Wednesday, November 14, 2012
Doa Akhir & Awal Tahun
Pada tahun ini, akhir tahun
hijriah ialah pada 29 Zulhijjah 1433H iaitu bersamaan 14 November 2012 (Rabu)
dan 1 Muharram 1434H jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). Jangan lupa membaca
kedua-dua doa akhir tahun (1433H) dan doa awal tahun (1434H) ini supaya kita
dilindungi daripada tipu daya syaitan dan semoga mendapat keampunan Allah SWT,
insya Allah….Aamiin.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali
pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan
Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang
membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya
syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku
lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku
melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha
dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana
Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat
selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon
keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian
daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas
yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha
Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima
taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai
Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas
ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas
mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali
selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434H (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini
sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1
Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada
fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas
penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal
abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu
yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami
memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri
yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih
dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad.
Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
kesejahteraan ke atas mereka.
NOTA KAKI
Mudah-mudahan, kedatangan tahun baru ini membuka lembaran baru dalam kehidupan kita, InsyaALLAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment