BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, November 23, 2009

Isnin, 23 November 2009

Isnin, 23 November 2009, seperti biasa, bangun diawal jam 6 pagi. Sesudah subuh, terus terbongkang, merehatkan diri. Cuaca diluar masih hujan renyai-renyai. Memang enak tidur time sejuk macamni. Hehe. Sedar tak sedar, waktu terus berlalu dan jam menunjukkan jam 11 pagi. Astagfirullah, sepatutnya plan pagi ni pergi ke Bandar Pasir Puteh, teman kan nenek ke pasar. Lantas bergegas ke menyiapkan diri .

Selepas sarapan, saya menemani nenek ke Bandar, membeli barangan yang dikirimkan oleh mak. Aduh, shopping sakan betul ari nih, beli beras, buah buahan dan sedikit buah tangan untuk adik-adik. Sempat juga menyapa pakcik yang menjual beras di Pasar Pasir Puteh, kebetulan kenalan nenek, Pak Ya. Pak Ya bergurau senda dan suka membuat lawak. Sempat lagi kenalkan anak dia yang kebetulan belajar di UiTM Machang, cantik beb,hehe. Opss, melalut plak, haha. Nasib baik cuaca ari ni cerah dan hujan mulai reda.

Jam 3 petang, Ise datang ke rumah, planning ari ni kami ingin ke Tanah Merah, pergi derak (berjalan-jalan). Di tanah merah, kami menjemput Boy, dan singgah makan Colek Perut, Sedap tu,hehe. Kalau sesiapa yang ke Tanah Merah ni pasti tak lepas untuk makan Mee Calong, emm,sedap sangat-sangat. First time makan,hehe.



* colek perut (^_^)

Kemudian kami hilang arah tuju, tak tahu nak ke mana, kebetulan,rumah Ika (daus) juga berada di Tanah Merah. Ape lagi, serbu la rumah die,hehe. Sempat bekenalan dengan anak-anak buah, 5 orang semua nya dan masih kecil-kecil lagi.

Selepas selesai bertandang,jam pun sudah menunjukkan jam 7 malam, kami meminta diri dan menghala ke Pasar Raya Pantai Timur. Kat sana, bertemu selipar kaler oren, comel, dan terus membeli nya.

Pulang ke rumah, makcik-makcik dari kL pun sampai, adoyai, rumah dah penuh dengan saudara mara yang kecil-kecil. MEriah memang meriah, tapi, suasana bising dan sungguh membingitkan.

Cuma yang menggembirakan hari ini ialah mendapat panggilan dari yang tersayang, jarang sekali beliau call, tu pun kalau emergency. Beliau merisaukan keadaan saya dan bagaimana nak pulang lusa (ari rabu nih). Keadaan banjir di Terengganu dan Kelantan masih membimbangkan dan banyak jalan-jalan utama ditutup. Cume pesanan beliau, berhati-hati semasa memandu, dan ingatlah yang tersayang (^_^). Walaupun pangilan yang selama 2minit itu begitu singkat, tapi amat bermakna bagi saya. Doakan agar perjalanan pulang nanti selamat dan diharapkan agar selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Semoga cuaca pada hari esok dan lusa baik dan cerah.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails