BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Tuesday, December 7, 2010

Selamat Tahun Baru Hijrah

Salam Hijrah 1432 H.
Salam Hijrah, mencari cinta, menautkan fitrah.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kunianya kita masih lagi bernafas di muka bumi ini. Tahu berganti tahun, Tahun baru Hijrah sudah pun menyusul. Azam tahun lepas masih ada yang belum terlaksana, insyaALLAH, azam baru tahun ni renew yang lama jela,hehe. Cuma, tanggung jawab sudah semakin besar.

Another 3 weeks to go.. Dup dap.. Dup dap.. Makin mencabar hidup nih. Tanpa cabaran, kita semua takkan merasa nikmat kehidupan ni,btol tak? hehe. So, sedikit sebanyak dengan cabaran tu, dapat mematang kan kita semua.

Sudah 1422 tahun al-Quran dan Islam disempurnakan penurunan dan pensyariatannya. Dan sudah selama tempoh itu jugalah kita tidak lagi ditemani susuk tubuh Rasulullah SAW.

Semakin kita jauh dari zaman Nubuwwah, makin kita tidak endah pada sunnatullah dan sunnah Rasulullah.

Makin kita berpaling, makin galak pula kita minta Allah rahmati. Allah itu Tuhan kitakah? Atau kita tuan?

Kita mahu semua yang baik-baik dari Allah. Tamak sungguh mahukan nikmat dan rahmat. Tapi diri sendiri berbuat maksiat. Enggan bertaubat, kerana menunggu senja lusa, baru mahu pulang ke muara. Sedangkan entah subuh esok sudah kaku di katil kematian.

Yakinkah esok mata ini akan berkedip lagi? Yakinkah esok tubuh ini masih ada daya lagi? Yakinkah esok akal ini masih waras seperti ketika ini? Yakinkah esok masih ada, belum kiamat?

Satupun tak ada yang pasti. Satupun tak ada yang boleh disandarkan sebagai keyakinan.

Yang pasti, Allah menanti kita kembali kepada-Nya. Murka-Nya tak sebanyak rahmat-Nya. Tapi usahlah kerana rahmat-Nya lebih luas dari laknat, kita suka-suka mencampakkan diri dalam danau kebinasaan.

Tahankah kita disalai di julang neraka, sedangkan ditampar bahang matahari terik sahaja pun kita sudah merungut, menyumpah sana-sini?

"Ya Tuhan kami yang Maha Esa,
Kau hadiahkan kami lagi 1 Muharram buat kali ke-1432, dalam nikmat Iman dan
Islam. Kami mohon ya Allah, bantulah kami menyempurnakan Islam kami dengan Iman yang benar-benar sahih.

Semoga kami tak jatuh menduakan Engkau, dek kerana dilamun nikmat yang
membutakan mata dan memekakkan telinga".


Sungguh Dia masih sayangkan kita, kalau esok masih ada. Bersaksilah bahawa esok kalau masih ada, adalah untuk kita bersedia kembali kepada-Nya.




NOTA KAKI
Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua masyarakat ISLAM

2 comments:

sekamar rindu said...

salam...

selamat menyambut Maal Hijrah...moga dirahmati Allah hendaknya...amin

follow ur blog....

ZieSakura said...

selamat pengantin baru hafiz dan hafizah..semoga berbahagia ke akhir hayat..

Related Posts with Thumbnails