BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Monday, May 31, 2010

My Practical Report..

My Log book,huhu

Attendance form

Haha, actually just nak kongsi dengan you'all semua ape yang aku buat seharian di ofis ari ni. Adeh, dari pagi sampai sekarang, menulis tak henti-henti tentang ape yang aku buat di ofis dari start aku praktikal bulan Disember 2009 sampai bulan Mei nih. Actually, bulan Mac lagi dah habis, tapi disebabkan terlebih rajen dan nak cukup kan 100 hari ++, aku buat sampai 120 hari. Melampau betul. Last-last, aku yang terseksa. Terpaksa berpulun buat report sampaikan buku log kuning habis. Terpaksa la photostat baru.

Aku nekad, nak siapkan report aku ni ari nih! Result kemungkinan keluar 10 Jun. So,batter aku hantar esok report ni gune pos laju dan selaju yang mungkin la! Wish me all the best dalam menyiapkan report nih!


Sunday, May 30, 2010

Sekitar minggu ni (24-30 Mei 2010)



Adui, minggu ni kerje agak stress la. Walaupun gaji dah masuk, alhamdulillah. Tapi, suasana kerja takde. Something missing. Maybe pasal cousin aku kawen kot. Biase pagi2 pergi kerja sekali, lunch skali, balik kerja pun skali. Tido pun sebilik. Maklumlah, orang baru kawen ni busy skit.. Dah beristeri la katekan. Aku ni, bile plak nak beristeri?? Haha, lambat lagi. Doa-doakan la agar aku cepat bertemu jodoh ye, AMIN.


At least, minggu ni aku kerja 3 hari je. Ari Rabu aku MC, pastu ari Jumaat plak cuti Hari Wesak. So,next week, terpakse bekerja seperti biasa. Mulakan hari dengan bangun pagi, pergi kerja, blik, makan dan tidor. Tu la aktiviti seharian.

Opps, sebelum terlupa, aku nak wish tahniah buat Syahril & Rozana. Kali ni majlis diadakan di Kuala Selangor. Hoho, agak penat la. Goreng ayam, masak umbut kelapa (mknan org Jawa) and cuci pinggan mangkuk.

Ramai la yang datang, termasuk ofis mate yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak menghadirkan diri ke majlis nih.

Thursday, May 27, 2010

Tragedy On...Wedding Day.. (21 May 2010)

Yesterday I got the news that one of my cousin, have just lost his lower lips (they couldn't find it), and his mandible (lower jaw) crushed (as what I've been told). He was riding his motorcycle, and was hit by a car. Not sure of the details yet though. He suppose attending Syahril (my cousin) weeding.
Losing things is sad. But man, this is not just some things. This is something very precious. I'm saying this because I see people (me not excluded) weeping and crying over losing stuff. And it's not even the lower lips, or any maxillofacial or mandible. People in Gaza often lose their foot, legs, and even members of their family. And they continue with their lives. Strong-heartedly.

It's normal to be sad when you lose stuff you know. It's our fitrah. Even Prophet Rasulullah SAW cried when one of his son died. But life must go on.

So when you thought you've lose the biggest thing in the world, just think again. There are people losing bigger stuff in this world. And they are still strong, fighting for the Greatest cause

Rasulullah SAW bersabda, “Akan sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang sentiasa berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian.” Maka para sahabat bertanya, ”Dimanakah mereka ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya.” (Riwayat Bukhari)

So cheer up dude. Get on with your life and try to reach your highest potential (cos you haven't reach em yet of course).

Do not become a nobody. Be a somebody.

Hope u will be fine dude. This evening i will go visit you (Hospital Klang).

Kisah Kita

(Psst, gambar atas ni takde kene mengena sama ada yang
hidup mahupun yang meninggal dunia. Sekadar gambar hiasan)


Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Satu cita-cita
Mimpi dan harapan
Selalu bersama
Dalam satu rasa
Rindukan selalu membayangi kita
Menjalani waktu
Dengan kisah kita

Bebaskan harimu dengan cintaku
Ekspreksikan dirimu dengan laguku
Satukan mimpimu dengan mimpiku
Ini kisah kita

Kita telah bersama
Warnai dunia
Ketawa dan duka
Seiring bersama
Waktu yang bergulir
Memisahkan kita
Tapi hati kita
Tak akan berpisah

Sedikit Tension...

Salam semua…

pagi-pagi ni aku dah tension dengan kerja,iskk,terus bukak email check kat inbox,haaa ade lak Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja,aku pun baca la satu-satu,hehe ok gak la Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja ni,walaupun dari email,leh gak layan.

Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Cerita 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Cerita 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, ‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Cerita 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati

Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Cerita 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
“Atok buat apa tu?”.
“Atok bagi surat kat kawan atok,cu!” jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, “Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?”

Cerita 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
” Assalamualaikum ”
” Walaikumsalam ”
” Ni rumah encik Sameon ye?
” Ya saya”
” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”
” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Cerita 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya…

P/s : Hehe terima kasih la kepada sahabat aku yang bagi email Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja ni,hilang gak tension aku

AWAS : selipar crocs



Kepada peminat croc..cuba tgk,kawan aku tunjuk kat aku tadi..perhatikan croc yang korang pakai..croc yg aku punyer aku dah adjust bg x nmpk..harap mklum kt korang sume..crocs original xde lambang kalimah Allah nie, juz yang tiruan,yang hrga murah je ade..yang ori,mahal xde ok..

Tuesday, May 25, 2010

Selsema Oh Selsema

Hari ni, aku betul-betul rase tak larat. Selsema + batuk.. Pening kepala dibuat nya. Hari ni dalam sejarah, aku sampai kat office pukul 10.30 pagi gara-gara tak larat bangun. Alarm dah set, tapi memang tak sedar, terlalu letih.. Mane tak nye, malam tadi tido dekat pukul 2 pagi gara2 DOTA (Dunia Orang Tanpa Awek),haha. Arrgghh!!, selsema ini betul-betul mengganggu la! Sheet btul.. Asyik srooot, sroot je..


Yang penting, ubat2an memang aku tak makan. Bukan tak suke, tapi memang tak makan, nak buat macamana kan.. Kalau boleh nak sembuh sendiri. Minum air 100 plus banyak-banyak.. Dengan kerja yang berlambak, aku harap, boleh menempuh hari ni.. Tapi, yang penting,esok nak MC!!

*Hehe, nak rehat lor, rehat tak cukup lagi nih..

Monday, May 24, 2010

Akhirnya..

(Sewaktu majlis nikah)

(Sweet Couple, Syahril & Rozana, and Me)

Tet!! Alhamdulillah, selesai sudah majlis wedding my kazen Syahril & Rozana. Peh, memang penat yang teramat sangat la. Sepanjang 3 hari 2 malam di Johor, aku terpaksa jadi runner memandang kan aku tahu selok belok jalan di sekitar bandar JB nih. Ceh, padahal, ingat tak ingat je. Maklumlah, dah 3 tahun meninggalkan bandar Johor. Semuanya bergantung pada GPS yang ada pada aku,hehe.

So, overall, majlis berjalan lancar walaupun berlaku kejadian sesat (lost in direction). Ni semua gara-gara konvoi dalam jumlah yang ramai melibatkan sebuah bus(uitm sponsor) & 20++ kereta. Memang ramai la yang turut serta dlm majlis diJohor ni bagi pihak lelaki. Majlis nikah bertemakan baju tradisional songket berwarna purple and pakaian bersanding bertemakan koprat (moden).

Kalau diikutkan koleksi gambar memang berlambak memandangkan terlalu ramai camera man yang turut serta. Aku sekadar dapat sources dari 5 camera je (malas nak penuhkan gambar dlm laptop nih,hehe).

Kesudahan nya, aku demam.. Demam yang memeningkan kepala becoz terkena flu skali. Hate flu!!!

Oppss.. Selamat pengantin baru, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu ^^

Trend Bercinta Remaja Zaman Sekarang

Pernah anda melihat pasangan yang tengah bahagia bercinta? Benarkah seperti yang dikata, bila bercinta semua perkara manis. Ah persetankan semua tu. Mari kita lihat tabiat-tabiat orang bercinta.

Motosikal dan Kereta

Perkara biasalah kan bermotosikal dan berkereta dengan boyfriend. Takkan berbasikal kot keluar dengan teman istimewa. Merendek dengan moto ni yang menjadi masalah. Agak tak manis dipandang masyarakat. “syg i ambik u kat simpang depan tu ye, u tunggu tau. kita g tengok wayang cita lelaki seterika” ahaha berani la kalau ambil anak dara orang depan rumah. Jawab la dengan parang makayah dia

Berpegangan Tangan

Berjalan di pesisir pantai, di shopping compleks, pasar malam, taman rekreasi.. Inikah bukti cinta? “Takpe inikan perkara biasa bagi orang yang bercinta, nanti kita nak kahwin jugak” Banyak la nanti nak kahwin. Entah-entah hati dah berubah. Hati manusia siapa boleh duga. Masa tu tau la langit tinggi ke rendah

Kongsi Minat

Boyfriend minat bola, si awek pun ikut. Awek minat photography,si lelaki cuba mendekati dan memahami photography. Padahal dalam hati “tidak, aku tak suka semua ni. terpaksa ikut sebab nak jaga hati” ahaha kata honest. Mana perginya honest tu?

SMS dan Call

Handphone tak pernah lekang dari tangan. Lawan berbalas mesej. Bila mesej tak reply merajuk. Pastu kena hantar report kat pasangan “b, i nak pegi pasar beli ikan, teman mak i” Mana nak pergi, dengan sapa kena bagitau. Memang terkongkonglah. Dah bercinta takkan tak percaya lagi kat pasangan?

Lagu Tema

Yang ni part paling best. Siap ada lagu tema lagi. Kononnya lagu tema mengingatkan perkara yang indah dan manis dalam percintaan. Baik jadikan lagu Cinta 3 Segi sebagai lagu tema.haha

*Sekadar renungan bersama :)

Saturday, May 22, 2010

Inai? Tradisi atau satu paksaan?


Alhamdulillah, sampai juga aku di Johor nih. Perjalanan dari KL ke Johor memakan masa hampir 3 jam. Actually, driving malam tadi agak speeding skit becoz nak smpi rumah cepat, hehe. Suddenly, bila tiba di Pagoh, terpandang satu lembaga putih. Nampak dari jauh seakan-akan di atas lori. Bab ni la yang aku paling malas skali. Actually, aku tak suke benda-benda yang mengarut especially ghost story.


Then, tibe-tibe, benda tu hilang, lega skit hati ni,hehe. Ape lagi, aku terus pecut laori tu. Entah kenape, aku berani sangat, terpandang la cermin di luar tingkap. Astagfirullahalazim.. Lembaga putih tu lalu disisi kereta. Terpaku sekejap aku ketika tu... Nasib baik boleh maintain driving.

Eh, dah-dah,malas nak citer pasal benda nih. Actually, sampai je kat Johor, mula lah aktiviti berinai kitorang. Adoi, malas betul nak pakai inai. Kenape time kahwin mesti pakai inai? Habis tangan aku yang cute lagi macho ni diinaikan :(..

*Macam aku plak yang nak kawin,haha, Relax la,muda lagi ^^

Hope perjalanan program nikah petang ni berjalan lancar. Dan tugas aku plak, memastikan rombongan lelaki pihak lelaki dari Perak and KL smpi ke Hotel Seri Malaysia, Johor.

Friday, May 21, 2010

Menghitung Hari..

Menghitung hari nampak nye Syahril (kazen aku) nih. Ari ni, dah 21 Mei. 22 Mei ni dia akan nikah dan majlis persandingan hari ahad ni,23 Mei. Bertuah dan tahniah kerana dia akan mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman bujang beliau. Hehe,banyak betul persiapan yang dibuatnya. Hantaran sebanyak 9 + 1 (langkah bendul akak tunang die). Mas kawin kalau tak silap RM 10,000. Banyak wo, boleh buat down payment kereta,hehe.


Tapi sayang nye, persiapan semua last minit. Biase la, lelaki,hehe. Aku menemankan die gi bank (buat over draft bank utk mas kahwin), beli barang-barang hantaran, set kan hotel dan lain-lain. Pada masa yang sama, rumah sewa masih belum cari. Adeh, siap makcik aku offer bilik kat rumah utk disewa. Takde hal la bro, boleh layan DOTA lagi. Nanti klu dah tinggal berdua, susah kite nak berDOTA,huhu.

Ape-ape pun, sekali lagi aku wush tahniah utk my kazen, semoga menjadi suami yang soleh dan melaksanakan amanat sebagai seorang suami dengan baik. Jadi suami sejati ea :). Oh, sebelum lupe, makan Queen anai-anai tau,hehe. Baik untuk kechatan "malam pertama",hehe. Selamat menghitung hari -hari yang bakal mendatang ^^. Dengarkan lagu kris Dayanti,menghitung hari

Menghitung hari
Detik demi detik
Masa kunanti apakan ada
Jalan cerita kisah yang panjang
Menghitung hari..


*Psst,aku ni,bile la nak kawin ye,haha, Bile dah time, insyaALLAH (",)

Thursday, May 20, 2010

Terkenang Zaman Kanak-Kanak Dulu.. Part 4

Hoho,bertemu kembali! Wah!! Atlast, penantian berakhir!! Agak lame jugak mencari benda alah ni. Benda ni time kecik-kecik antara yang dibeli suatu ketika dahulu. Pabila meningkat remaja, dan dewasa nih (dewasa ke?), dah tak beli langsung. So, sekadar ingin refresh the old memory, aku menSEARCHING benda nih. Dan, aku menjumpainya di sebuah kedai runcit area seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Ni lah dia, JOJO!

JOJO

Isi kandungan JOJO

Ni lah die JOJO. Antara product termahal dikalangan KINOS product. Kalau tak silap, RM2.40. Eleh, tak worthless kalau beli. Setakat jelly2 (agar2 kecil) sebagai jajan die. Pastu, hadiah nye, permainan basketball. Dah tak semeriah dulu. Kalau dulu nya menarik, hadiah keychain, pastu jajan die biskut cokelat.I was kinda disappointed by the contents of this box. As usual with toy boxes, it has a toy and a confection. Being their premium toy box, I was expecting a more complicated toy, instead of just basketball toy. Instead of chocolate covered biscuit balls, this one has four jelly cups.

*Kepada mereka2 yang lahir tahun 1980'an - 1990'an, for sure you'all remember this toy box,hehe.

Adegan seks ustazah di asrama pelajar


Entry pasal "kisah cinta" ni banyak di paparkan di dada2 akhbar dan blog2. Hish, malas nak banyak cakap. mesti korng pun ade terbace pasal entry ni kan. Ape-ape pun, cebelum melakukan sesuatu, fikir-fikirkan dahulu.


KUALA LUMPUR - Menjijikkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama di sini yang lengkap berjubah, bertudung dan bersarung tangan tergamak melakukan hubungan seks di dalam bilik asrama pelajar dengan seorang warden.

Perbuatan terkutuk ustazah itu dan pasangannya terbongkar selepas rakaman video yang diambil ketika mereka melakukan hubungan seks tersebar secara meluas hingga diolah dalam empat siri yang berbeza tetapi melibatkan 'pelakon' yang sama.

Berdasarkan kepada percakapan mereka, rakaman itu dibuat kononnya untuk mengabadikan kenangan cinta mereka sejak enam bulan lalu.

Kosmo! mendapati dalam video seks pertama selama tujuh minit yang disebarkan itu, ustazah berkenaan pada mulanya seperti takut-takut apabila pasangannya cuba merakamkan aksi mereka menggunakan telefon bimbit.


*Ambil iktibar dan pengajaran. Jangan biar nasi menjadi bubur..

Wednesday, May 19, 2010

Sedapnye masak lemak siput sedut!

(Nyummyyy)

(*cara-cara menyedut siput,hehe)

Eee, entah kenape, time lunch tadi terpandang siput sedut masak lemak. Ape lagi,tantas aku amik mangkuk kosong, isi Siput sedut tu penuh-penuh! Memang dah lama tak makan.. Huhuhu. Tau tak nak memasak siput sedut ni satu pekerjaan yang agak leceh, nak cuci siput, pastu nak potong "montot" dia lagi..pastu cuci lagi bersih2 menggunakan tapis, untuk mengasingkan serpihan2 halus kulit siput tu. Yang bestnya masa makan, bukan je bising tapi meriah dengan bunyi-bunyi orang menyedut-nyedut,hehe.

Tapi,yang penting, ari ni aku dapat makan. Actually, bukan makanan feveret aku. Tapi memandangkan dah lame tak makan, mengidam la pulak kan.. Memang best! Mengancam gitu,hehe..


Ni ade aku post kan skali cara-cara nak masak Siput sedut masak lemak

BAHAN-BAHANNYA :
1 kg siput sedut
1 cekak pucuk ubi
1 cawan pati santan*
1 liter santan cair*(*dari sebiji kelapa parut)
1 keping asam gelugor
2 batang serai, dititik
Garam dan sedikit gula

A... (KISAR HALUS)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
5 biji cili padi (optional)
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :
Siput dicuci hingga bersih, potong sedikit bahagian hujungnya. Letak dalam tapis dan cuci lagi untuk mengasingkan sepihan kulit siput, kemudian toskan. Pucuk ubi diasingkan tangkainya, cuci dan ramas hingga sedikit layu, perah dan toskan.
Dalam periuk masukkan bahan kisar "A", serai, asam gelugor, pucuk ubi yang diramas tadi dan siput. Gaul hingga rata dan masak hingg pucuk ubi layu.
Tuang santan cair dan masak hingga pucuk ubi lembut (kalau perlu tambah sedikit air), tuang pati santan dan masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa. Masak sekejap sambil dikacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
Hidangkan panas bersama nasi, sambal belacan dan ikan masin goreng.....Mesti bising dengan bunyi "nyot2" masa makan tuu...awwww seksi u!!!...

*Bagi yang rajen memasak,selamat mencuba ea (",)

Cara-cara nak up-traffic blog anda (btul ke?)

Berdasarkan kepada keadaan saya ni, sebenarnya saya bukannya pakar sangat mengenai trafik ni. Tip ni saya perolehi daripada orang lain jugak ala... macam tag tu hehe.. Terus pada matlamat sebenar post ni.. post ni saya tengok macam mlm lak hehe... sebenarnya saya dapat ni dari matdin. Memang bagus idea macam ni hehe...

Mari baca cara-caranya:

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini.
Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini
untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


1. Tintalughahwi
2. Igauan
3. Ad-dai’
4. kakngah
5. zlh@n
6. LYAfrina
7. download mp3 percuma
8. bℓog buðak χ-nakaℓ ♂
9.Cara hidup baru abad 21
10.Bila Aku Menulis Blog
11.~ApekpunyaBlog~
12: My Big Family & Friends
13. ABCMILO
14. matdin (orang paling terkenal hehe...)
15. Hafiz Kacak (",)


PERATURAN
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).



2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:


Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Kita sama-sama cuba jaya okk....
Selamat mencuba!!!

yeeehaaaaaaa~~~~~


Friendship..its hard?

Payahnya mengenal sahabat
Masing-masing mahu berhibur dan terhibur
Sahabat yang bijak akan rosak inteleknya jika ditegur
Sahabat yang dungu akan rosak perasaannya jika disinggung

Jika diam dikatanya tidak tahu
Jika banyak cakap dikatanya tunjuk pandai
Apabila dipuji dia merasa senang hati
Apabila diuji dia cepat remuk hati
Bukan senang jadi kawan
Bila seirama itulah tolan
Bila tak sekata jadi lawan

Dengan siapa kita berkawan
Itu... Orang hebat setinggi awan
Ilmunya tinggi jiwanya tenteram
Tapi sayang, belumpun sempat menghulur salam
Ia merajuk sakit meragan

Payahnya mengenal sahabat
Suaranya indah ilmunya lebat
Sedikit terantuk lalu merajuk
Marilah sama kita memujuk

Itulah tanda kasih sayang
Dalam keikhlasan tak serupa keikhlasan...

Tuesday, May 18, 2010

Sepohon pokok..menjadi layu...

Pokok...
yg telah dihadiahkan dulu...
semakin layu...
layu...
dan layu...
sehingga dilihat..
bagaikan nazak..
hampir mati...
ditelan zaman...

kerana...
pokok tersebut tidak dijaga...
tidak disemai dengan baja...
tidak juga disirami air...

manakan ia tak layu??
salah siapakah ini??
salah tuan punya pokok??

seorang asing telah menyemainya...
telah menyiramkan air terhadapnya...
setiap hari...
tanpa jemu...

maka...
lama-kelamaan..
pokok mula segar...
mulai pulih...
mulai tumbuh sihat...
kurang jatuh sakit...

kini...
siapakah yg layak menjaga dan memiliki pokok tersebut??
adakah masih tuan pokok yg layak
atau orang asing tersebut yg layak???
fikir-fikirkanlah...


p/s: kita tidak akan menghargai sesuatu itu selagi kita tidak merasai kehilangannya...hargailah apa yg kita miliki..

Award! Award!

Another award! Haha, eh,salah-salah. Alhamdulillah. Thanks For Ayien for giving me Arard. Peh, 3 award skali,thanks ea darling :),hehe.
............................................................................................................................................
Nice Blog Award!
Seronok mata memandang! *full stop,hehe
............................................................................................................................................
BomBASTIC Blog Award!
Bom sangat ke blog aku nih? rase simple je,tapi, yang penting OREN!! hehe
............................................................................................................................................
SunSHINE Award!
Hidup mesti tenang, senang dan menang selalu!
............................................................................................................................................

1. Copy award kat belog
Settle!

2. Buat ucapan kepada pemberi award dengan penuh perasaan sekali tau
ArigatO Gozaimass!! Thank Q very much buat Ayien diatas kesudian memberikan Award2 nih,hehe.

3. Apa yang bermain di fikiran korang sekarang ni?
Errm, berDOTA!!

4. Apa nama samaran korang
Oyen (time degree), comey (housemate yang bagi)
Hafiz, Along (kalau kat rumah)

5. Berikan 3 orang yang korang sayang
Abi, Umi, Tok Mek

6. Panggilan untuk si dia
Si Dia?

7. Hadiah yang korang impikan dari seseorang yg istimewa
Yang istimewa? Ketabahan, kasih sayang, dan yang penting, memahami diri ini..

8. Blog yang korang suka visit
Tak tentu,huhu

9. Tag Award nie kepada 15 blogger yang laen
InsyaALLAH :)

............................................................................................................................................

Blogger yang bertuah, sila ambil award-award ini ye,hehe.
8-15, (huhu, kepada sesiapa yang sudi ambil award ni, dipersilakan ^^,)

Ayam Penyet!!


wahhh..my new feberet ni tau. tapi kalau tanya orang KL, ramai masih kurang kenal nasi ayam penyet ni. search kat google pun tak ramai yang post..so saya nak kongsilah resepi nasi ayam penyet ni.

Tapi awas, kalau korang jenis tak tahan sabar bahaya makan ayam penyet ni.
Kenapa bahaya? sebab sambalnya mesti pedas dan ini akan menambahkan ketidaksabaran korang. Yang lagi penting ialah, korang takkan sabar nak tunggu restoran tu bukak nak beli ayam penyet. Dah ramai yang kena penyakit ni, mujurlah saya kena sikit je..hehe

Kebetulan, tengah hari tadimase lunch time, berjalan-jalan di sekitar nilai, Negeri Sembilan. Ingat nak lunch je kat KFC di Giant, tiba-tiba terserempak dengan signbOard "Ayam Penyet". Biar betik! Baru kene penangan ayam penyet 2x, aku terus terpesona dengan sambal dan ayam nye. Ape lagi, cancel kan dinner kat KFC, terus pergi ke "Ayam Penyet". Betul-betul bersebelahan dengan Giant Nilai.

Walaupun terpakse menunggu lama (bcoz ramai sangat org), aku bersyukur kerana dapat makan ayam penyet. Nyummy ^^. So, kepada yang nak merasa penangan ayam penyet ni,sila lah datang dan mensearching restoren ayam penyet ni ea :)

Lokasi "ayam penyet"
1.Gerai No. 15, Depan Masjid, Kg. Melayu Majidee, JB.
2.Restoran Pinang, Taman U, Skudai, JB
3.Nasi Ayam Penyek Banafee, JB (depan MAA Tower)
4.Subang Jaya
5.Dataran Sunway Mentari
6.Bangi
7.Puchong
8.Wangsa Maju Walk Mall
9.UEP Subang jaya
10.Mid Valley Mall
11.Ayam Penyet Nilai (Sebelah Giant)

Award :)

Award ni diberikan oleh Aesya! Thanks dear,hehe :p

Ade soalan yang perlu dijawab:

1.Suke melukis tak?

= Hm,actually,dulu-dulu memang suke sangat melukis dan mewarna, skrg, dah kurang kowt.. Tapi,masih suke melukis :)


2.Bosan-bosan suke wat ape?

= Bosan? xde nye bosan kowt. Main DOTA, tengok movie,hehe


3.Kenapa siput babi jalan lambat?

=Sebab nye, die siput (siput dikategorikan haiwan yang berjalan perlahan,hehe)


4.Cute tak orang yang bagi award nih?

= Alamak,perahsantan nye,hehe Just kidding. Tak cute, tapi comel,hehe.

Aku Adalah Aku..


Aku bukan seorang pujangga…

Bukan jua seorang penulis puisi yang menyusun ayat menjadi indah untuk di baca

Tetapi.. aku seorang insan biasa….yang punya hati dan perasaan

Kadangkala, perasaan ini ada sesuatu yang dirasai, yang dipendam yang ingin diluahkan

Luahan yang sekadar untuk meredakan hati

Supaya ia tak bersarang dihati menjadi satu duri yang menyeksakan…

Bila kawan kita, atau sesiapa yg terdekat dengan kita mengalami masalah….

Kita dengan tenang menyatakan, sabar… satu hari nanti pasti ada sinar, pasti masalah tersebut akan hilang. …

Kita ibaratkan sebagai seorang penasihat yang pakar menyatakan itu dan ini….

Memutarkan kata, ayat dan segalanya untuk memberi semangat padanya

Memberi nasihat dengan mudahnya supaya orang itu dapat melupakan terus masalah tersebut… Mudahnya di kala itu kita nyatakan…" Ala.. lupakan je semua tu…." Mudah kan?

Sebab, kita tak rasa apa yang dirasainya….

Tapi….. bagaimana apabila kita sendiri yang mengalaminya?

Mampukah di waktu itu, kita menjadi penasihat yang pakar seperti kita menasihati pada orang lain?

Sedikit sebanyak, kesakitan itu akan melemahkan jua diri kita…

Mengalir jua air mata kerana kadang kala tak mampu nak hadapi…

Sakit yang amat sangat di hati, sebak, sehinggakan sesak untuk bernafas…

Rasa serba tak kena….

Rasa nak menjerit ..tapi tak mampu…

Rasa nak berlari… tapi tak tau kemana…

Satu je rasa yang nyata.. rasa tak nak alami semua tu.. Moga hilang seketika waktu tersebut supaya tak rasa kesakitan yang dirasai waktu itu…..

Itulah lumrah alam…

Memang benar… apa jua yang berlaku…

Segalanya ujian Tuhan .. ku akuinya Tuhan…

Namun… berikan ku kekuatan untuk ku hadapinya…

Banyaknya dugaan Mu Tuhan ….

Kuatkan hatiku menghadapinya….

Kehilangan, kekalahan, kesakitan , penderitaan…..segalanya ujian Mu Tuhan…

Satu yang ku pinta…. Kuatkan diriku untuk menghadapinya…

Dalam satu masa, pelbagai dugaan yang ku hadapi.. tabahkan ku Tuhan.. Kuatkan diriku…….Tenangan hatiku dengan RahmatMu… Harapan ku jua… moga dengan pelbagai dugaan ini, aku semakin dekat denganMu.. dan semoga satu hari nanti aku menemui kegembiraan , tak ada lagi air mata ini yang akan mengalir . Tak seperti hari ni….setiap hari, ia menjadi temanku… ia sentiasa mengalir apabila kesakitan tu dirasai….

Serba Tak Kena..


Adeh, hari ni, macam-macam benda dah berlaku.


First of all, pagi-pagi lagi dah terjatuh dalam tandas. Adoi, memang sakit teramat la. Nasib baik dapat elak dari terkena bucu singki. Kalau tak,sure berdarah kepala nih (tak pasal-pasal,kene warded!). Ni semua gara-gara masuk tandas tak buka mata,huhu (dah terbiasa).

Secondly, time nak pergi office tadi, hampir-hampir melanggar anak kucing. Disebabkan nak elak dari melanggar anak kucing, aku terbabas ke tepi jalan. Nasib baik la kereta ok.

Sampai je kat ofis, kerja dah menimbun kat atas meja. Memang alamat banyak kerja la hari ini. Maybe balik lewat kot. Takpe la, balik lewat ape salah nya kan. Hope, everything fine today,huhu..

Sekadar Nurkilan..

Aku bukan seorang pujangga…

Bukan jua seorang penulis puisi yang menyusun ayat menjadi indah untuk di baca

Tetapi.. aku seorang insan biasa….yang punya hati dan perasaan

Kadangkala, perasaan ini ada sesuatu yang dirasai, yang dipendam yang ingin diluahkan

Luahan yang sekadar untuk meredakan hati

Supaya ia tak bersarang dihati menjadi satu duri yang menyeksakan…

Bila kawan kita, atau sesiapa yg terdekat dengan kita mengalami masalah….

Kita dengan tenang menyatakan, sabar… satu hari nanti pasti ada sinar, pasti masalah tersebut akan hilang. …

Kita ibaratkan sebagai seorang penasihat yang pakar menyatakan itu dan ini….

Memutarkan kata, ayat dan segalanya untuk memberi semangat padanya

Memberi nasihat dengan mudahnya supaya orang itu dapat melupakan terus masalah tersebut… Mudahnya di kala itu kita nyatakan…" Ala.. lupakan je semua tu…." Mudah kan?

Sebab, kita tak rasa apa yang dirasainya….

Tapi….. bagaimana apabila kita sendiri yang mengalaminya?

Mampukah di waktu itu, kita menjadi penasihat yang pakar seperti kita menasihati pada orang lain?

Sedikit sebanyak, kesakitan itu akan melemahkan jua diri kita…

Mengalir jua air mata kerana kadang kala tak mampu nak hadapi…

Sakit yang amat sangat di hati, sebak, sehinggakan sesak untuk bernafas…

Rasa serba tak kena….

Rasa nak menjerit ..tapi tak mampu…

Rasa nak berlari… tapi tak tau kemana…

Satu je rasa yang nyata.. rasa tak nak alami semua tu.. Moga hilang seketika waktu tersebut supaya tak rasa kesakitan yang dirasai waktu itu…..

Itulah lumrah alam…

Memang benar… apa jua yang berlaku…

Segalanya ujian Tuhan .. ku akuinya Tuhan…

Namun… berikan ku kekuatan untuk ku hadapinya…

Banyaknya dugaan Mu Tuhan ….

Kuatkan hatiku menghadapinya….

Kehilangan, kekalahan, kesakitan , penderitaan…..segalanya ujian Mu Tuhan…

Satu yang ku pinta…. Kuatkan diriku untuk menghadapinya…

Dalam satu masa, pelbagai dugaan yang ku hadapi.. tabahkan ku Tuhan.. Kuatkan diriku…….Tenangan hatiku dengan RahmatMu… Harapan ku jua… moga dengan pelbagai dugaan ini, aku semakin dekat denganMu.. dan semoga satu hari nanti aku menemui kegembiraan , tak ada lagi air mata ini yang akan mengalir . Tak seperti hari ni….setiap hari, ia menjadi temanku… ia sentiasa mengalir apabila kesakitan tu dirasai….

Monday, May 17, 2010

Kegagalan Bukan Penyelesaian..

Kita harus belajar daripada kekecewaan… Kita bangkit daripada kegagalan… Kita harus memahami kejatuhan kita… Bukan bererti matinya semangat… Berkubur keyakinan begitu sahaja…

Tetapi… Daripada rebahnya sekeping hati… Akan bangkit seorang insan… Mengangkat martabat maruahnya… Menjulang kembali kekuatannya… Menggegar kembali jeritan dan laungan… Kejayaan serta kemegahan diri… Sebagai tanda bahawa… Setiap yang jatuh dan rebah itu… Bukannya tersengkur mati…

Malah…. Kehidupan berselimut kelesuan… Akan menjadi jaringan perkasa… Dan menyerkup kembali dunia baru… Dan pada masa itu… Kita adalah merupakan seorang insan… Yang paling bertuah di bumi… Tempat kaki berpijak dan berjunjung… Kita harus dan mengambil iktibar… Bahawa kekecewaan dan kegagalan… Bila dipintal mulia akan menjadi ratu… Simbol kejayaan diri sendiri…

Buat teman yang sudi mendengar… Buat teman yang sudi menemani saat jatuh bangun diri ini Terima kasih yang tak terhingga… Tak ada yang lebih bernilai untuk di balas Melainkan nilai persahabatan ini…

Kuatkan Hati ku..

Tuhan…

Kuatkan hati ini melalui hari-hari mendatang

Setiap ujian Mu kan ku tempuhi dengan kesabaran

Berikan aku kekuatan untuk laluinya Tuhan…

Walaupun kadang-kadang ia terlalu sakit untuk di lalui

Aku terima segalanya

Dengan harapan kesakitan ini akan menjadi kebahagian suatu hari nanti

Tuhan….

Sakitnya….Kuatkan ku……

Sunday, May 16, 2010

HapPy Teachers Day!!


Tanggal 16 Mei menjelma. Pasti seluruh negara meraikan Sambutan Hari Guru. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Guru adalah pencetus kejayaan umat serta pembina tamaddun manusia yang berjaya. Kejayaan kita semua pada hari ini bermula dengan didikan guru yang sabar dan tekun serta ikhlas mendidik anak bangsanya. Tanpa guru, tidak mungkin negara dan rakyat mampu bergerak maju.


Ni ada sedikit nurkilan yang diambil dari Cikgu Siti :

Bismillahirahmaanirrahiim.

“SELAMAT HARI GURU” BUAT SEMUA SAHABAT GURUKU WALAU DI MANA SAHAJA BERADA.

Surat terbuka ini, ku tujukan khas buat semua sahabat guruku sempena Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei 2010. Tema Guru Pembina Negara Bangsa, menjulang aspirasi tinggi tentang harapan yang disandang ke bahumu oleh warganya untuk meletakkan martabat keguruanmu di persada pentas dunia dalam membangunkan negara bangsa.

Sahabatku GURU yang dihormati,

Ketahuilah aku menulis ini bukan kerana nama. Aku juga menulis bukan untuk mengguruimu. Aku tidak punya kehebatan yang jitu atau kekuatan yang ampuh untuk mengubah apa-apa yang ada pada dirimu yang sedia ada kini. Tapi atas cita-citaku untuk meraih diri sebagai Guru Sebenar Guru dan kepedulianku yang tinggi dalam bidang keguruan ini, membawa aku untuk meluahkan apa yang terbuku dihatiku dan mencurahkan segala kandungan hasrat tertinggiku padamu sekalian agar dunia keguruan kita dimuliakan oleh sesiapa sahaja. Walau di mana kita berada. Kita adalah sama dalam apa tujuan pun kerana kita adalah INSAN GURU. Serata dan sejiwa.

Sahabatku GURU yang dimuliakan,

Berdirinya kita dalam taman lautan pendidikan ini, BUKAN kerana perancangan dan rencana kita semata-mata. Tetapi ia adalah satu suratan yang telah ditentukan oleh Yang Maha Esa. Mengapa aku berkata demikian ? Pernahkah kita mempedulikan antara ratusan ribu calon yang memohon untuk meletakkan cop keguruan di dahi mereka, yang terpilih adalah kita bagi memenuhi unjuran yang tidak sampai 2000 penempatan setiap tahun. Tidakkah kita ini termasuk dalam kalangan yang TERPILIH dan BERTUAH ? Bukankah ini satu keuntungan dan rezeki yang tidak terduga ? Marilah bersyukur atas kurnia dan anugerah kerjaya yang tidak memberi kekayaan buat kita tetapi meletakkan ketinggian mulianya kita di mata anak-anak didik kita sebagai INSAN YANG PUNYA JASA TIDAK TERHINGGA.

Sahabatku GURU yang berjasa,

Jangan membuang masa berbincang untuk mencipta kecemerlangan dalam masyarakat jika tidak berusaha menuju kehebatan jalannya. Oleh itu, kecemerlangan dunia pendidikan ini harus dimulakan dengan diri sendiri. Guru harus MEMPERKASAKAN DIRI dari aspek profesionalisme,dan akauntabiliti, prinsip dalam tugas, keutuhan peribadi yang diteladani, kecekapan dan ketrampilan diri yang unggul, mental dan keintelektualan yang menyerlah keilmuan, kestabilan emosi dalam menangani tribulasi, spiritual yang luhur untuk membina kekuatan diri serta bijaksana dalam kepemimpinannya. Kita sebagai guru adalah pelopor masa depan. Guru adalah pembina jati diri modal insan. GURU ADALAH PEMBINA NEGARA BANGSA.

Ingin ku tinggalkan pesan orang dulu-dulu yang cukup menyedarkan aku betapa menjadi GURU SEBENAR GURU bukan kepalang ajar. Untuk kesekian kalinya, bicara surat terbuka ini, bukan untuk mengguruimu sahabatku GURU. Aku juga ingin mengingatkan diri sendiri betapa kita digalas dengan amanah yang besar dan murni. SIAPAKAH KITA SEBAGAI GURU JIKA TIADA MEREKA (PELAJAR) YANG HENDAK DIAJAR ILMU ?

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Friday, May 14, 2010

Hari yang K.O..


Hari ni, hari Jumaat.. Sepatutnya hari yang menggembirakan, bcoz esok dah nak cuti. Tapi, pagi-pagi hari lagi dah hilang kegembiraan tu..


Kes 1 : Accident..

Adui, lawak-lawak. Ni 1st time aku accident time tengah reverse kereta. Nasib baik la aku cume langgar motor. Kalau langgar kereta Mers,BMW, masak aku..

Kes 2 : Kemarahan Big Bos..

Yang ni part aku paling tak suke. Dah la aku kelam-kabut nak ke HQ (kat Bangi) boleh plak salah info pasal document utk di sign oleh Big Bos.. Tak pasal-pasal kene maki hamun..


Hari yang malang, mood ceria pun hilang..

Sekian.

Thursday, May 13, 2010

Rambut Sama Hitam, Hati Lain-Lain..

Setiap manusia dijadikan hati, perasaan, perangai, taste dan kesukaan yang berlainan….Ada yang suka sesuatu benda tu, ada juga yang tak suka….. Jangan kita anggap, semua orang sama dengan perangai kita. Jangan kita ingat bila kita suka benda tu, semua orang pun suka.

Kalau orang lain respect kita, kita pun respectla orang lain gak. Bila orang dah cakap dia dah tak suka benda tu,,,jangan kita menidakkan apa yang dia kata kerana kita suka benda tu. Jangan kita menilai seseorang dari perangai kita.

Bila seseorang kata dia tak suka benda tu, jgn kata org tu hipokrit sebab kita suka benda tu. Bila orang tu dah cakap, terus terang apa yang dia suka, tak suka, so, janganla kita kata dia hipokrit kerana tak sama dengan perangai kita… Bukan dia tak suka benda yang kita suka tu sebab kononnya nak tunjuk baik… Tapi, dah memang dia tak suka, dia tak sukala. Kan dia dah berterus-terang yg dia tak suka, kenapa kita kata dia hipokrit??

Kita hidup ada agama..Apa yang kita nak lakukan ingatlah agama. Kalau benda yang kita suka tu, agama tegah..kenapa kita nak buat juga. Kononnya kita tak hipokrit la yek?Kononnya kita tunjukkan perangai sebenar lah yek?? Memangla bagus menunjukkan perangai kita yg sebenar… Tapi, kita ada akal. Bak kata orang, ikutkan hati mati, ikutkan nafsu, lesu… So, kalau kita suka sesuatu benda…berfikirla dahulu benda tu baik atau tak??

Kalau kita cakap je pun, walaupun kita tak buat tapi sebenarnya kita dah menghampiri benda tersebut. .. Bak kata orang lagi…banyak cakap lebih menjuruskan kita kepada yang tidak betul Lagi banyak yg kita cakap, lagi banyak yang kita silap. Lebih baik diam, daripada bicara yang boleh membuatkan fikiran rosak…

Lain orang, lain perangai …Masing-masing ada akal, fikir kan baik buruk setiap apa yg kita nak lakukan….

Kisah Aku..


Sedar tak sedar, ari ni dah 13 Mei. Hampir 5 bulan setengah aku sudah berada di Bandar Baru Bangi nih. Dan, selama itu juga lah aku dah praktikal and Training kat KLiA. Bulan Jun ni baru aku tamat training. Ntah dapat @ xdapat je kerja kat cni. Hopefully dapat la.


Basically, kerje yang diberikan senang je. Just buat finance utk New LCCt project. Buat claim, staff and medical claim, MAB claim and fees je. Tak la byk sgt.. kire aku lebih banyak mase melopong, berjalan-jalan (time bos xde la). Tapi, time kerje berlambak, memang tak menang tangan.. tension!!

Diam tak diam juga, baru aku tahu, keadaan bekerja ni sebenar nye.. Susah, memeningkan kadang kala mengantukkan.. zzz..

Stakat ni, ade la dalam 5 kali aku menidurkan diri ini,hehe. Tak tahan,ngantuk sangat-sangat.. Bukan curi tulang, tapi mengambil peluang,hehe..

So,buat mereka-mereka yang bekerja, belajar @ menganggur, hargailah mase-mase anda,hehe..


Wednesday, May 12, 2010

Terkenang Zaman Kanak-Kanak Dulu.. Part 3


Salam Sejahtera buat tetamu-tetamu blog nih.

Akhirnya! Dapat jugak aku menemukan permainan kegemaranku sewaktu kecil, TORA.

Yang lahir pada 1980-an & 1990-an pasti aka teringat tentang trademark TORA DATANG LAGI yang bewatu ketika dulu gah bermain di kaca-kaca televisyen. Memang memori lah kan. Kini, hanya tinggal memori sahaja. Jarang anak-anak kecik menyebut-nyebut TORA nih. Klu ade pun, Ben 10 je tak abis-abis.

Ni nak ushar-ushar hadiah dalam TORA nih.. Jeng jeng jeng....!


Key-chain LEGO (aku yang nama kan becoz boleh dicerai-ceraikan,hehe).

Lepas ni, nak try cari JOJO plak kalau jumpe,hehe..


*Psstt : Ni memori aku ketika zaman kanak-kanak. Just nak mengimbau kembali,hehe

Tuesday, May 11, 2010

TAG (",)

I have been TAG by Nor (Lovillea). So,kene la jawab kan,hehe.


Rules:

It's harder than it looks...
Copy to your own notes...
Erase my answers...

Enter yours and tag twenty (20) people...
Use the first letter of your name to answer each of the following questions...
They have to be real... Nothing made up...
If the person before u had the same first initial, you must use different answers...
You cannot use any words twice...
and You can't use your name for the boy / girl name question...

1. What is your name : Hafiz
2. A four letter word : Haiz
3. A boy's name : Halim (Ayah angkat)
4. A girl's name : Halimah (ibu angkat)
5. An occupation : Housekeeper
6. A colour : Hitam
7. Something you wear : High heel (hahaha)
8. A food : Hailam,hahaha
9. Something found in the bathroom : Hair (rambut sape ntah,haha)
10. A place : Hawai (Tempat menarik )

12. Something u shout : Hahahaha (ketawe jela)

13. A movie title : House On The Hunted Hills
14. Something u drink : Horlick
15. A musical group : Hijjaz
16. An animal : Harimau (hehe)
17. A street name : Haiti Road (merepek jap,haha)
18. A type of car : Honda


Haha, merepek betul. Susah jugak TAG nih. Kene pasti kan semua jawapan bermula dengan huruf H. So,kali ni aku nak TAG kepada 20 orang yang bertuah. Kepada mereka yang nak cube, boleh,anda dialu-alukan. Selamat mencuba!

7.TTT
12.ail
14.Yuni
15. sasha
18. Rosso
20. Shamir

Related Posts with Thumbnails