“Talhah,bukan ke abang kau dah bertunang? Kenapa aku tengok kat FB status dia masih ‘Single’..?” Tanya Amir. "Laa..kau ni Mir..bukan ke aku dah cakap kat kau, dalam Islam, pertunangan tu perlu dirahsiakan..Jadi, kalau ikutkan betul-betul, status kita tak kira la kat friendster ke, FB ke hanya 'Single' atau 'Married'.." Terang Talhah. Jika dilihatkan fenonema remaja pada masa kini, sudah menjadi kebiasaan mereka 'MEMPROMOSIKAN' status mereka di laman-laman sosial seperti di FB atau FS..Status-status seperti 'IN A RELATIONSHIP WITH' , 'ITS COMPLICATED' atau 'ENGAGED' menjadi trend untuk menghebahkan kepada umum akan 'milik hati' mereka .. Status-status ini sebenarnya sangat bertentangan dengan syariat Islam..Cuba kita bayangkan, sedangkan sebuah petunangan yang disunnahkan oleh Rasulullah S.A.W pun perlu dirahsiakan, apatah lagi hubungan-hubungan 'tidak rasmi' yang lain.. Malah menambahkan lagi 'genting' keadaan para remaja Islam pada masa kini, mereka tidak segan silu memaparkan gambar-gambar bersama 'kekasih tercinta'..Ada yang berdiri bersebelahan, berpegangan tangan dan 'ber' yang lain-lain.. Jika dilihat, gambar-gambar ini akan menjadi perhatian umum. Hal ini disebabkan saya melihat, gambar mereka yang hangat 'bercouple' sangat mendapat sambutan rakan-rakan yang lain dengan pelbagai komen.. Mereka yang 'kurang' faham akan tuntutan ini mungkin merasakan Islam terlalu 'skema' atau 'mengongkong' dalam hal-hal berkaitan hati dan perasaan MUDA..Tetapi hakikatnya, Islam ingin menjaga batas pergaulan para penganutnya agar tidak wujud benih-benih 'kemungkaran dan maksiat' dalam diri manusia memenuhi fitrah 'ingin memiliki dan dimiliki'.. Masih segar dalam ingatan saya, kisah mengenai seorang rakan kepada sahabat saya..Menurutnya, rakannya itu memiliki boyfriend, statusnya di FB menjadi bukti 'in a relationship with ...' , malah turut dihiasi dengan gambar sebagai bukti 'detik-detik indah' mereka sebagai pasangan 'kekasih'.. Saya ingin menukar pepatah 'malang tidak berbau' kepada 'ajal tidak berbau'..Boyfriend rakannya itu terbabit dalam kemalangan jalan raya dan akhirnya kembali menemui Allah.. 'Siapa yang makan kopi, akan terasa pahitnya'..Jadi,tunggu apa lagi..Banyak perkara 'benar' yang kita tahu, tapi sering kita abaikan dan sengaja 'buat-buat tak pernah tahu'.. Apa yang penting disini, bukanlah sekadar status atau gambar semata-mata..Sebaliknya lebih kepada tingkah laku para belangkas yang 'belum halal' di pentas dunia..Ingatlah..Bila-bila masa sahaja ajal akan memanggil kita.....'Berkorbanlah' sebentar untuk dunia ini untuk mencapai kebahagiaan hakiki di SANA.... NOTA KAKI : Allah Maha Mengetahui
Wednesday, December 15, 2010
i'am SINGLE or MARRIED ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
nice!..hafiz, mintak izin copy eh.
Post a Comment