Salam semua. Hmm, nak tanye la, korang sebenarnye ade berapa ramai kawan? Kawan dari Tadika, Sek Rendah, Sek Menengah, di Universiti, di tempat kerja dan sebagai nya?? Pernah tak korang kira jumlah kawan-kawan korang nih?
Aku fikir balik, buat apa lah aku bersama dengan selautan manusia yang aku hanya kenal nama tetapi aku tidak mengetahui tentang diri orang itu dan aku tidak selesa bersama dengan mereka. Benarkan? Kita atau aku sendiri selalu cuba hendak berkawan dengan semua orang tapi kita sendiri seharusnya tahu tahap keselesaan kita apabila berkawan dengan mereka. Aku rasa tak perlu kut untuk berlakon selesa dengan kawan-kawan yang kau tak selesa itu. Itu hipokrit namanya. Cakap orang la kau Aiman, kau pun sama. Ya ya, aku pun.
Walau kita ada berapa ramai kawan pun, akhir sekali bila kita ada menangis/ aktiviti hati ke hati/ masalah keluarga pun, kita akan mencari kawan yang paling kita selesa dan kawan paling kita boleh percaya. Dan yang pastinya, yang mampu buat kita tenang.
Cuba kita jumpa dengan kawan yang kita tidak berapa rapat dan menceritakan masalah kita kepada dia, lepastu pasti kita rasa macam "Eh, boleh simpan rahsia ke dia ni..".
Bila di mana kita mahu saja tunjuk perangai ketika di rumah pastinya kita selesa dengan teman rapat daripada orang yang kita buat kunun rapat walhal, faham-faham je la. Aku mula menyedari tentang hal ini sebenarnya.
Kawan yang hebat adalah kawan yang mampu menenangkan, bukan? *HEHE*
5 comments:
tapi nak cari kawan yang leh pegang rahsia memg sukar dicari kn...bila dah jumpa dia..kita pula abaikan dia..:(
Jaga dia sebaik mungkin :)
Xknl bkn bermaksud xblh berkenalan kn? :p
(luv to be fren with u..)
Hehe, u'r rite yus :)
hehe..TQ
Post a Comment