Pertama sekali, sewaktu mula melangkah masuk di UiTM, Dungun nih, cabaran yang pertama ialah mencari rumah sewa. Kalau dulu, sewaktu DIPLOMA di Kolej Islam Johor (kiJ), semuanya telah disediakan. Memang tidak terfikir langsung time tu nak kene cari rumah sewa sendiri. Hmm, bermula lah kisah persahabatan antara KAMI, kenangan LOT 1737, dimana pertemuan pertama KAMI, iaitu Hafiz (me), Mohd Faizal (Pejal), Hairy Afendi (Hery), Mohd Firdaus (Daus), Mohd Rodzi (Jojek), Mohd Azni (Jhonny). Pertemuan yang penuh dramatic sebenarnya. Masing-masing kekok nak memulakan perbualan dimana nk mengguna kan panggilan awak, saya. Memang time tu try nk pretend guna panggilan saya awak, last-last, aku kau jugak,haha.
Owh, sebelum terlupa, our x-housemate, iaitu Mohd Firdaus (Faby), die ni agak lembut skit. Cume menjadi penghuni rumah tu dalam seminggu je, then kluar. Dengar citer dapat asrama la.
Disini inginku describe sorang demi sorang. Pertama sekali my best housemate, Pejal. Die ni seorang yang baik hati, hampir semua benda dalam rumah tu diSPONSOR oleh die. Kalau time die tengah berDUiT, dia akan bagi SUBSIDI untuk kami semua. Memang beliau time tu banyak bercakap, berkongsi masalah dengan saya. Memang kitorang rapat pun. Tapi, die ni pelik skit. Paling awal tido, dan kalau sesiapa yang bising, bermula lah suara AMARAN beliau,hehe. Time ni jugak lah die mula berkenalan dengan buah hati nya, Rosmawati (Mawar @ Kak Ti). Time tu beliau (Pejal) mula naik berat badan, maklumlah, dijaga sepenuhnya oleh Mawar,hehe. Even nowadays, hubungan mereka masih kekal sebagai pasangan kekasih dan harapnya berKEKALAN ea. Cume satu je yang pelik pasal Pejal ni, die cume boleh bawak kereta automatic,hehe. Manual fail,tak leh bawak,hoho. Kalau pegi dating, Mawar akan datang jemput Pejal dengan motor. Sungguh ROMANTIS pasangan ini,hehe.
Next housemate, Hery. Orang nye kurus, tinggi. Terkenal dengan slogan Owh..yeeaahhhh. Seorang yang agak kuat makan,hehe. Nasi ayam kedai buyOng Berjaya dihabiskan dalam masa 4 minit sahaja. Believe it!. Nak citerkan macamana erk, Hery ni ada sebuah kereta, JDP (iswara warne hitam), kenderaan yang digunakan oleh budak-budak OM (operation Management) untuk pergi ke kelas. Time dekat pak Guard, sure kereta JDP tu akan di SOUND oleh Pak Guard kerana tak lepas bonggol,hehe. Seorang yang cOOL, dan sentiasa cOOL dalam apa jua keadaan. Kekasih beliau berasal Sabah, hubungan diorang ni boleh tahan lama jugak, dari part 4, DIPLOMA. Hampir menjangkau 3 tahun kan Hery. Semoga korang bahagia.
Next is Daus. Seorang yang macho bagi kami serumah. Character beliau time kat rumah ni adalah sebagai Mak kami, menyediakan makanan kepada anak-anak,hehe. Sukar nak describe kerana Daus ni seorang yang jarang bercakap, tapi, kalau dah berCAKAP, wah, habis la kami semua. Sorang buang sampah, sorang cuci pinggan, sorang masak nasi dan bla bla… Memang kelakar jugak die ni apabila sering digosipkan dengan seorang pelajar ISBAC (Islamic Banking), iaitu ima (bukan nama sebenar). Sebut je nama ima, sure merah muke Daus,hehe. Jiwa Daus ni agak ROCK skit, and High taste. Sehingga sekarang masih single. Kalau nak try tackle, hubungi di talian (012-3456789 tekan-tekan tak dapat)
Seterusnya Jojek. Kami gelarkan die Jek jek, tiap kali digelar seperti tu, pastu Jojek akan marah. Berasal dari Gua Musang,nun jauh di Kelantan. Ise sering bagitau Lost Angelest tu la rumah Jojek,hehe. Seorang yang kaki game, Game faveret die Online Game. Ntah ape-ape je game die tu. Beliau pengguna setia CELCOM bRodband. Time kat rumah ni dulu, kemudahan internet hanya bergantung pada Jojek. Seorang kaki ngepau, tapi beliau akan tetap bayar hutang-hutang beliau. Character die seorang yang kurus, suke baring terlentang menghadap computer die. Time kat rumah LOT 1737 ni, port lepak beliau di depan pintu. Punca-punca umah bersepah adalah Jojek lah punca nye,hehe. Jojek ni pakar dalam bidang computer, so kalau kami ada masalah, beliaulah rujukan kami. Tentang aweks beliau? Erm,not sure sangat, tapi setahu nya buah hati nya ada di Shah Alam dan telah bekerja. Tut, that all pasal beliau,hihi.
Next is Jonny. Susah sangat nak tulis name gelarag nya becoz kalau ditulis,hampir dengan panggilan seekor binatang. Better saya gune gelaran Azni. Azni ni seorang yang pendiam, Smart, dan juga pandai memasak. Tapi,perangai die ni pelik skit. Suka menyendiri dan kluar tanpa inform kami semua. Tahu-tahu je die balik Kelantan. Azni ni sebilik dengan Jojek, tapi suke duduk dalam bilik sambil main game sorang-sorang. Sudah berpunya dan buah hatinya bernama ija (bukan nama sebenar). Hubungan diorang ni paling lama, kalau tak silap dari sekolah menengah, form tu rasenye. Kisah cinte diorang ni penuh ranjau dan cabaran. Hanya KAMI yang tahu,hehe.
Ini lah kami, penghuni setia Lot 1737. Untuk pengetahuan semua, rumah ni disewa dengan harga RM110 seorang tidak termasuk duit api dengan air. Mula-mula sekali, tuan rumah nak sewakan dengan harga net RM800, tapi, mane la kitorang mampu, maklumlah, KAMI masih lagi belajar. Duit pun hutang dengan PTPTPU. Rumah ini di diami selama 1 semester sahaja dari 7 Julai 2008-11 November 2009. Banyak la kenangan kat rumah tu yang sukar dilupakan. Antara nya baby ku (JJQ 3243) dicalarkan oleh dek-dek ayam liar,huhu, bau busuk daria takungan najis bile time hujan. Ada macam2 lagi la. Memang tinggal kenangan.
Tanggal 11 November, kami berhijrah ke rumah baru di Taman Sura indah, No 5. Rumah ni dulu dihuni oleh pelajar permpuan, memang rumah ni complete la dengan tilam,katil, peti ais. Cume yang tak de TV dengan mesin basuh je. My fellow housemate yang lame turut berhijrah ke sini. Kami turut mendapat housemate baru, iaitu Suhairi (Boy) dan Mohd Aisamuddin (ise). Nak diceritakan serba sedikit tentang mereka berdua nih. Boy, dahulunya belajar di UiTM Machang, Kelantang, seorang yang periang dan suke tersenyum. Dia ni menjadi my second roommate selapas Pejal. Berbadan comel dan suke tersenyum. Aktiviti hariannya menghadap laptop dan bermain game need for speed. Die ni jarang balik ke kampong, malas katanye. Yang kelakar nye tentang Boy ni adalah die selalu berkelahi dengan Ise, bab makan, bab sape lagi berat dan blab la bla. Tapi yang penting Boy sudah kurus ;). Tentang buah hati nya,erk, Susah sebenarnye, tapi, minat pada seorang yang bernama A (bukan name sebenar) hehe.
Ise plak, dahulunya belajar di UiTM Segamat. Berasal dari Kelantan. Mempunyai “FERARI MERAH” yang menjadi idaman die,hehe. Seorang yang segak dan seksi. Seksi tang mane tu hanya KAMI yang tahu,hehe. Suke membaca majalah MASKULIN kerana beliau bercita-cita menjadi maskulin. Seorang yang segak dan suke berpakaian kemas dan berTOPI untuk menutup kepala beliau. Seorang perokok, tapi bukan perokok tegar. Cume yang kelakar nye ialah, pernah sekali tu, die sakit, dan dekat 2 minggu tak datang kelas. Macam2 penyakit kitorang kenekan die, Alhamdulillah, dah sihat. Mase time sakit tu, tidak merokok langsung dan dekat sebulan jugak la die tak merokok selepas penyakit die tu. Tapi disebabkan teringat X beliau, Liz (bukan nama sebenar), beliau kembali dengan smoking habits tu. Masih single lagi walaupun sering dikaitkan dengan skandal-skandal seperti Ai (bukan name sebenar) hehe. Seorang yang pemurah dan rajin. Ise juga seorang yang pamdai memasak dan menjadi second Chef selepas Daus.
Rumah No 5 Taman Sura Indah ini dihuni oleh kami berLAPAN. Macam-macam benda berlaku dalam rumah ini. Namun begitu, hubungan KAMI tetap seperti bersaudara. KAMI membeli TV dan mesin basuh bersama-sama. Begitu juga dengan Streamyx. Tapi, bila adanya Streamyx ni, hubungan KAMI tidak seperti dulu. Kalau dulunya KAMI ada masa melepak kan diri di tepi pantai bersama-sama, keluar minum bersama-sama, namun dengan adanya Streamyx ini, hubungan KAMI agak rengang sedikit. KAMI banyak menghabiskan masa menghadap laptop, berchating la, mendownload la, dan bermacam-macam lagi. Akibatnya bill api mencecah 3 kali ganda dari bill terdahulu dan pernah sekali mencecah RM200 ++ sebulan. Memang teruk kan? Namun, itu tetap KAMI, bukan sesiapa pun. Di Taman Sura Indah ini juga lah KAMI berjiran dengan Ain The Geng and Anis The Geng. Miss that time kite 3 rumah kluar makan bersama-sama. Hopefully one day kite dapat berkumpul kembali dan buat reUNION sambil berceloteh dan duduk satu meja bersama-sama.
Tanggal 14 November 2009, seorang demi seorang melangkah kluar meninggalkan Rumah No 5 Taman Sura Indah. Bermula nya dengan Azni, diikuti dengan Pejal, Hery and DAus. Sekarang ini tinggal saya, Ise, Jojek dan Boy sahaja di rumah. Masing-masing akan pergi dan pulang ke destinasi masing selepas ini. Cume apa yang saya harapkan ialah, biarlah hubungan persaudaraan yang wujud selama hampir 2 tahun ini berterusan sehingga ke akhir hayat. InsyaALLAH…
0 comments:
Post a Comment