Sunday, October 31, 2010
Belajar Dari Kekecewaan,,
Kita harus belajar daripada kekecewaan… Kita bangkit daripada kegagalan… Kita harus memahami kejatuhan kita… Bukan bererti matinya semangat… Berkubur keyakinan begitu sahaja…
Tetapi… Daripada rebahnya sekeping hati… Akan bangkit seorang insan… Mengangkat martabat maruahnya… Menjulang kembali kekuatannya… Menggegar kembali jeritan dan laungan… Kejayaan serta kemegahan diri… Sebagai tanda bahawa… Setiap yang jatuh dan rebah itu… Bukannya tersengkur mati…
Malah…. Kehidupan berselimut kelesuan… Akan menjadi jaringan perkasa… Dan menyerkup kembali dunia baru… Dan pada masa itu… Kita adalah merupakan seorang insan… Yang paling bertuah di bumi… Tempat kaki berpijak dan berjunjung… Kita harus dan mengambil iktibar… Bahawa kekecewaan dan kegagalan… Bila dipintal mulia akan menjadi ratu… Simbol kejayaan diri sendiri…
Buat teman yang sudi mendengar… Buat teman yang sudi menemani saat jatuh bangun diri ini Terima kasih yang tak terhingga… Tak ada yang lebih bernilai untuk di balas Melainkan nilai persahabatan ini…
NOTA KAKI
*Dulu time belajar, kawan-kawan ramai. Bila dah habis belajar, masing-masing membawa haluan sendiri, al-maklumlah, nak bina kerjaya katanya. Terima kasih kepada yang masih sudi berkawan dengan diri ini :)
Dari dulu, sekarang dan selama-lamanya..
Satu untuk semua dan semua untuk satu..
Love you, love you all :)
Posted by Hafiz Ajmain at 9:34 PM
Labels: Luahan Rasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment