BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Thursday, February 9, 2012

Suami-Isteri : Jenis-Jenis Ciuman


Wah panas tajuk bukan.. Takpe sekali sekala. Ini entri2 bagi Suami Isteri sahaja.. Lain pada tu..kalau nak baca sekadar untuk makluman dan sila abaikan jangan plak buat sesi test mengetest ye... Haremmm...

Apakah tanda di sebalik mencium isteri anda? Tahukah anda di sebaliknya ada tersirat rahsia? Ya! Apakah rahsia disebalik sebuah ciuman? Kalau si lelaki atau pun wanita dilihat sedang mencium manja seorang kanak-kanak kecil yang comel, ia boleh dilihat sebagai tanda kasih dan minatnya terhadap si kecil itu. Ia suatu petanda sayang dan prihatinnya terhadap kanak-kanak itu. tetapi bila suami mencium atau mengucupi wanita, apakah tanda dan rahsia disebaliknya?

Ciuman atau kucupan pada tangan - Jika seseorang lelaki mencium belakang tangan anda, itu tandanya si dia menyanjung dan menghormati anda. Lelaki atau sesiapa sahaja yang bersopan akan mengucup orang yang dihormati dan disanjunginya pada bahagian belakang tangan orang yang berkenaan. Ini biasanya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya, seorang bawahan ke atas atasannya, seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya

Jarang berlaku seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya apatah lagi seorang suami kepada isterinya. Jika berlaku juga sedemikian itu menandakan si lelaki berkenaan benar benar menyanjungi dan menghormati wanita tersebut sebagai seorang yang istimewa dalam hidupnya.

Ciuman di dahi - selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi. Apa tandanya? Jika anda pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi, itu tandanya dia begitu kasih terhadap anda. dan kasihnya begitu kudus. Anda dapat berasakan getaran kasihnya..

Ciuman sayang - Jika pasangan anda mengucup di pipi, itu tandanya si dia sayang pada anda. Malah jika anda sedang marah dan tiba-tiba mencium pipi anda, maknanya dia tetap sayang anda walau apa pun yang sedang terjadi. Malah ciuman sayang dipipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau senda dan ceria. Begitu juga apabila suami baru pulang kerja atau berjalan jauh, satu ciuman di pipi menandakan dia sayangkan anda, rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

Ciuman Cinta - saat anda berdiri, tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda, lalu anda dan dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya. Lalu sebuah kucupan hinggap di bibir anda. Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan. Anda tetap menyintainya, bahkan kian hangat sehangat ciuman tersebut.

Kucupan dari Belakang - Pernah tak anda dikejutkan oleg suami anda dengan kucupan dari arah belakang? contohnya sedang sibuk mencuci pinggan, tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi anda. Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu geram terhadap anda.. (buat semua isteri rajin2 lah basuh pinggan mana tahu dapat kucupan dr belakang..)

Kucupan lutut - hah! betapalah lelaki ini rebah ke kaki anda. Benar jika anda terjumpa lelaki yang sanggup mencium lutut anda, biarpun beralaskan pakaian, itu tandanya sudah teruk benar minatnya terhadap anda. dalam hal ini mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia sanggup lakukan apa sahaja kemahuan anda.

Ciuman di hujung kaki - Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam India. Jika ada juga lelaki diluar sana melakukannya, ia kira sudah luar biasa. Perlakuan ciuman di hujung kaki seolah2 si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja anda. anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda tp tengoklah juga.

Lelaki pandai berlakun dan mungkin ia cuma melakonkan saja untuk mendapat perhatian anda apapun kucupan sedemikian tidak seharusnya dilakukan.


NOTA KAKI
Amaran, hanya untuk pasangan suami isteri sahaja ye :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails