BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Friday, March 18, 2011

Untuk mu HAWA


Hawa..

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa..

Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa, janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa..

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..

Oleh itu hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta dariapada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah cinta ibu bapamu yang memberi hangat kebahagian buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakanmu.. Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah. Cintailah ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga..

JANGANLAH SESEKALI TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA JUGA YANG MENGGONCANG IMAN LELAKI..

NOTA KAKI.

Adam dan Hawa dicipta kan untuk satu sama lain :)

2 comments:

El-Muza said...
This comment has been removed by the author.
El-Muza said...

Thanks for the very nice sharing.. =)

Cinta itu terkadang tak harus memiliki..
Tapi biarlah cinta selepas ALLAH, RASUL, IBU, AYAH dan KELUARGA itu diberikan hanya pada jodoh kita. :)

Related Posts with Thumbnails