BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Sunday, November 22, 2009

Ahad, 22 November 2009

Hari ini, 22 November 2009, seperti hari-hari sebelum ini, hujan masih lagi turun renyai-renyai dan kadang-kala nya lebat. Plan hari ni pertama sekali menemani nenek ke Bandar. Jam menunjukkan baru pukul 8 pagi, tapi nenek dah bersiap sedia nak ke Bandar. Adeh, malas nye nak mandi pagi-pagi ni, dah la hujan, sejuk pulak air telaga tu. Akhir nya bertekad untuk tidak mandi pagi ni, Cuma basuh muka, gosok gigi dan basah kan rambut,hehe. Sarapan telah pun disediakan sebaik sahaja siap memakai pakaian. Nenek menyediakan Lempeng cicah dengan madu dan gula. Peh, macam kat barat plak kan. Selepas sarapan, saya terus memanaskan enjin kereta. Hujan masih lagi turun dengan renyai-renyai. Sebaik sahaja nenek masuk ke dalam kereta, saya terus memandu dan menghala ke Bandar Pasir Puteh. Baru je keluar simpang, keadaan jalan menghala ke Bandar sesak. Nak kata time kerja, jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Rupa-rupanya banjir kira-kira 500 meter dari rumah nenek. Air dari sawah menghalang laluan jalan menghala ke Bandar. Kebetulan, jalan ni merupakan jalan utama ke Bandar, so banyak la kenderaan kecil yang tersangkut dan terpaksa memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Cuma kenderaan-kenderaan besar seperti bas dan lori sahaja dapat lalu. Saya? Kereta kancil mane la lepas saying oi, so terpakse la berpatah balik menghala ke rumah semula. Kami pulang dengan perasaan hampa. Lantas buka Astro, Channel 701, my favorite channel, tengok rancangan Magic ape benda ntah. Nenek pula pergi ke sawah.


Jam 2 petang, seperti yang rancangkan, saya keluar rumah menuju ke Ketereh, dimana terletaknya rumah Ise. Kami kemudian nya melepakkan diri di Billion, KB Mall dan KBTC ( Kota Bahru Trade Centre ).


*juadah petang kitorang

Memang penat giler-giler la. Dah la jem time balik tu. Nasib baik la keadaan jalan pada pukul 7 malam sudah mula clear. Keadaan Bandar Kota Bahru masih lagi hujan renyai-renyai dan masih belum menandakan keadaan reda. Sebelum pulang ke rumah, saya singgah di salon di Bandar Pasir Puteh, memandangkan hari praktikal sudah hampir, keadaan rambut perlu dipendekkan,hehe. Dengan bayaran RM15 memang berpatutan, harapnya gaya yang tak berape stylo ni kekal di hari praktikal nanti (^_^)
Wallahu’alam..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails