Anak-anak adalah harta berharga bagi mak ayah. Boleh jadi
anak-anak menjadi tiket untuk ke syurga bagi kedua ibu bapa, boleh jadi menjadi
tiket untuk melangkah ke pintu neraka. MashaALLAh. Betapa penting dan
berharganya anak-anak, bukan?
Bagaimanakah diri anda sebagai seorang anak? The choice is
in your hand.
Sebagai anak, bila melihat wajah kedua ibu bapa, apa yang
anda rasakan? Cuba pandang mereka dengan hati dan kedudukan sebagai seorang
anak, anda akan dapat rasa sesuatu dalam hati tu. InsyaALLAH.
Pernah cuba tatap wajah mereka tak?
Nak Anak Yang Soleh/ah, Didik Diri Dahulu
Saya, belum kahwin. Dan ada diantara anda juga belum kahwin,
kan? Tapi satu yang saya sangat pasti adalah, anda menginginkan anak yang baik,
soleh dan solehah, yang dapat memberi kebaikan kepada anda juga. Yang
menyejukkan mata apabila dipandang, terasa tenang apabila mendengar suaranya,
dan terasa damai apabila melihat anak anda (baca: masa depan) membuat kebaikan
dijalan ALLAH.
Semestinya anak yang soleh/ah itu sentiasa mengingati kedua
ibu bapanya didalam doanya. Tiada hari yang dilalui tanpa menyelitkan secebis
doa kepada kedua orang tuanya dengan harapan, ALLAH memberikan belas kasih dan
rahmat untuk menempatkan keduanya didalam syurga.
Subhanallah! Terasa berkaca-kaca mata ini menaip bait kata
di atas.
Pasti bahagia memiliki anak yang sedemikian.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, saya dan anda tidak akan
memperolehi anak yang baik atau lebih baik dari diri kita sendiri andainya
tidak memulakan dengan diri sendiri terlebih dahulu.
Dapat tak?
Baik. Begini, untuk memiliki anak yang soleh/ah, semestinya
anda yang terlebih dahulu patut mendidik diri sendiri agar menjadi seorang anak
yang soleh/ah. Barulah nanti keturunan anda menjadi seperti apa anda pada hari
ini. Adalah tidak adil sekiranya seseorang manusia itu hanya memasang
angan-angan ada anak yang menyejukkan mata dan hati sekiranya dirinya sendiri
tidak diperbaiki terlebih dahulu.
Kalau nak ada anak soleh dan solehah yang tetap mendirikan
solat, kena mula dari diri sendiri. Anak kita adalah kita yang sekarang; boleh
jadi lebih baik dari kita. Maka, selepas solat jangan lupa berdoa untuk
anak-anak walaupun kamu belum ada anak. Didik anak-anak hatta mereka belum
berada dalam rahim kamu. Ingat, anak yang soleh/solehah adalah harta berharga.
Didik Anak Sebelum Mengandungkannya
Saya masih ingat kata-kata seorang Guru saya. Walaupun waktu
tu saya tak ambil pusing sangat. Tapi saya tetap berpegang pada kata-kata itu.
Didik anak sebelum berada dalam rahim anda (wanita/isteri).
Macam mustahil nak didik anak sebelum mengandung, kan.
Senyum.
Macam mana tu?
Bermula dari sekarang, hatta anda belum berkahwin sekalipun.
Didiklah anak-anak anda dengan sebaiknya. Macam mana? Jaga kelakuan anda
sebagai seorang anak, jaga kebaikan hubungan dengan kedua orang tua, dan
terutamanya dengan ALLAH.
Didik bakal anak-anak anda dengan doa yang baik selepas
solat.
Kiranya, nak anak yang baik, kenalah diri sendiri menjadi
baik terlebih dahulu.
Anak Anda Adalah Anda Pada Hari Ini
Bonda dan Ibu selalu cakap, nenek juga selalu nasihatkan.
Kelakuan kita sekarang terhadap kedua ibu bapa, maka itulah kelakuan anak-anak
pada masa terhadap kita, kedua orang tuanya.
Saya percaya akan itu. Sudah berapa kali pernah menyaksikan
kejadian seperti ini.
Hukum alam, sunnatullah.
Bila memikirkan tanggungjawab ibu bapa dan cuba menyelaminya,
berat juga tanggungjawab itu sebenarnya. Sebab, ibu bapa adalah pencorak kepada
anak tersebut. Jika terukir buruk coraknya, maka buruklah si anak. Jika terukir
cantik coraknya, maka cantiklah akhlak si anak.
Sehingga entri ini ditulis, doa saya, moga-moga saya boleh
lebih berusaha menjadi anak yang tidak menyusahkan kedua orang tuanya. Yang
sentiasa ingat mereka dalam doa saya. Yang saya kasihi mereka dengan hati kecil
saya ini dengan kasih yang luar biasa.
saya nak sayang Abah dan Bonda melebihi dari adik beradik
saya yang lain. Heh.
Oh, entri ini. Saja dicoret mengingatkan diri sendiri.
Sepertimana saya rasa bahagia bila membayangkan ada anak
soleh/ah, maka saya kena jadi seperti yang saya bayangkan terhadap kedua orang
tua saya. Kena didik diri sendiri, barulah anak dimasa depan akan terdidik. InsyaALLAH!
Seperkara lagi, saya sangat cemburu pada anak-anak yang
soleh dan solehah. Betul. Saya sangat cemburu pada mereka sebenarnya.
NOTA KAKI
Jom menjadi anak penyejuk hati dan penawar dimata. Ececeh.
Hi hi.
1 comments:
Insya allah..
Post a Comment