Tuesday, November 20, 2012
Palestin, Prihatinkah kita?
Antara isu yang paling hangat diperkatakan dunia sekarang
adalah mengenai kekejaman rejim zionis yahudi yang menghalang sebarang bentuk
bantuan untuk disalurkan ke Gaza. Akhirnya, bantuan dan amanah rakyat sedunia
yang dibawa oleh para sukarelawan tidak sampai ke tempat yang dituju.
Amat menyedihkan bukan? Semestinya penduduk Gaza yang
mengharapkan bantuan tiba ke tanah air mereka lagi sedih dan terkilan. Apakah
tiada pembelaan untuk mereka semua? Dengan apa yang telah terjadi baru-baru
ini, moga mata dunia terbuka luas melihat kekejaman rejim zionis yang
sememangnya tidak berhati perut.
Penentangan terhadap tindakan rejim zionis itu bukan hanya
berdasarkan pada keagamaan sahaja. Tetapi ia menyentuh sensitiviti kemanusiaan
masyarakat dunia umumnya tentang penderitaan yang dialami oleh penduduk
Palestin. Bagi kita rakyat yang biasa ini, apa yang mampu kita lakukan untuk
membantu saudara-saudara kita yang berada di Palestin selain menghulurkan derma
dan menerbangkan doa?
Boikot.
Iya. Perkataan boikot barangan Yahudi ini sudah lama bermain
di bibir manusia. Namun ada juga diantara kita yang masih berkelakuan
seolah-olah dunia sekarang tidak mengalami apa-apa kejadian. Apa yang mampu
dilakukan adalah memboikot barangan yang mampu anda boikot. Untuk memboikot
semuanya adalah mustahil, kerana kalau anda sedar.. Hidup anda setiap hari
dikelilingi oleh barang buatan Yahudi.
Jangan menjadi pemboikot membabi buta.
Untuk penganut Islam khususnya, jika kejadian yang menimpa
Palestin sampai sekarang masih belum menyentuh hati kita ini, maka bersedialah
anda dari sebarang penyakit hati. Mereka itu, adalah saudara mara kita. Iya,
saudara berlandaskan akidah. Bayangkan saja jikalau ada saudara kandung kita
yang terbunuh di sana. Apa perasaan kita sekarang?
Kawan-kawan, setiap dari Muslim itu adalah bersaudara!
Khaibar khaibar ya yahud! Ja’isyu Muhammad saufa ya’ud!
NOTA KAKI
No more MacD...
Posted by Hafiz Ajmain at 1:00 PM
Labels: Luahan Rasa, Motivasi, Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment