilik sambil introduce diri dia. Then kitorang buat ice breaking dalam kelas tu. 50% dari calon2 ni ter masuk aku sedang bekerja. Lagi 30% fresh graduate and lagi 20% tgh mencari kerja (unemployed).

Untuk sesi ni kitorang diberi masa untuk bertanya kan soalan,ada yang tanye merepek2, pasal gaji la, cuti la. Bagi aku, yang penting suke atau tak kerja ni je. So, kitorang akan ada 2nd interview maybe on this week (Adeh, malas nye nak datang lagi).

Sempat juga berkenalan dengan beberapa orang kat sane. Rata-rata pelajar UiTM. Jam dah menunjukkan pkul 12tghr, terpaksa la merempit balik ke office balik,huhu. Time is running out!

NOTA KAKI
*Haishh, nak cari kerja skrg ni pun susah. Banyak competition. So, hargai la peluang yang ada :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails