BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, February 20, 2012

Sabar Itu Separuh Daripada Iman


Pernah rasa perkara malang berlaku berturut-turut dalam hidup?
Segala yang berlaku berada di luar kawalan, memang nasib tidak menyebelahi diri. Mesti terasa kecewa dan marah. Apa yang diusahakan semacam sia-sia, tentunya semangat hilang.

Tapi jika nak kecewa, nak kecewa dengan apa?Kecewa dengan qadha qadar?
Tapi jika nak marah, nak marah pada siapa?Marah pada Dia yang mengaturkan segalanya?

Astaghfirullah, moga diampunkan apa yang terlintas dihati.

Tuhanku,
Aku pohon padaMu akan kekuatan supaya diri sentiasa sabar.
Aku pohon padaMu akan keyakinan terhadap ketentuanMu.

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa musibah, mereka mangucapkan "Innalillahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk"
 Al Baqarah (155-157)


NOTA KAKI
Semua yang datang tu ujian dari yang Maha Esa..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails