BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, March 31, 2011

Janganlah Menangis

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukankah Tuhan yang telah menentukannya.

Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.

Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .

Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.

Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Maka dari itu simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt.

Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur
dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda “Ada dua biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan dua biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam.”

“Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat”? Seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya.”

“Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, Maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering.”

Air mata tanda rahmat Tuhan. Rasulullah saw bersabda: Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah tiga perkara:

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Kerana hal-hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)


Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara:

“Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.”

NOTA KAKI
Usahlah menangis kerana air mata mu begitu berharga. Menangislah dengan mengingati ALLAH :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails