Sejak akhir-akhir ni, banyak email yang pelik-pelik yang aku dapat. Tapi yang pelik nya, email ni terus masuk ke email company. Bukannya direct private email aku. Bila aku tanya officemate aku yang lain, diorang pun cakap diorang dapat benda yang sama.
Tu aku tak kisah sangat, tapi masalahnya, ni SPAM pasal politik. Tu yang jadi masalah. Bosan, bosan..aku sudah bosan dengan POLITIK, lagi lagi dengan POLITIK kat Malaysia nih, hancur sehancur-hancur nya..
Post kali ni aku selitkan SPAM mail yang aku terima..hayatilah..
Janji Populis PKR
Untuk Kereta-Kereta Yang Lebih Murah Bukanlah Satu Penggantian Kepada
Polisi-Polisi Sebenar
Aduh! Pihak Pakatan benar-benar terdesak kebelakangan ini.
Ketandusan idea setelah gagal menawan pengundi muda (21-30) melalui kempen
PTPTN yang memakan diri sendiri, kini Rafizi Ramli keluar dengan modal baru –
tapi seperti biasa modal beliau lebih kurang sama dengan janji-janji Buku
Jingga. Sedap didengar, dipakai jangan.
Strategi terbaru PKR dalam usaha memenangi undi
pengundi-pengundi atas muda dan pagar pada PU13 adalah dengan menawarkan harga
kereta yang lebih murah.
Jika seseorang berlawak seperti itu beberapa bulan lepas,
kami mungkin menggaru kepala dan sekadar tergelak sahaja, namun Rafizi Ramli
dan rakan-rakan nampaknya serius dalam hal ini.
Berhadapan dengan masalah-masalah dalaman yang telah
meletakkan keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim bertentangan dengan
leftenan-leftenan tertinggi beliau Azmin Ali dan Rafizi Ramli, kegagalan
menyelesaikan pertikaian tentang hudud antara DAP dan PAS, ketidakupayaan atau
ketidakrelaan untuk bekerjasama dengan rakan-rakan seangkatan dalam membentuk
sebuah kabinet bayang-bayang mahu pun sebuah manifesto yang mantap, dan
kegagalan untuk menyerang polisi ekonomi kerajaan kerana ia sedang membawa
pertumbuhan 5.4%, pendapatan per kapita yang lebih tinggi, dan pelaburan luar
yang lebih banyak - apa yang boleh ditawarkan oleh PKR sebaliknya adalah:
kereta-kereta yang lebih murah.
Ya, strategi pilihanraya PKR nampaknya cuba merasuah
pengundi-pengundi atas pagar dengan satu janji kabur untuk kereta-kereta yang
lebih murah. Memang sukar dipercayai, namun inilah hakikatnya.
Rafizi Ramli dari ayam tambatan tanpa haluan PKR telah
mendakwa pembayar-pembayar cukai kerugian sekitar RM3.5 billion setiap tahun
melalui Permit Kelulusan (AP) dan berkata bahawa jumlah ini sebaliknya boleh
digunakan untuk menurunkan harga kereta.
Parti ini telah menjanjikan satu rombakan semula ke atas
Dasar Automotif Negara (NAP) yang bakal melibatkan pemotongan duti eksais dan
beban cukai tiga ganda ke atas kereta sekiranya ia berjaya mengusai Putrajaya.
Rafizi telah membentuk sebuah fatamorgana ekonomi daripada
AP di sebuah persidangan akhbar pada hari Selasa lepas. Beliau melandaskan
teori beliau di atas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Mukhriz Mahathir minggu lepas yang dilaporkan telah berkata
bahawa penjualan AP kepada pembida tertinggi akan membuatkan harga setiap AP
bernilai antara RM50,000 hingga RM60,000.
"Sekiranya jumlah pengeluaran AP setiap tahun mencapai
70,000 seperti yang dianggarkan, negara ini dan rakyatnya akan kerugian sekitar
RM3 bilion hingga RM3.5 bilion setiap tahun kerana kementerian yang kini
diterajui Datuk Mukhriz hanya mengenakan bayaran RM10,000 semasa AP diedarkan
... tanpa melalui proses tender terbuka," dakwa Rafizi.
Beliau berkata sebuah sistem tender terbuka untuk AP akan "membolehkan
harga kereta turun naik berdasarkan pasaran terbuka," dan mendakwa bahawa
ini akan memupuk persaingan antara penjual-penjual kereta untuk menawarkan
harga-harga terbaik untuk masyarakat umum.
Ini adalah pemikiran ekonomi yang teruk, dan pemikiran
politik yang lebih teruk lagi.
Pengiraan ekonomi Rafizi sangat lemah, kerana sebaik saja
kesemua AP ditawarkan kepada pembida tertinggi, bekalan AP akan menjadi sangat
tinggi sehinggakan pembida-pembida premium yang kini bersedia untuk mendapatkan
AP akan berkurangan daripada jumlah RM50,000-RM60,000 yang diandaikan oleh
Rafizi. Oleh yang demikian, anggaran beliau tentang kerugian RM3.5 bilion itu
adalah sesuatu yang sangat dibesar-besarkan.
Keduanya, setiap negara pengeluar kereta mengenakan sekatan
terhadap pengimportan kereta untuk melindungi industri automotif tempatan. Ini
tidak hanya berlaku di Malaysia, Rafizi. Pergilah ke India, sebagai contoh, dan
anda akan dapati bahawa wujud duti import sebanyak 102 peratus dan pengharaman
ke atas import kereta-kereta terpakai.
Samada Rafizi suka atau tidak, harga kereta-kereta tidak
akan "turun naik berdasarkan pasaran terbuka." Harga-harga kereta
diatur dalam setiap pasaran kereta, samada di Amerika Syarikat mahu pun China.
Jadi apa yang ditawarkan oleh Rafizi kepada
pengundi-pengundi hanyalah sebuah impian yang mustahil: Undi Pakatan Rakyat,
dan anda akan hidup di dalam sebuah syurga kereta.
Atas sebab inilah politik di sebalik janji populis PKR
sangat sinis.
Sepatutnya pihak pembangkang menawarkan polisi-polisi
alternatif yang kukuh dan mampu memperbaiki pembangunan negara serta kehidupan
harian rakyat jelata, dan bukannya menabur janji-janji palsu yang hanya
berlandaskan perkiraan-perkiraan ekonomi yang tidak tepat.
Berjuta-juta rakyat Malaysia yang bekerja keras tidak
berminat untuk membeli kereta-kereta import yang mahal. Mereka hanya berusaha
untuk menyara diri dan keluarga serta merancang untuk membuat
keputusan-keputusan hidup yang lebih penting seperti memberi pendidikan kepada
anak-anak dan juga membeli rumah sendiri.
Kerajaan Barisan Nasional sedang membawa perubahan yang
besar dalam aspek-aspek ini, dengan pihak kerajaan melaksanakan dasar gaji
minimum, membawa perubahan-perubahan meluas dalam sektor pendidikan, dan
menawarkan kemudahan perumahan yang mampu dimiliki.
Pakatan pula sebaliknya hanya sibuk memanjakan golongan
minoriti kecil yang mahukan kereta-kereta import, lantas cuba untuk
menggula-gulakan golongan ini dengan penurunan harga kereta-kereta.
Siapa sebenarnya yang ingin dibantu oleh Pakatan dengan
janji kereta murah ini? Sudah pastinya bukan orang kebanyakan.
Kita orang berilmu jangan termakan dengan janji dan polisi
populis Pakatan Rakyat. Polisi-polisi yang diketengahkan setakat hari ini cuma
berdasarkan andaian ahli politik semata, dan tidak pernah diiktiraf oleh
mana-mana pakar ekonomi dunia.
Ketika bandaraya-bandaraya lain di dunia berlumba-lumba
untuk menaiktaraf perkhidmatan pengangkutan awam, Pakatan pula galak menyuruh
orang membeli kereta. Sekiranya lebih banyak kereta di jalanraya kerana harga
murah, apa Rafizi ingin lakukan bila kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi
petrol yang mencanak naik? Memang sah Rafizi dan Anwar sedang merancang menuju
bankrap untuk negara kita.
Rafizi dan rakan-rakan harus bangkit dari lena
yang panjang dan sedar bahawa pihak Pembangkang harus memperbaiki diri secepat
mungkin. PU13 sudah menghampiri, dan sekiranya apa yang boleh dijanjikan oleh
Pakatan hanyalah kereta-kereta yang lebih murah sambil mereka masih degil
bertelagah tentang hudud, keputusan pilihanraya barangkali sudah boleh
diketahui sebelum hari pembuangan undi lagi.
*Komen aku : Tak salah idea yang dilontarkan oleh pihak pembangkang nih. Tapi, idea diorang ni hanya dapat dilaksanakan sekiranya PEMBANGKANG mengambil alih tampuk pemerintahan. Boleh ke? Nantikan PRU 13 nanti ea. Madu ditangan kanan mu, racun ditangan kirimu,hehe.
NOTA KAKI
First time nak undi, nak buang undi rosak la,hehe. PEACE!
0 comments:
Post a Comment