BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Saturday, November 20, 2010

Pernah ke kita berfikir?

Pernahkah anda memikirkan bahawa anda tidak ada sebelum dilahirkan ke dunia ini; dan anda telah diciptakan dari sebuah ketiadaan? Pernahkan anda berfikir bagaimana bunga yang setiap hari anda lihat di ruang tamu, yang tumbuh dari tanah yang hitam, ternyata memiliki bau yang harum serta berwarna-warni? Pernahkan anda memikirkan seekor nyamuk, yang sangat mengganggu ketika terbang mengitari anda, mengepakkan sayapnya dengan kecepatan yang sedemikian tinggi sehingga kita tidak mampu melihatnya? Pernahkan anda berfikir bahwa lapisan luar dari buah-buahan berfungsi sebagai pembungkus yang sangat berkualiti, yang membungkus isi buahnya sehingga rasa dan keharumannya tetap terjaga?


Pernahkan anda berfikir bahawa gempa bumi mungkin saja datang secara tiba-tiba ketika anda sedang tidur, yang menghancur luluhkan rumah, pejabat dan negeri anda hingga rata dengan tanah sehingga dalam tempoh beberapa detik saja anda pun kehilangan segala sesuatu yang anda miliki di dunia ini? Pernahkan anda berfikir bahawa kehidupan anda berlalu dengan sangat cepat, anda pun menjadi semakin tua dan lemah, dan lambat laun kehilangan ketampanan atau kecantikan, kesihatan dan kekuatan anda? Pernahkan anda memikirkan bahawa suatu hari nanti, malaikat maut yang diutus oleh Allah akan datang menjemput untuk membawa anda meninggalkan dunia ini? Jika demikian, pernahkan anda berfikir mengapa manusia demikian terbelenggu oleh kehidupan dunia yang sebentar lagi akan mereka tinggalkan dan yang seharusnya mereka jadikan sebagai tempat untuk bekerja keras dalam meraih kebahagiaan hidup di akhirat?


Manusia adalah makhluk yang dilengkapi Allah dengan akal fikiran. Namun sayang, kebanyakan mereka tidak menggunakan anugerah yang teramat penting ini sebagaimana mestinya. Bahkan pada kenyataannya sebahagian manusia hampir tidak pernah berfikir. Sebenarnya, setiap orang memiliki tingkat kemampuan berfikir yang seringkali dia sendiri tidak menyedarinya. Ketika mulai menggunakan kemampuan berfikir tersebut, fakta-fakta yang sampai sekarang tidak mampu diketahuinya, lambat-laun mulai terbuka di hadapannya. Semakin dalam dia berfikir, semakin bertambahlah kemampuan berfikirnya dan hal ini mungkin sekali berlaku bagi setiap orang. Harus disedari bahawa setiap orang mempunyai keperluan untuk berfikir serta menggunakan akalnya semaksima mungkin.


NOTA KAKI

*Sedar tak sedar, tahun 2010 sudah menghampiri hujung tahun,huhu

0 comments:

Related Posts with Thumbnails