Aku tak pandai mengarang.. tapi aku menulis note ini sekadar untuk berkongsi sebuah pengalaman dan memori sebagai iktibar kepada semua yg membacanya.. Cuaca pada pagi ini sangat cerah.. tiba-tiba pagi ini juga terdengar pengumuman yang di buat olah surau berdekatan mengenai ade seorang jiran ku pergi menyahut panggilan ilahi. Ayah, ibu, dan aku bersiap-siap untuk kerumah keluarga si mati..
Sunday, October 31, 2010
Kematian
Seperti biase suasana murung menyelubungi keadaan rumah tersebut.. suara tangisan dan bacaan yasin kedengaran di setiap sudut dan ceruk rumah itu. Si mati meninggalkan seorg suami dan 4 org anaknya.. Tetapi yang sangat menyedihkan ku ialah keadaan seorang anak kecilnya yg tidak tahu menahu tentang kematian.. pabila salah seorg jiran ku memberi tahu tentang kematian ibu nya..
jiran - "adik.. ibu dah pergi.. ibu dah tak da.."
si anak - "ibu g mane? bila dia balik?"
Terkedu jiran ku seribu bahasa kerana tidak dapat menahan sebak.. berderai darah dan air matanya.. Ketika si ibu sedang dimandikan.. si anak sekali lg bertanya.. kepada jiran ku..
si anak - "makcik.. suh la ibu bukak mata.. suh la ibu duduk.. adik nak baca doa ni..aritu ibu suruh baca..tp adik tak tau.. sekarang adik dah tau doa makan~
jiran ku terdiam lalu memeluk si anak.. si anak meronta minta di lepaskan.. lalu pergi kepada ibunya yg pucat dan kaku.. lalu membaca doa makan.. seluruh rumah yang menyaksikan kejadian itu tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata.
ketika si ibu di-kafan kan si anak mula menangis sambil berkata "kenapa ibu kene balut, nanti dia tak boleh bernafas!! ayah beli bnyk baju untuk ibu.. nanti adik ambik kan.." si anak berlari ke bilik ibunya dan datang kembali bersama2 sehelai baju ibunya..
selepas selesai di solat kan si ibu di bawa ke kuburan..untuk dikebumikan.. sekali lg si anak menangis..dan meronta2~"ibu bangun lah.. adik janji tak nakal dah..nnt adik hafal doa makan.." si ayah tidak dapat menahan sebak.. lalu berderai laju air matanya ~ memeluk anak2nya..
Pada malam ini..di khabarkan si anak sedang demam dan sentiasa meminta ibunya dikembalikan..dan berjanji tidak nakal..
Selalunya aku mendengar cerita sahaja..hari ini dengan mata dan telinga sendiri aku dapat mendengar dan menyaksikan sendiri keadaan seperti ini..semoga si ibu di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah dan roh nya di cucuri rahmat..
kepada si-anak semoga membesar dan menjadi anak yang soleh dan berguna untuk agama.. insyaAllah..
NOTA KAKI
*Ketahuilah, kematian tu pasti akan berlaku bila-bila masa, tak kira waktu..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
minta izin copy... tq..
sesuatu yang berlaku itu....
kita tidak ketahui bila... masa dan ketikanya akan berlaku... apa yang pnting.. kita perlu siap bersedia... Sedihnya cerita ko...
Walaupun ayat mcm karangan sek...
Tpi tersentuh la plak...
Ayu : Sila2 ;)
Redz : Tika hidup ni la kite kene banyak beramal :)
Post a Comment