BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, February 2, 2012

Akal Untuk Berfikir

Aku senang menulis disini kerana aku percaya yang membaca ni terdiri daripada orang-orang bijak, boleh berfikir di luar kotak dan bukannya jenisan manusia yang hidup dalam terlalu berpandukan sesuatu. Pendek akal, bak kata para si tua.


Jangan berpaksikan diri pada satu tapak statik, tak ke mana pun. Memang hidup kita perlukan panduan yang benar sahihnya. Maksud aku disini adalah, pembaca yang baik adalah pembaca yang membaca untuk dijadikan sebagai panduan tetapi tetap menggunakan akal fikiran bagi menafsir apa segala yang dibaca.


Macam kau baca kisah agama lain dan betapa dia bahagia dengan agama yang dianutinya. Sebagai pembaca yang bijak, bukannya kau seharusnya terus memurtadkan agama sendiri dan menganuti tersebut. Tidak tidak. Kita tak boleh jadi pembaca yang bodoh yang menerima segala pakai apa yang dibaca.


Media atau segala bahan bacaan sekarang harus difikir luas dari segala aspek kerana serangan minda berlaku dimana-mana. Yang jenis membaca dengan pendek akal, akan terus menerima secara bulat-bulat apa yang dibaca. Yang berfikir panjang, akan dapaat memikir baik buruk sesuatu artikulasi yang dibaca dan memikirkan patutkah dicontohi atau sekadar dijadikan tak lebih daripada bahan bacaan biasa.


Aku menyampah orang yang menyalahkan media massa, media eletronik atau segala bentuk media atau hiburan sebagai suatu sebab kenapa terjadi pelbagai masalah sosial di zaman kini. Misalnya zaman sekarang iaitu gejala sosial yang berlaku menyalahkan filem-filem dan drama-drama zaman sekarang yang terlampau dan mempengaruhi minda anak remaja, padahal pada inti dalamannnya harus disalahkan pada individu yang tidak mengguna pakai secara baik akal fikiran Tuhan bagi. Kau tengok orang berzina, kau pun nak berzina, tak ke bodoh tu? Kau tengok orang minum arak, kau pun nak turut serta merasa, tak bodoh ke?


Kau tengok filem sekarang banyak cerita tentang rempit dan pergaulan bebas semua dan kau menyalahkan filem itu sebagai suatu punca anak kau merempit dan anak kau bergaul bebas? Anak sendiri pendek akal tak nak disalahkan pulak?


Kau tengok surat khabar dan tv semuanya menyalahkan pihak pembangkang dan kau mempercayai bulat-bulat semua itu? Tidak. Gunakan akal fikiran. Itulah yang aku katakan tadi, berfikir di luar kotak. Kalau tengok tv sekarang kita boleh nampak coraknya dimana pihak pembangkang disalah bulat-bulat tanpa diberi ruang untuk penjelasan dan pihak atasan diberikan ruang untuk mengatakan sesuatu tentang pembangkang. Keadilan yang saksama dah lama hilang. Pupus sudah.


Ada otak akal fikiran, fikir. Jangan kerana kebodohan diri, aku menyalahkan apa yang ada sekarang. Fitnah-fitnah yang kau baca di internet di facebook segala bagai, perlu ke dipercayai bulat-bulat? Ada akal, fikir. Ja la ngan jadi manusia rendah mentaliti.


Kita tak perlu meramaikan lagi manusia sontot akal, mentaliti tahap bawahan yang akan membawa hujanan manusia-manusia yang tah pape. Bijak bukan pada ijazah master phd yang diperolehi tapi pada pengetahuan luaran yang biasa-biasa tetapi diguna pakai pada tahap maksima oleh kita. Kau professor yang bijak cendiakawan, tapi untuk memasang skru meja pun kau tak boleh, buat apa?


NOTA KAKI

Renung-renungkan dan selamat berfikir.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails