Sunday, October 31, 2010
Belajar Dari Kekecewaan,,
Posted by Hafiz Ajmain at 9:34 PM 0 comments
Labels: Luahan Rasa
Di alam Per"CINTA"an
Apa yang penting ialah setiap remaja perlu tahu mengapa mereka bercinta. Adakah kerana kesepian, cuba meningkatkan keyakinan diri atau anda sememangnya gatal mahu bercinta?
Posted by Hafiz Ajmain at 6:56 AM 0 comments
Labels: Cinta
Kematian
Aku tak pandai mengarang.. tapi aku menulis note ini sekadar untuk berkongsi sebuah pengalaman dan memori sebagai iktibar kepada semua yg membacanya.. Cuaca pada pagi ini sangat cerah.. tiba-tiba pagi ini juga terdengar pengumuman yang di buat olah surau berdekatan mengenai ade seorang jiran ku pergi menyahut panggilan ilahi. Ayah, ibu, dan aku bersiap-siap untuk kerumah keluarga si mati..
Posted by Hafiz Ajmain at 6:28 AM 3 comments
Labels: Tazkirah
Cantik nya LELAKI.. Indah nya WANITA
Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki? Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan. 2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran. 3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun. 4) Lelaki yang tenang dan lapang dada. 5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka. 6) Lelaki yang tak pernah putus asa. Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki… Dan dimana Kegagahan Wanita??? Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah: 1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan. 2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan. 3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan. 4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71 “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” NOTA KAKI *Manusia diciptakan oleh ALLAH berpasang- pasangan :)
Posted by Hafiz Ajmain at 6:00 AM 0 comments
Labels: Tazkirah
Saturday, October 30, 2010
Indahnya Persahabatan
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita… Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya…? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa… tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernah kah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah…? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita.. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat Kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat.. Sebagai kekuatan… Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan… Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan… Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan… Kita tidak tahu… Tetapi. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.. NOTA KAKI *Hargailah sebuah persahabatan kerana disebaliknya tersimpul segala-galanya..
Posted by Hafiz Ajmain at 2:13 PM 0 comments
Tenanglah..
Ia bukan sekadar sebuah tangisan air mata.. tapi ia adalah sebuah doa dan harapan yang tidak putus pada ALLAH..
Ku mendamba jambangan bunga indah namun Allah menghantar kaktus berduri...
Kemudian ku kata ku suka lihat rama-rama di taman,
namun yang menghuni taman rumahku hanyalah ulat-ulat beluncas,
jadi ku nantikan saja saatnya tiba..
kaktus ku bakal ditumbuhi bunga..
Dan ulat beluncasku bertukar menjadi rama-rama..
moga hati terus sabar menunggu dan berharap
insyaallah..
suatu masa nanti..
beluncas akan menjadi rama-rama jua
walaupun ia telah tinggal lama di dalam kepompong yg sempit itu
si rama-rama bakal terbang bebas.. bebas..
dan siap sedia menghadapi cabaran baru dalam kehidupan baru nya
.....
sabar ye..
Bersabarlah, agar kesabaran ini akan menambahkan kesabaran demi kesabaran.
Usah biarkan diri yang lemah terus menerus berada di lembah kelemahan. Jangan biarkan hari- hari yang berlalu ini berlepas pergi dengan tangisan, esakan dan teriakan keputusasaan yang melemahkan jiwa, semangat dan tekadmu.
YAKINLAH KEMENANGAN, KEBEBASAN DAN KEBAHAGIAAN ITU AKAN TIBA JUA..
yakinlah dan sabarlah..
Semoga titipan ini memujuk dan melegakan sedikit perasaanku dan perasaan kalian di luar sana.
NOTA KAKI
*Kita hanya mampu berikhtiar.. Segala nya ketentuan ALLAH..
Posted by Hafiz Ajmain at 2:42 AM 0 comments
Friday, October 29, 2010
Mencari Syurga Cinta..
DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT,
KITA TERTANYA-TANYA KE MANA MENGHILANGNYA MATAHARI,
RUPA-RUPANYA ALLAH MEMBERI KITA PELANGI"
- SYURGA CINTA-
Posted by Hafiz Ajmain at 12:49 AM 1 comments
So beautiful!!
Posted by Hafiz Ajmain at 12:38 AM 0 comments
Wednesday, October 27, 2010
Rindu Rinduan!
Surah Al-Khaf ayat 46 yang bermaksud, "Harta dan anak-anak itu (adalah) perhiasan kehidupan dunia; tetapi amalan-amalan kebaikan yang kekal (manfaatnya di Akhirat) adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhan engkau serta lebih baik untuk menjadi harapan" ini menjadi penawar dan peringatan buat diri.
Posted by Hafiz Ajmain at 9:00 PM 5 comments
My Soul..
Assalamualaikum.... (Peace upon to all of u)
I feel free to write and share sumthing on my mind.
Everyday, every morning, when i woke up,
I'm realize that I'm growing up,
(aku da beso rupenye, saiz bkn ukuran,
tp jiwa yg menjadi taruhan... huhu)
Make up my mind,
What am i supposed to do,
With oll of my super spirit soul,
I'm planning sumthing better for my life,
And deep inside my little heart,
I wish everything will going as i'm desire,
Put some smile on my face,
Then my day will be shine all day long. (^^,)
Posted by Hafiz Ajmain at 8:48 PM 0 comments
Seandainya..
ku terima...
segalanya..
tiada yg lebih membahagiakanku
selain melihat kebahagianmu
ku berdoa tanpa jemu
agar kekuatan milikku
agar aku mampu
melupakanmu..
sayangnya...
keakraban kita...
tidak seperti sebelumnya...
dimana silapnya..
tak pernah ku tau puncanya...
mungkin silap diri ini
terlalu mengharap pada yg tak pasti...
tp apakan daya diri ini
perasan itu dtg tanpa ku sedari...
apakah sayangku ini..
hanya sekadar sahabat..
hanya sekadar abang..
hanya sekadar teman..
aku masih keliru...
terlalu sukar bagiku..
ku tanya pada hati...
jawapan yg pasti...
tp masih belum ku temui..
kerna ku takut untuk dilukai..
buat kesekian kali...
Posted by Hafiz Ajmain at 11:55 AM 3 comments
Tuesday, October 26, 2010
Virus-virus Cinta (Edisi Final Exam)
Aku juga tidak terlepas drpd semua tu...Dulu, time blaja, setiap hari aku tension time nak exam..boleh di katakan dengan segala benda aku tension...mungkin ini menunjukkan aku ni seorg yg teruk..tapi itu lah hakikatnye..dh pelbagai cara aku gune tuk hilang kn tekanan tu..ade yg berkesan..ade yg x...x kesah la...pe yg penting kite berusaha untuk hilangkan tension tu... Bagi aku,sewaktu bergelar student dulu, DOTA adalah permainan kegemaran aku. Bak kata orang perempuan, DOTA ialah Dunia Orang Tanpa Awek,haha. Bayang kan, esok pagi paper final, malam tu aku sempat layan DOTA 2,3 round. Lepas habis main game, baru lah aku study,hehe.
Memang tension time nk final tu mungkin perkara biasa, rasenyer setiap org atau student dr mane-mane university pun akn berasa tension...salah satunyer ialah kerana mungkin time tu rase nervous la, mungkin byk lg x stdy or memg dh tabiat tension time nk final...hmm..??... time tu la iman kite benar2 diuji...kuat atau tdak...
Tp jangan tension2....yg penting relax n fikir satu-satu...Jangan serabutkan fikiran..Nanti satu ape pun xdapat...so..relax, tarik nafas...cube manage mase tu betul-betul...buat yg utama dulu walaupun ad banyak benda lain yang penting jugak...
dan yg paling penting...selalulah berdoa kepd ALLAH...DIA-lah tempat pergantungan yang paling bagus...kita tawakal...usaha...dan tawakal.....berdoa dan berusaha....
JANGAN TENSION-TENSION....JUZ RELAX....heheehehehehhhehhe
Posted by Hafiz Ajmain at 7:33 AM 3 comments
Monday, October 25, 2010
Jangan lah Engkau memendam perasaan..
"Disini aku masih sendiri, merenungi hari hari sepi, aku tanpa mu, masih tanpamu..." (nada dering hp ku berbunyi)..
Posted by Hafiz Ajmain at 10:53 PM 3 comments
Saya KECEWA dengan AWAK!!
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.. Salam awak.. Awak, semalam saya mimpi pasal awak. Awak gadis yang saya lihat di stesen bas hari itu. Waktu tu, awak berbaju kurung moden warna ‘pink’. Tudung awak warna putih. Suci je Nampak muka awak yang kuning langsat tu. Awak amat manis. Amat ayu. Tu yang buat saya boleh terlupa nak jaga ‘pandangan’..huu Saya pun duduk di barisan hadapan awak. Waktu tu, awak tak pandang saya, awak tunduk. Bertambah manis!huu Tapi tak lama lepas saya duduk di barisan kerusi hadapan awak, saya dengar bunyi wanita ketawa. Macam tak pernah gelak setahun bunyinya. Saya pusing belakang, terkejut tengok wanita seayu & semanis awak gelak macam tu. Langsung takde rasa malu. Saya kecewa dengan awak.Saya pandang je awak lama-lama. Saya nak awak rasa segan sikit. Tapi awak jeling saya, wat muka yang ‘xleh bla’ kat saya. Tapi takpe la, sebab sekurang-kurangnya awak berhenti gelak macam tu bila saya pandang awak. Saya kembali pusing depan, terasa amat sayang jika ada rupa tapi adab kurang. Saya rasa amat kesian dengan awak. Sepatutnya awak mesti rasa malu nak gelak macam tu..huhu Tak lama lepas tu, saya tengok ada sorang mamat ni duduk sebelah awak. Korang Nampak amat mesra. Saya bersangka baik yang itu abang awk. Then, saya tengok dia gosok-gosok peha awak. Saya perasan awak macam malu-malu bila saya tengok korang. Peliknya, sebab masih ada lagi abang yang mesra sangatt dengan adik perempuan dia zaman sekarang ni. Takpe, saya masih bersangka baik. Saya anggap keluarga awak amat bahagia sebab tak Nampak kekok antara awak & abang awak mesra. Tapi, tiba-tiba saya terkejut dengar awak cakap macam ni.. ”Janganlah abang..sayang segan la..nanti-nanti la..” Astaghfirullahulazim…beristighfar panjang saya dengar awak cakap macam tu. Tapi memang betul la dia abang awak. ‘ABANG’ yang boleh batal wudhuknya jika bersentuh dengan awak. Sumpah saya amat geli.Saya kecewa dengan awak. Tak lama pastu, saya tengok korang mula beredar. Baguslah tu, tak payah la korang nak tambah dosa orang lain tengok korang. Sedangkan dosa korang pun tak tertanggung kan? Wallahualam~ saya harap mamat tu bawa awak balik rumah. Jumpa mak ayah awak, nyatakan hasrat nak memperisterikan awak kemudian nikahlah. Korang nak buat apa lepas tu pun, lantak korang la. Tapi korang datang balik kat kerusi belakang saya. Tak sempat saya nak aminkan doa dalam hati, korang dah buat saya panas hati. Mana tak panas hatinya. Tadi saya tengok awak bertudung, lepas korang da beredar, saya dapat tengok rambut awak. Sayang. Amat sayang. Awak dah jatuhkan maruah awak semata-mata untuk lelaki. Mamat kurang ajar tu pun selamba je pegang tangan awak, belai rambut awak. Awak nak marah ke saya cakap dia kurang ajar? Memang dia kurang ajar, sepatutnya dia jaga awak kalau betul-betul dia sayang awak. Waktu awak sorang-sorang awak masih bertudung, masih nak tunduk bila nampak saya pandang awak. Tapi bila mamat tu sampai, awak berubah. Dari gadis suci kepada yang ‘no komen’..terkejut tau tengok awak macam tu, tak sangka. Part yang paling best, awak sanggup buka tudung bila bersama mamat kurang ajar tu. Saya kecewa dengan awak. Awak, apa awak rasa kalau awak nampak suami awak ‘couple’ dengan orang lain, pastu pegang sana pegang sini, dia dah dapat rasa macam-macam kat awek dia tu. Tapi last-last awak kahwin dengan dia. Awak nak ke orang macam tu? Entah-entah awak pun ‘kurang best’ bagi dia. Faham-fahamlah maksud saya kan sebab zaman sekarang ni kalau dah tergedik-gedik sangat pegang sana pegang sini, tak mustahil boleh terlanjur. Pastu dapat anak luar nikah, tak sempat budak tu lahir dah dicampak ke dalam tong sampah. Kebanyakan kes tu berpunca dari orang-orang macam awak la tau tak! Saya kecewa dengan awak. Awak saya tak benci awak tapi amat kesian pada awak. Takde yang betul-betul menjaga awak. Awak pulak macam bahagia je ‘hanyut’. Saya nak pesan kat awak, jangan jadi punca lemahnya iman kaum adam. Awak, peluang untuk bertaubat itu sentiasa terbuka selagi matahari tak terbit dari barat. Bertaubatlah ye awak. Kalau awak betul-betul bertaubat, Allah akan datangkan jodoh yang sesuai dengan awak. Tak mustahil awak akan dapat jodoh lelaki beriman, jika awak jua beriman padaNya. Lelaki yang beriman itu takkan menolak awak kalau dah korang dijodohkan bersama. Nama pun dah dijodohkan bersama kan, so terima jelah. Lelaki beriman tengok keimanan awak, bukan tengok pada masa silam awak. Semua manusia pernah buat silap. Pintu taubat Allah pula sentiasa terbuka. Saya harap awak akan bertaubat dalam masa terdekat ni. Sebab dunia ni dah tak lama lagi. Takut tak sempat untuk kita bertaubat. Kita sama-samalah mendoakan kesejahteraan masing-masing ye. Saya bukan nak hina awak tau. Saya cuma nak mengingatkan. Semua yang awak buat tu, dosa pahala nya Allah je yang tahu. Ingatlah di akhirat nanti ‘abang’ awak tu takkan tolong awak untuk jawab soalan-soalan yang Allah persoalkan pada awak. K la awak. Saya stop kat sini dulu. Semoga pandai jaga diri. Allah sayang awak. Hargailah kasih sayang Allah tu. Manusia hanya melalaikan tapi tak semua tau..manalah tau kot-kot awak jodoh saya, saya nak bimbing awak jadi wanita solehah. Bina keluarga islam. Lahirkan anak-anak yang soleh & solehah & kembali berjumpa di syurga Allah nanti. Kalau awak jodoh saya, saya janji saya terima awak seadanya..hehe :D Salam tulus ingatan, Saya Hamba Allah *Sharing dari pagisyawal.blogspot. Nice entry. Untuk dikongsikan bersama.
Posted by Hafiz Ajmain at 7:51 PM 3 comments
Doa Khas buat Ayahanda dan Bonda
Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka,
Perindahlah ucapanku di depan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkanlah hatiku untuk mereka.
Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang Mereka limpahkan padaku,
Peliharalah mereka Sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah, apa saja gangguan yang telah mereka rasakan,
atau kesusahan yang mereka derita karena aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku, jadikanlah itu semua penyebab rontoknya dosa-dosa mereka, meningginya kedudukan mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu, ya Allah sebab hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah, bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika magfirah-Mu lebih dahulu mencapai diriku, maka izinkahlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Karunia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih Di antara semua pengasih.
Amin...Amin...Ya Rabbal Alamin.....
Posted by Hafiz Ajmain at 3:31 PM 0 comments